Monday, March 23, 2020

Maklumat COVID 19 terkini - 23/3/2020

TERKINI: Dukacita dimaklumkan jumlah kematian akibat #COVIDー19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang.

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga mereka.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.





No comments:

Post a Comment