Monday, March 16, 2020

*Panduan doa-doa dilindungi daripada wabak penyakit dan musibah*

*Amalan Pagi dan Petang .* 

*Panduan doa-doa dilindungi daripada wabak penyakit dan musibah*

Sebarkan maklumat ini.
Disediakan: Zainal Wan

*A. Doa Elak Dari Wabak Penyakit*

1. Doa keluar rumah
2. Zikir Nabi Yunus
3. Doa Pagi dan Petang
4. Doa Pelindungan.


*Doa Keluar Rumah*

بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

"Bismilaahi tawakkaltu 'alallahi wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahi"

Artinya :
Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah saja


*Zikir Doa Nabi Yunus*

لَّآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنْتَ سُبْحٰنَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِينَ
 (40X)


*Doa Baca Pagi Dan Petang*

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ (ثلاثا)


“Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus ( mahluk-Nya ), hanya dengan rahmat-Mu saja, saya meminta pertolongan.”(3X)

1. بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ أسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. (ثلاثا)

21. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana dan Ia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)

2. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. (ثلاثا)

20. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhlukNya. (3X)

3. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي  (ثلاثا)

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiat) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”(Riwayat Abu Daud). (3x)

*Doa Mohon Pelindungan*

1. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ   (ثلاثا)

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.(3x)

2. تَحَصَّنْتُ بِذِيْ الْعِزَّةِ الْجَبَرُوْتِ. وَاعْتَصَمْتُ بِالْمُلْكِ وَالْمَلَكُوْتِ، وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ إِصْرِفْ عَنَّا الْبَلَاءَ والْوَبَاءَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ. (ثلاثا)

““tahassahntu bizil ‘izzatil jabaruuti, wa’ tashamtu bilmulki wal malakuuti, wa tawakkaltu ‘alal hayyilladzii laa yamuutu. ishrif ‘annaa al-balaa’ wal wabaa’. innaka ‘alaa kullim syai-in qadiir.”(3x)

Artinya:

“Aku membentengi diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami daripada bala’dan waba’. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



*B. CARA PENCEGAHAN*

*Bagaimana Islam Mengajar Agar* Penyakit atau Wabak Tidak Tersebar?
Hadith ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” .

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ada 2 perkara yang hendak disampaikan di sini.

*Sekiranya kita tahu sesuatu tempat itu ada penyakit, jangan pergi.*
Sekiranya kita berada di dalam kawasan berpenyakit, duduk diam-diam, jangan ke mana-mana


 *Mengekang Penularan Wabak* penyakit seperti virus korona n-2019 (novel coronaVirus atau COVID-19) dan Influenza.

Antaranya ialah:

1. Elakkan diri dari berada di tempat-tempat sesak dan ramai orang.

2. Pakai topeng muka yang sesuai untuk elak Influenza dan virus berjangkit.

3. Lebih kerap basuh tangan. Mandi terus lagi bagus!

4. Tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk sistem imun lebih kuat.

No comments:

Post a Comment