Friday, March 6, 2020

Dana Makan Percuma Jumaat SDM

Assalamualaikum wb sahabat/jiran/ahli kariah yang dimuliakan oleh Allah SWT,

Sepertimana yang kita maklum, Surau Desa Mewah telah mendapat kelulusan untuk menganjurkan solat Jumaat. Alhamdulillah syukur pada Allah, kerana ini adalah satu nikmat kemudahan yang Allah berikan kepada hambaNya dengan dapat mengelakkan kesesakan untuk bersolat jumaat samada di Mesjid Jamek Pekan Semenyih atau Surat Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang.

Selain itu, SDM telah bersepakat untuk memberikan sedekah makanan kepada yang memerlukan untuk diagihkan pada setiap selepas solat jumaat tersebut setiap minggu. Anggaran buat masa ini adalah sebanyak 200 bungkus makanan tidak termasuk sedekah dari individu. Peruntukan yang diadakan untuk 200 bungkus makanan adalah sebanyak RM700. 

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .(Al Baqarah (2) : 261)

Dari itu kami AJK SDM memohon sumbangan atau sedekah dari tuan/puan yang berkemampuan untuk menampung sebahagian kos penyediaan makanan tersebut. Mari kita beramai-ramai menyumbang kepada DANA ini, semoga aktiviti ini akan berterusan selamanya....Insyallah

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)


Kami berdoa semoga Allah SWT memilih tuan/puan untuk bersedekah Makanan Percuma pada setia Hati Jumaat dari golongan yang sedikit.

Segala pertanyaan atau sumbangan boleh diserahkan kepada En. Osman di talian 019-2654 789. 

Rasulullah SAW pernah bersabda “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (HR. Al-Baihaqi)

..............................................................................................................................................
Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, karena di dalamnya terdapat banyak rahasia dan antaranya adalah  :
1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
3. Diselamatkan dari segala keburukan.
4. Menenangkan hati dan jiwa.
5. Melapangkan rezeki.

No comments:

Post a Comment