Monday, March 23, 2020

SURAU DESA MEWAH - BERSAMA KHATAM AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

SURAU DESA MEWAH - BERSAMA KHATAM AL-QURAN 

Sebagai satu usaha bersama mendekati Al-Quran ketika Arahan Kawalan Pergerakan  Wabak COVID-19 ini, Jom kita ngaji dan Khatam Al-Quran bersama.

Usaha ini juga sebagai sebahagian daripda persediaan kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Ahli kariah yang berminat untuk turut serta bersama-sama dalam program ini boleh la isi nama dalam group Whatsapp QARIAH DESA MEWAH.

Ayuh kita mengimarahkan waktu terluang ini dengan menbaca Kitab suci  Al-Quran dan Khatam Al-Quran bersama-sama walaupun dari rumah masing-masing.

TARIKH MULA :23 MAC 2020
TARIKH TAMAT: 31 MAC 2020

Selepas tarikh tersebut, kita boleh sambung lagi sehingga menjadi amalan harian kita semua...insyallah.

Insyallah dengan amalan ini, moga ALLAH akan menarik balik wabak yang diturunkan buat umat manusia ini. 

No comments:

Post a Comment