Tuesday, March 10, 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN KE DIPLOMA POLITEKNIK AMBILAN JUN 2020



Permohonan ke Diploma Politeknik akan ditutup pada 31 Mac 2020 (Selasa)  Jika ada yang masih belum memohon.. jangan lepaskan peluang belajar ini..

Bagi Lepasan SPM tahun 2017, 2018, 2019:

1. Semak senarai program mengikut kelayakan SPM di ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp.
2. Beli no.pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM15.60. 3. Isi permohonan di https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login.
4. Isi maklumat peribadi dan keluarga.
5.  Isi maklumat pilihan program. Hanya program yang layak SAHAJA (melepasi syarat minimum program) disenaraikan dalam pilihan program.
     - Terdapat 12 pilihan program.       
     - Pemohon WAJIB isi 6 Pilihan Program.
     - Sekiranya pemohon ingin memohon program Diploma 
Kejuruteraan Perkapalan/ Diploma Penyenggaraan Pesawat, program ini hanya disenaraikan pada Pilihan 1 – 4 sahaja dan program ini program Bertemuduga.

6. Keputusan penawaran akan diumumkan di laman upu.moe.gov.my pada 13 Mei 2020 dan di http://ambilan.mypolycc.edu.my pada 14 Mei 2020.

Bagi Lepasan SPM tahun 2016 dan ke bawah dan Lepasan Sijil:

1. Semak senarai program mengikut kelayakan SPM di ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp.
2.  Isi permohonan di http://ambilan.mypolycc.edu.my
3.  Keputusan penawaran akan diumumkan pada 14 Mei 2020.

   KARNIVAL JOM MASUK IPT 2020 ZON PERAK

Kunjungi booth Politeknik dan Kolej Komuniti di Karnival Jom Masuk IPT 2020 di Zon 5 (Perak).

Tarikh    : 14- 15  Mac 2020
Tempat  : Amanjaya Convention Center Casuarina@ Meru, Ipoh


Like & share:
fb: https://www.facebook.com/150280821713860/posts/3545370732204835/
insta: https://www.instagram.com/p/B9Ax-AHn3xP/?igshid=148i4mtw1gzh1
twitter: https://twitter.com/PUOIPOH/status/1232483082625675265?s=08

No comments:

Post a Comment