Thursday, March 21, 2024

Himpunan live video Kuliah Surau Desa Mewah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Program ICT - Himpunan Live Video SDM 2024


Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati


Pihak pengurusan SDM telah menyediakan himpunan live video Kuliah Surau Desa Mewah kepada ahli kariah yang berminat.


Kuliah Bulan Mac

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeOYf92pBHXB-1T4Cn5MqeFuSWG-gpPJGSTWtAlQqVvWvFWnA/viewform?usp=sharing


Kuliah Bulan Februari

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScgrCCxruL5o51wILN9lB-tu7rKTQUtYoC5mRlEmHGAtQhMtg/viewform?usp=sharing


Kuliah Bulan Januari

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfC2Czotzk2m45yS2U_5lM_LtzXzeOdEocPN0VayTmJMMYJig/viewform?usp=sharing

Moga memberi manafaat kepada kita semua sebagai panduan hidup seharian kita. Ilmu yang sangat berharga..insyallah.


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeOYf92pBHXB-1T4Cn5MqeFuSWG-gpPJGSTWtAlQqVvWvFWnA/viewform?pli=1

Sebarkan Ayat Quran : Surah 3: Aal-i-Imraan (Keluarga Imran): Madinah

 ‎اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

‎اعوذبالله من الشيطان الرجيم 


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِى لِلْإِيمَٰنِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;


رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ

194. Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".


Surah 3: Aal-i-Imraan (Keluarga Imran): Madinah

Monday, March 18, 2024

Gotong Royong Memasak Bubuk Lambuk SDM Minggu 1

 Assalamualaikum w.b.

Alhamdulillah ....Bubur lambuk legend Surau Desa Mewah kembali di bulan mulia ini Ramadhan Kareem.

Terima kasih kepada semua sahabat yang bersama-sama membantu dalam penyediaan dan pengedaran bubur lambuk pada hari ini. 

Sama2 kita berdoa agar penginfak bubur lambuk pada hari ini akan diperluaskan lagi rezkinya oleh Allah SWT, diberikan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan beliau. Aaminnn..

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Photo merakam suasana memasak bubuk lambuk...


 

 


  








  





Tuesday, March 12, 2024

Imam-imam Solat Sunat Terawih SDM


 

SEKITAR GOTONG ROYONG SURAU DESA MEWAH - PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN 2024

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه...

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّدٍ

Gambar sekitar gotong royong SDM untuk persediaan menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2024.


Alhamdulillah, selesai sudah program Gotong Royong membersihkan surau sempena bulan Ramadhan. 

Ribuan terima kasih kepada yang hadir menolong mengemas dan membersihkan surau. Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu, amin..

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan!

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
 📢PERHATIAN!📢

Dijemput semua ahli Kariah Surau Desa Mewah untuk bersama dalam program Gotong Royong membersihkan surau sempena menyambut Bulan mulia Ramadhan Mubarak.

Insyallah untuk keselesaan Kita melakukan Ibadah solat fardu, solat sunat terawih Dan sebagainya.

Tarikh : AHAD 10 Mac 2024
Masa : 8:30 Pagi Hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Surau Desa Mewah

Jamuan Disediakan

#ahliqariahdesamewah #suraudesamewah #jomramai2 #gotongroyong











Hibah Khairat SDM 2024

 Assalamualaikum Ahli Qariah Desa Mewah..

Surau Desa Mewah mempermudahkan semua ahli kariah untuk memperbaharui keahlian @ menjadi ahli baharu bagi Hibah Khairat SDM menerusi bayaran secara perbankan internet.

Jommm Buat Bayaran segera supaya bila berlaku kematian tdk menyusahkan waris Anda


Bayaran hibah khairat tuan/puan boleh dibuat ke akaun berikut:

Bank Islam..

No Akaun..12195010004979

Tetuan Surau Desa Mewah

Yuran Tahunan Rm60

Ref: hibahkhairat


Tlg whatsapp resit bayaran kepada no berikut bagi tujuan pengemaskinian lejer bayaran tuan/puan:

0192654789...En Osman.

0133351588...En Shamsudin


Lain-lain sumbangan dan infak juga boleh disalurkan ke akaun berikut:

Bank Islam..

No Akaun..12092010016921

Tetuan Surau Desa Mewah

Ref: Infaq


Kerjasama ahli qariah  utk membuat bayaran yuran sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih...

UCAPAN SALAM RAMADHAN 2024 DARI AJK SURAU DESA MEWAH

 








DISKUSI PEMANTAPAN PENGURUSAN SURAU SDM 2024

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه...

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّدٍ

SEKITAR MAJLIS 




  




TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG HADIR, YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS INI DIMANA MANAFAATNYA AMAT BESAR BAGI MEMAHAMI CARA PENGURUSAN SURAU YANG SEBENARNYA.

TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA 
YBHG AL-FADHIL USTAZ AZHAR BIN RAMLI 
DIATAS KERJASAMA SERTA PENERANGAN YANG BAIK KEPADA  AJK SURAU DESA MEWAH DAN PENDUDUK YANG HADIR MENIMBA ILMU TERSEBUT.

TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI SURAU SERTA AJK YANG BERTUNGKUS LUMUS DEMI MENJAYAKAN MAJLIS INI.













Wednesday, February 21, 2024

Kaunter Bayaran Yuran Khairat Kematian 2024

 Assalamualaikum Ahli Qariah Desa Mewah..

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Khairat Kematian  Surau Desa Mewah  akan membuka Kaunter Bayaran Yuran Khairat Kematian 2024 pada tarikh dan masa yang dinyatakan dibawah:

Date: 24 & 25/2/24

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 10.00 pagi--1.00 petang

Tempat: Depan Kedai Makan Mamak Desa Mewah

Pendaftaran baru juga boleh dibuat di kaunter tersebut dan sekiranya pihak tuan puan mahu mengemaskini maklumat keluarga juga boleh berbuat demikian.

Borang pendaftaran serta segala pertanyaan lanjut diperolehi atau dibuat di kaunter tersebut.


Ketua Biro Khairat Kematian 
Surau Desa Mewah




Program ICT - Belajar Menggunakan Canva



Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati

Pihak SDM di bawah Biro ICT ingin mengadakan Program Belajar Menggunakan Canva Secara "Online" kepada ahli kariah yang berminat.

Aplikasi yang ringkas dan mudah untuk mereka cipta poster/banner animasi bagi tujuan e-book, promosi perniagaan secara lebih bergaya.

Kami mohon bagi yang berminat untuk Join Chat Room menggunakan link yang di bawah ini 

https://chat.whatsapp.com/JTe270CwpggDZ57PUUBuhY


Terima Kasih.

Sunday, January 21, 2024

Pertandingan Azan ( Bilal Junior ) Surau Desa Mewah

 ❗👆🏼👆🏼👆🏼❗


Ikan seekor terpukat dimuara..

Kelisa berarak di bawah titi..

Tangan di hulur berjabat mesra..

Tandanya semarak ukhuwah dihati..


Assalammualaikum tuan/puan yg mulia kariah Taman Desa Mewah..

Bersempena dengan cuti sekolah yg bakal tiba, sukacita kami maklumkan pihak surau menganjurkan Pertandingan Azan ( Bilal Junior ).  

Ianya bertujuan menarik minat anak-anak muda taman kita ke surau khasnya dan penduduk sekitar amnya. 

Justeru itu sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada pihak surau @ berhubung dgn AJK. Semoga dengan usaha kecil dan sokongan dari tuan/puan ini dapatlah kita mewujudkan suasana agama didalam kariah kita ini.. Mari galakan anak2 kita dan mohon dipanjangkan.. 

Borang penyertaan boleh di perolehi di surau

Terima Kasih..


Balam dilembah berteman tempua..

Akan memilih bersama di dahan..

Salam muhibbah tuan-puan semua..

Jambatan kasih kita kukuhkan..

Kempen Pembangunan Pangkalan Data Surau Desa Mewah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati

Pihak pengurusan SDM sedang dalam proses pembinaan Pangakalan Data Untuk Surau Desa Mewah kita ini. Tujuannya untuk kemudaha rujukan kepada ahli2 kariah tentang sejarah, perkembangan/aktiviti anjuran SDM.

Maklumat bergambar/dokumen mengenai aktiviti/sejarah SDM amatlah dialu-alikan. Sertakan jugak dengan Tarikh dan Tajuk aktiviti.

Kami mohon segala maklumat SDM yg ingin disalurkan ke alamat email SDM ini

Email: sdmsemenyih@gmail.com

Terima Kasih