Saturday, March 21, 2020

Jangan Pentingkan Diri Sendiri...Kasihani dan hargai Frontliners Kita

Apa yang paling kita takuti ialah team frontliners kita mula burn out. Mula kepenatan, mula hilang semangat dan keletihan melampau.

Staff KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang rumah mandi, letak kepala 2 saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja.

Ada suami/isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka yang bekerja di hospital menangis melihat pasangan mereka. Mereka menangis sungguh-sungguh lihat pasangan mereka kepenatan yang amat.

Anak-anak di dalam kereta memandang dari jauh ibu yang melambai tangan tengan esakan tidak henti-henti.

Bahkan cleaner hospital menangis melihat doktor dan staff KKM lain yang kelesuan.

Kita sangat risau jika barisan paling hadapan dan paling penting ini tumbang. Sangat risau.

Tetapi malangnya, kita yang sihat dan diberi cuti ini ada yang tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.

Ada yang membuat video mempersendakan arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Ada yang update ke pasaraya beramai-ramai. Ada yang keluar berkelah di tepi pantai. Ada yang bawa anak ke taman mainan.

Dan lebih teruk. Ada yang degil dan menipu.

Yang ada kontek terus dengan pembawa COVID-19 enggan mengakui. Datang ke hospital tidak jujur bercerita.

Dan setelah mereka disahkan positif COVID-19, menangis nurse dan doktor merawat mereka. Kini mereka pula kena kuarantin.

Ada nurse yang mengandung menangis teruk selepas ada kontek terus dengan seorang pesakit luar yang kononnya demam biasa. Kononnya tiada hubungan dengan pembawa COVID-19.

Namun selepas semuanya berakhir baru bercerita. Allahu, kasihannya kat nurse dan doktor yang cuba membantu, tapi mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur begini.

KKM mengumumkan 15 orang dari sektor kesihatan dijangkiti virus COVID-19. Ini semua banyaknya datang dari sikap yang tidak jujur sebahagian pesakit. Yang tidak berterus terang ada hubungan terus dengan pembawa COVID-19.

Staff KKM adalah hero dan heroin yang tidak didendang. Mereka berkorban segalanya untuk kita. Dan kita sanggup mengkhianati dan mempersiakan pengorbanan mereka?

Kawan-kawan...

Hargai pengorbanan mereka. Entah berapa banyak tangisan, berapa banyak air mata tumpah kerana pengorbanan mereka.

Ada staff yang menangis tidak dapat lagi solat awal waktu. Ada yang menangis tidak dapat baca Quran seperti selalu. Ada yang menangis tidak melihat kawan-kawan yang lesu.

Kita yang masih sihat, kita yang diberi rehat, tolonglah faham dan peduli. Tolonglah kawan.

Kita patuhi semua arahan dari kerajaan. Kita duduk di rumah diam-diam. Dan jika perlu dapatkan rawatan, tolong jujur dengan mereka.

Ucaplah terima kasih pada hero dan heroin tidak bernama ini.

#StayAtHome
#MFS

No comments:

Post a Comment