Sunday, January 21, 2024

Pertandingan Azan ( Bilal Junior ) Surau Desa Mewah

 ❗👆🏼👆🏼👆🏼❗


Ikan seekor terpukat dimuara..

Kelisa berarak di bawah titi..

Tangan di hulur berjabat mesra..

Tandanya semarak ukhuwah dihati..


Assalammualaikum tuan/puan yg mulia kariah Taman Desa Mewah..

Bersempena dengan cuti sekolah yg bakal tiba, sukacita kami maklumkan pihak surau menganjurkan Pertandingan Azan ( Bilal Junior ).  

Ianya bertujuan menarik minat anak-anak muda taman kita ke surau khasnya dan penduduk sekitar amnya. 

Justeru itu sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada pihak surau @ berhubung dgn AJK. Semoga dengan usaha kecil dan sokongan dari tuan/puan ini dapatlah kita mewujudkan suasana agama didalam kariah kita ini.. Mari galakan anak2 kita dan mohon dipanjangkan.. 

Borang penyertaan boleh di perolehi di surau

Terima Kasih..


Balam dilembah berteman tempua..

Akan memilih bersama di dahan..

Salam muhibbah tuan-puan semua..

Jambatan kasih kita kukuhkan..

Kempen Pembangunan Pangkalan Data Surau Desa Mewah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati

Pihak pengurusan SDM sedang dalam proses pembinaan Pangakalan Data Untuk Surau Desa Mewah kita ini. Tujuannya untuk kemudaha rujukan kepada ahli2 kariah tentang sejarah, perkembangan/aktiviti anjuran SDM.

Maklumat bergambar/dokumen mengenai aktiviti/sejarah SDM amatlah dialu-alikan. Sertakan jugak dengan Tarikh dan Tajuk aktiviti.

Kami mohon segala maklumat SDM yg ingin disalurkan ke alamat email SDM ini

Email: sdmsemenyih@gmail.com

Terima Kasih