Tuesday, May 19, 2020

Belajar Tajwid....

ONE DAY ONE TAJWID 💫
17 Ramadan 1441h

“MAD TAMKIN”             
مد تمكين 

✅ Terjadi apabila ya’ berbaris bawah yang bertasydid (يِّ) bertemu dengan ya’ mad (ي).
✅ Kadar panjang 2 harakat .
✅ Tandanya terdapat ya’ kecil di sebelah ya berbaris bawah yg bertasydid (ada dlm quran) .
✅ Cth ; النّبِيِّين /  ربّـٰنيِّين .

ADD >>

- Mad Tamkin juga berlaku apabila و yang berbaris dhommah ( ــُـ) bertemu dengan huruf و mad dalam satu kalimah (perkataan) ; داوُود
- Demikian juga ketika huruf و atau ي madiyyah (mad) bertemu
dengan huruf و atau ي yang berbaris dalam dua kalimah ;
قومِىْ يَعلمون / اصبرُوا وَصابروا
- Tamkin bererti menguatkan @ mengukuhkan, hasilnya adalah ya’ akan terdengar jelas kerana seolah olah ditekan apabila dibaca .

والله اعلم بالصّواب ✌️

ONE DAY ONE TAJWID 💫
21 Ramadan 1441h

“ILTIQO’ SAKINAIN”             
إلتقاء الساكنين
 
👉 Pertemuan antara dua huruf yang sukun.
👉 Terjadi apabila tanwin bertemu dgn hamzah wasal dalam dua kalimat ketika wasal, maka tanwin itu diubah menjadi satu baris dan perlu digantikan dgn ‘Nun kecil’ yg berbaris kasrah (نِ) di antara dua huruf tersebut .
👉 Wujud sebanyak 33 tempat di dlm Al-Quran dan serba sedikit contohnya di page sebelah .

ADD >>
Nun kecil mempunyai 3 istilah yang sama tidak serupa ;
a) NUN IWADH - Nun yg menggantikan tanwin
b) NUN WIQAYAH - Nun yg diwujudkan utk mengelak drpd tidak boleh membaca ketika wasal
c) NUN WASAL - Nun yg dibaca apabila wasal shj

والله اعلم بالصّواب ✌️

ONE DAY ONE TAJWID 💫
 22 Ramadan 1441h

“IMALAH”             
إمالة 

👉 Dalam bahasa ialah condong atau miring. Sedangkan menurut istilah ialah mencondongkan bacaan antara harakat fathah dan harakat kasrah sekitar 2/3 .
👉Dalam Mushaf Rasm Uthmani di Malaysia, bacaan imalah ini ditanda dengan bentuk diamond kecil di bawah huruf yg dibaca imalah .
👉 Contohnya hanya pada huruf Ra’ di surah Hud shj, sila rujuk vid sebelah . 

والله  اعلم بالصّواب ✌️

ONE DAY ONE TAJWID 💫
23 Ramadan 1441h

“ISYMAM”
إشمام

👉 Bahasa : muncung
👉 Istilah : Memuncungkan dua bibir dengan ada ruang di antaranya pada huruf ‘nun’ yg bersabdu tanpa menjelaskan baris dhommah.
👉 Terjadi pada satu tempat shj di surah Yusuf, rujuk vid di sebelah.

والله اعلم بالصّواب ✌️

ONE DAY ONE TAJWID 💫
26Ramadan 1441h

"NAQAL"
نقل

👉 Bahasa: Pindah
👉 Istilah: Memindahkan harakat (baris) huruf Hamzah kepada huruf sukun. Ia terjadi apabila huruf hamzah bertemu dgn huruf sukun
👉 Terdapat satu tempat shj dlm Al Quran bagi riwayat Hafs An Asim pada surah Al Hujurat;11


📌 بِئْسَ الإِسْمُ = بِئْسَ لِسْمُ
- Naqal yang dimaksudkan di sini ialah membaca huruf Lam dengan kasrah sebagai satu keringanan
- Hamzah ء dimatikan dan lam ل dikasrahkan .


Pls alert

والله اعلم بالصّواب ✌️

Task 10 Malam Terakhir Ramadhan

Bermula Selasa malam Rabu
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal.

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah👇

1. Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat. Cara dan fadhilatnya lihat link ini👇( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. Teraweh

3. Solat Taubat

4. Solat Tahajud (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. Solat Witir

6. Istighfar 100x (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. Selawat 100x ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. Al-Mulk 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. Al-Waqiah 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. Baca Quran dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. Sedekah Duit/Infak/Wakaf ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

Pilihan

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100?

c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh Lihat link ini👇

https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. Zikir

a) Subhanallah 100x (Ganjaran separuh timbangan)
b) Alhamdulillah 100x ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) Allahu Akbar 100x (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) Laa ilaaha illallah (Wajib Syurga baginya)
e) Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x ( Rezeki mengalir deras)
h) Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. Sedekah al-Fatihah
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan al-Fatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. Ayat Qursi 3x ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. At-Takatsur 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. Al Ikhlas 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x

18. Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar

19. Doa apa saja yang dihajatkan

20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun dari kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan diusahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. Insha-Allah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

 Allahumma aameen ☺

Boleh tonton ceramah oleh Ustaz Muhadir Hj Joll di link dibawah:

https://youtu.be/OpyvSBKO2t0
Assalamualaikum.

شفاه الله
Syafahullah

Adalah difahamkan bahawa En Wan Azizul S/U Surau Desa Mewah  telah mengalami kemalangan  pagi Ahad lepas  dan sekarang awarded di KPJ Kajang. Keadaaan beliau adalah stabil.

Moga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau. Amiin.




Tadabbur Juzu' 25: Mahu Dunia atau Akhirat?

[05:12, 19/05/2020] Kak Su Mail: ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:43am*
SYURUK : 6:56am
🌙 26 Ramadhan 1441H

 Tadabbur Juzu' 25: Mahu Dunia atau Akhirat?

Firman Allah:

ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ (١٩)
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (19)

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأَخِرَةِ نَزِدۡ لَهُ ۥ فِى حَرۡثِهِۦ‌ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡہَا وَمَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ (٢٠)
Sesiapa yang mahukan keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (20) [Al-Shura: 19-20].

Ayat 19 menunjukkan Kelembutan Allah dalam memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja. Tiada seorang pun yang Allah lupakan dalam mengurniakan rezekinya tidak kira sama ada orang itu baik ataupun jahat.

Ayat 20 pula merujuk kepada orang yang hanya mementingkan urusan dunianya sahaja dan tidak memandang langsung ke arah urusan akhirat. Mereka hanya akan mendapat sedikit keuntungan di dunia, itupun jika Allah mahu memberikan kepadanya, dan tiada keuntungan langsung di akhirat. Ini semisal dengan firman Allah dalam surah al-Isra':

مَّن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡعَاجِلَةَ عَجَّلۡنَا لَهُ ۥ فِيهَا مَا نَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلۡنَا لَهُ ۥ جَهَنَّمَ يَصۡلَٮٰهَا مَذۡمُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا (١٨) وَمَنۡ أَرَادَ ٱلۡأَخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعۡيَهَا وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَانَ سَعۡيُهُم مَّشۡكُورً۬ا (١٩) كُلاًّ۬ نُّمِدُّ هَـٰٓؤُلَآءِ وَهَـٰٓؤُلَآءِ مِنۡ عَطَآءِ رَبِّكَ‌ۚ وَمَا كَانَ عَطَآءُ رَبِّكَ مَحۡظُورًا (٢٠)
Sesiapa mahukan kehidupan sekarang [duniawi], maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (18) Dan sesiapa yang mahukan kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh dalam keadaan dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. (19) Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. (20)

Daripada Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " .

Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai fokus utamanya, Allah akan kucar-kacirkan urusannya, dan Allah jadikan kemiskinan di hadapan matanya, dan Allah tidak memberikan kepadanya bahagian di dunia ini melainkan apa yang telah tertulis untuknya.

Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah akan susun-elok*kan urusannya, dan Allah menjadikan *kekayaan di dalam hatinya, dan dunia akan pasti datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4103, Shaikh Muqbil mensahihkannya dalam Al-Sahih Al-Musnad]

Ali radiallahu 'anhu berkata:

 ارْتَحَلَتْ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً وَارْتَحَلَتْ الْآخِرَةُ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخِرَةِ وَلَا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلَا حِسَابَ وَغَدًا حِسَابٌ وَلَا عَمَلٌ
Dunia semakin jauh perginya, manakala akhirat semakin hampir datangnya. Setiap daripada satu ini mempunyai pengikut-pengikutnya. Jadilah pengikut kepada akhirat dan janganlah jadi pengikut kepada dunia. Sesungguhnya hari ini adalah hari untuk beramal, dan bukannya hisab, manakala esok adalah waktu untuk hisab, dan bukannya beramal. [Riwayat al-Bukhari secara ta'liq dalam Sahihnya].

Kata Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin:

عِبَادَاتُ أَهْلِ الْغَفْلَةِ عَادَاتٌ، وَعَادَاتُ أَهْلِ الْيَقْظَةِ عِبَادَاتٌ
Ibadat orang yang lalai adalah adat, adat orang yang jaga adalah ibadah.

#MMMR
[05:26, 19/05/2020] Man:

Renungan 26 Ramadhan 1441



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi yang ceria buat sahabat2ku😊🌹

Waalaikumusalam wbt bagi yang memberi salam
Dari atas sampai kebawah satu sama terhubung🤙🏻

Renungan Pagi / 26 Ramadhan 1441
“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan
dunia daripada seorang mukmin, maka Allah
melapangkan daripadanya satu kesusahannya
di hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

PADA saat kita benar-benar memerlukan pertolongan,
secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali
datang menghulur bantuan.

Padahal, sebelum itu, kita sudah hilang punca dan
bingung tidak tahu hendak berbuat apa.
Hanya mampu bertawakal kepada ALLAH SWT.

Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan?
Sebenarnya, percaya atau tidak, inilah pertolongan daripada
ALLAH SWT kerana kita pernah memudahkan urusan orang
di sekeliling kita suatu masa dulu.

Mungkin kita lupa tetapi ALLAH tidak pernah lupa.
Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah
pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan
orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)Walaupun sedikit kebaikan
 yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran
sehingga ke akhirat.

Sekarang tunggu apa lagi? Marilah kita lakukan perubahan.
Mungkin dulu kita payah memberi bantuan, hari ini kita
cuba lakukan.Mulakan dulu dengan perkara yang
mudah dulu seperti menghadiahkan sebuah senyuman
yang mampu menenangkan hati yang gundah.

Selepas ini, kita boleh cuba lakukan perkara kebaikan
yang lain pula.Apa pun, hulurkanlah bantuan
dengan ikhlas.Mudah-mudahan bantuan ALLAH SWT
akan berpihak kepada kita.

Wednesday, May 13, 2020

MALAM LAILATUL QADAR






Tiada tali paling erat dan mulia selain tali silaturrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Renungan Hari ini / 20 Ramadhan 1441

Tiada tali paling erat dan mulia selain tali silaturrahim.

” مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ, وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ “
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maha hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi”


” مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ “
“Barangsiapa yang senang diluaskan rizqinya dan dipanjangkan
umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi”

” تَعْبُدُ اللهَ وَلاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصِلُ الرَّحِمَ “
“Engkau menyembah Allah swt dan tidak menyekutukan
sesuatu dengan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat,
dan menyambung tali silaturahmi” (HR Bukhari dan Muslim)
Dan dalam satu riwayat:
” إِنْ تَمَسَّكَ بِمَا أَمَرْتُهُ بِهِ دخَلَ َالْجَّنََّةَ “
“Jika dia berpegang dengan apa yang Kuperintahkan
kepadanya niscaya ia masuk surga.”


وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَآأَمَرَ اللهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ
“dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang
Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut
kepada Rabbnya dan takut kepada hisab yang buruk” (QS. Ar-Ra’d :21)


MISI LAILATUL QADAR



MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Semakin hampir ke 10 akhir Ramadhan insyaAllah. Ini bermakna misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula.

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: "Rasulullah ﷺ sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan." Baginda bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan."
[Sahih al-Bukhari]

Rasulullah ﷺ juga mengajarkan doa Lailatul Qadar kepada 'Aisyah r.a.:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."

(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku).”
[HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]

Selamat berbuka puasa 🙏😊🌹

** 10 Malam Terakhir - Cadangan Amalan Yang Mungkin Boleh Dilaksanakan

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:

'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad.

** 10 Malam Terakhir
Bermula  Selasa malam ini
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal. **

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah👇

1. Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat. ( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)


2. Teraweh

3. Solat Taubat

4. Solat Tahajud (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. Solat Witir

6. Istighfar 100x (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. Selawat 100x ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. AlMulk 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. AlWaqiah 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. Baca Quran dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. Sedekah Duit/Infak/Wakaf ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

Pilihan

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100?

c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh



Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. Zikir

a) Subhanallah 100x (Ganjaran separuh timbangan)
b) Alhamdulillah 100x ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) Allahu Akbar 100x (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) Laa ilaaha illallah (Wajib Syurga baginya)
e) Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x ( Rezeki mengalir deras)
h) Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. Sedekah al fatihah
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan alfatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. Ayat Qursi 3x ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. At Takatsur 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. Al Ikhlas 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x

18. Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar

19. Doa apa saja yang dihajatkan

20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun didalam kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan di usahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. InshaaAllah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

Bayangkan jika kita selesai 20 tasking ni umpama kita melaksanakan 20 tasking ni selama 1000 bulan = 84 tahun tanpa henti. Sebarkan pada keluarga, jiran, saudara mara dan sahabat2 yang anda sayang. Semoga segala amalan mengalir untuk sesiapa yang menyebarkan kebaikan tanpa mengurangkan pahala orang yang melaksanakannya. Allahumma aamiin ☺

* Telah masuk 10 akhir Ramadhan....*

ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:44am*
SYURUK : 6:56am
🌙 20 Ramadhan 1441H

* Telah masuk 10 akhir Ramadhan....*

Semoga kita tidak diharamkan daripada mendapat kebaikan malam al-Qadar.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar di haram daripadanya.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2106]

#MMMR

Monday, May 11, 2020

USTAZ PENCURI

Baca & hadamkan hikmahnya...........

Seorang ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka.

Setelah Ustaz itu pergi, si isteri berkata kepada suaminya, “Wang kita hilang, saya fikir ustaz yang ambil wang RM1,000 di meja itu.”

"Padahal wang itu kita akan berikan kepadanya."

Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri.  Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi!”

Dua bulan kemudian si isteri terserempak dengan ustaz itu.  Dengan terpaksa, si isteri menyapa sang ustaz.

"Assalamualaikum ustaz.  Mesti ustaz perasan yang kami sudah lama tidak hadir ke pengajian.  Sebenarnya ustaz, kami suami isteri marah pada ustaz.”

“Ketika ustaz makan malam di rumah kami, wang RM1,000 yang kami letak di meja, hilang setelah ustaz pulang. Dan ustazlah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu."

Ustaz tersenyum menjawab, “Ya benar.  Sayalah yang mengambil wang itu dan meletakkannya dalam al-Quran di rak buku rumah puan, agar tidak terkena tumpahan gulai."

“Maafkan saya kerana tidak memberitahu puan atau suami puan. Saya fikir kalian pasti membuka al-Quran setiap hari,” jelas sang ustaz.

Wanita itu berasa amat malu dan meminta maaf kepada ustaz.

Sekembali ke rumah, dia mengambil al-Quran dan menemukan RM1,000 terselit di celah lembarannya.

Sudah dua bulan si isteri dan suami tidak membuka dan membaca al-Quran.

Selama dua bulan mereka menuduh ustaz itu mencuri wang mereka.

Sahabat... semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri itu.  Jarang membaca al-Quran, berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah.

Selamat memperingati Malam Nuzul Quran
Tiada hari tanpa membaca al-Quran

❤💛💚

🌸 HUKUM "SAMBUTAN HARI IBU"🌸 - Pendapat 4 Ustaz Malaysia

388) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
🌸 HUKUM "SAMBUTAN HARI IBU"🌸
~~~~~~
[Pendapat 4 Org Ustaz]

1) Syeikh Yusuf Haji Ahmad, "Ceramah Agama" @Radio Kedah FM:

✅ Sambutan Hari Ibu, hukumnya HARUS. Asalkan ia x bercanggah dengan Akidah kita📌.

✅ Org putih, mereka hari² lain x peduli sangat tentang ibu mereka... sbb busy dgn kerja. Tapi time sambutan hari ibu itulah... mereka akan meraikannya.

✅ Kita sebagai org Islam.... WAJIB buat baik pada Ibu kita setiap hari, dan X SALAH jika kita meraikan Hari Ibu dan ucapkan 🔎"Selamat Hari Ibu" padanya. Ini akan membuatnya gembira.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~

2) Ustaz Azhar Idrus @ UAI:

✅ Sambut hari Ibu, HARAM, SYIRIK... DOSA BESAR❕.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~

3) Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff:

✅ HARUS menyambutnya, jika itu dapat menggembirakan hubungan antara anak dan Ibu.

✅ HARAM, jika perbuatan tersebut diniatkan utk maksiat atau unsur² haram disamping menyebabkan hati ibu terluka💔.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~

4) Tuan Guru Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, Kuliah Ilmu, "Soal Jawab", 3 Sya'ban 1437H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah:

✅ X APA, Sambut Hari Ibu... Sebenarnya Hari Ibu ini, dia x ada hari🗓. DALAM islam ini, hari² kita kena muliakan Ibu.

✅ Jadi.... bila kerajaan ataupun dunia letakkan 1 hari Ibu, utk kita nak muliakan seruannya... X APA kita sambut.

✅ X HARAM dan X ada apa²... nak bagi hadiah___🎁 ka.. penat lelah dia menjaga kita, kerana ibulah kita ada(melahirkan kita).
وَاللَّهُ أَعلَم....

🌀Silakan Share @ C&p..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤

    Syukran LIKE Page,
                    FB: Catatan Kuliahku

     GROUP WASSAP:
                    FIQH WANITA 1 & 2
                   
    TELEGRAM:https://t.me/joinchat/AAAAAFNm9zZ7oN99utOkoQ

          ~ Pilihan Yang Terbaik ~
                              ✒

       Raikan Pendapat, Jika Berbeza
                 DI LARANG EDIT

 Terima Kasih & Assalamualaikum.. ツ

Pesan Dato' Ismail Kamus


FIKIRKAN SEBELUM BERAYA - INI SOAL NYAWA DAN KESELAMATAN KELUARGA KITA


----------------------------------------

Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah.  Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang

Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang
Boleh beraya dalam daerah
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang ,
Apa kata kita buat ulangkaji sikit

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak ?
Ada anak syurga ? .
Ada pesakit jantung , darah tinggi atau kencing manis ?
Ada pesakit kanser atau buah pinggang ?
Ya....check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.

2. Call dan tanya tuan rumah
Sudi terima tetamu tak.
Jangan terjah raya.
Sebab ada org dia memang jaga tak pernah keluar rumah
Tapi tetamu ada depan pintu dia pun serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul.
Mana kita dpt duit dan sampul , susah nak cakap.
Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas
Sampul bertukar tangan
Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.
Jadi....fikir fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini.

4.Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan Keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang,
Kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting
Asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan org org yg kita sayang .
Nak mudah...letak saja sign depan rumah.
Tulis " maaf ....rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini.
Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.

Duduk sejenak..
Fikirkan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.


Copypaste

Jadual Imam & Bilal Bertugas 19 Ramadhan 1441H

.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

جدوال أمام & بيلال تراويح رمضان ١٤٤١ سوارو ديسا ميواه

١٩ رمضان ١٤٤١ (اثنين)
امام :  أمام مودا محمد فاهيم بن وان محمد خير جوهاري
بيلال :   توان حج صديق بن طالب
فتوكس :   توان حج محمد هازيم بن عبس

اتورجارا

- بربوكا فواسا
- صلاة مغرب برحماعه
- ماكن مالم
- صلاة عشاء برجماعه
- صلاة تراويح & وتر برجماعه
- تداروس القران
- برسوراي

رمضان المبارك

Jadual Pegawai Bertugas SDM Mei 1441H/2020M



ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD TAMKIN”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
17 Ramadan 1441h

“MAD TAMKIN”             
مد تمكين 

✅ Terjadi apabila ya’ berbaris bawah yang bertasydid (يِّ) bertemu dengan ya’ mad (ي).
✅ Kadar panjang 2 harakat .
✅ Tandanya terdapat ya’ kecil di sebelah ya berbaris bawah yg bertasydid (ada dlm quran) .
✅ Cth ; النّبِيِّين /  ربّـٰنيِّين .

ADD >>

- Mad Tamkin juga berlaku apabila و yang berbaris dhommah ( ــُـ) bertemu dengan huruf و mad dalam satu kalimah (perkataan) ; داوُود
- Demikian juga ketika huruf و atau ي madiyyah (mad) bertemu
dengan huruf و atau ي yang berbaris dalam dua kalimah ;
قومِىْ يَعلمون / اصبرُوا وَصابروا
- Tamkin bererti menguatkan @ mengukuhkan, hasilnya adalah ya’ akan terdengar jelas kerana seolah olah ditekan apabila dibaca .

والله اعلم بالصّواب ✌️

📩 KAUNTER KHAIRAT KEMATIAN & KAUNTER KUTIPAN ZAKAT FITRAH 2020 SURAU DESA MEWAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال محمد

📮Selamat sejahtera Ahli Kariah Desa Mewah yg dihormati:

📩 KAUNTER KHAIRAT KEMATIAN SURAU DESA MEWAH

💎🗓️ 4,11,18 Mei 2020 (ISNIN )
       9,16,23 Mei 2020 ( SABTU )
     
⏰ 9.00 pagi -11.00 pagi ( ISNIN )
       2 .00 ptg - 4.00 ptg
       ( SABTU )

💰RM 5/sebulan/keluarga
     RM 60/Setahun/keluarga

🏪 Lokasi: SURAU DESA MEWAH

Semua qariah di alu-alukan hadir bagi kemaskini maklumat keluarga & menjelaskan yuran tertunggak.


🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻🌻🌿🌻

KAUNTER KUTIPAN ZAKAT FITRAH 2020 SURAU DESA MEWAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Desa Mewah akan mengadakan kaunter kutipan zakat fitrah 2020 dgn kerjasama Masjid Raja Muda Semenyih  seperti berikut:

📆 Tarikh: 4,11,18 Mei 2020 (Isnin)
⏰ Masa: 9:00pagi - 11:00 pagi

📆 Tarikh : 9, 16, 23 Mei 2020 (Sabtu)
 ⏰ Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg

 🕌 Tempat:  Surau Desa Mewah

 👳🏻‍♀ Pen Amil Fitrah: Tn. Hj Alias Hj Mat Saman

Sekian, t/kasih

Nota: Mohon war-warkan pada ahli kariah taman berdekatan dengan Taman Desa Mewah.
          Pembayar zakat perlu mambawa kad pengenalan atau pasport (warga asing) untuk amil zakat
          masukkan data dalam sistem dan tujuan mengeluarkan resit pembayaran.

السلام عليكم..

ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD BADAL”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
15 Ramadan 1441h

“MAD BADAL”             
مد بدل 

✅ Terjadi apabila hamzah bertemu dgn salah satu huruf mad (ا،و،ي) di awal kalimat.
✅ Kadar panjang 2 harakat .
✅ Cth ;  •أُوتوا•  /  ءَادم.
إِيمان
✅ Asalnya terdapat 1 hamzah yang berbaris dan 1 hamzah yang mati ttp hamzah yg mati itu ditukar menjadi huruf mad, maka terjadinya Mad Badal.


والله اعلم بالصّواب ✌️

ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD ‘IWADH”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
14 Ramadan 1441h

“MAD ‘IWADH”             
مد عوض 

✅ Terjadi apabila tanwin fathatain ـً yg terletak di hujung kalimat diwaqafkan, maka tanwin itu dibaca satu baris serta mad.
✅ Kadar panjang 2 harakat .
✅ Tandanya terdapat huruf alif (ا) dan alif maqsurah (ى) di sebelah huruf tersebut .
✅ _Cth ;  •عليماً•  /  مصلّىً        _.

ADD >>

- Adapun hamzah berbaris dua di atas (fathatain) di hujung kalimat yang tiada alif juga termasuk dlm mad ‘iwad ; cth • فلم تجدوامآءً
- Manakala hamzah berbaris dua di bwh (kasratain) @ dua di dpn (dhommatain) tdk dibaca dgn mad 'iwad

- Terdapat satu huruf fathatain di hujung kalimat yang tidak dibaca mad ttp hanya disukunkan spt biasa iaitu ة ‘Ta bulat’ atau dikenali sbg ‘Ta marbuthah’ ;  •كثيرةً

- kesilapan yg org biasa baca

 Agk rumit sikit.boleh rujuk ahli tajwid jika masih keliru

والله اعلم بالصّواب ✌️

Wednesday, May 6, 2020

ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD FARAQ”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
13 Ramadan 1441h

“MAD FARAQ”             
مد فرق

✅ Terjadi apabila apabila terdapat huruf hamzah istifham (أ،ء) di awal perkataan bertemu dengan hamzah wasal dan terdapat huruf yang sukun atau tasydid selepasnya.
✅ Kadar panjang 6 harakat .
✅Hamzah wasal( اُ )bertukar menjadi mad( آ ). 
✅ _Cth ; ءآلـئٰن / ءآلله        _.

ADD >>

- Farq bereti membezakan
- Bertujuan utk membezakan antara ayat pernyataan dan pertanyaan
- Hamzah Istifham ialah hamzah pertanyaan yg bererti ‘adakah?’
- Mad Farq juga seperti Mad Lazim Kalimi cuma bezanya terdapat ء pada awal kalimat bagi Mad Farq

Firman Allah bermaksud: Bacalah Al-Quran dgn bertartil(memelihara hukum tajwid)

والله اعلم بالصّواب ✌️

*Tadabbur Juzu 12: Kalau kami salah, turunkanlah azab

ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:45am*
SYURUK : 6:56am
🌙 13 Ramadhan 1441H

*Tadabbur Juzu 12: Kalau kami salah, turunkanlah azab

وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَى أُمَّةٍ مَعْدُودَةٍ لَيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ أَلَا يَوْمَ يَأْتِيهِمْ لَيْسَ مَصْرُوفًا عَنْهُمْ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (8)
Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): Apakah yang menghalangnya? Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. (Hud: 8)

 قَالُوا يَانُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (32) قَالَ إِنَّمَا يَأْتِيكُمْ بِهِ اللَّهُ إِنْ شَاءَ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ (33)
 Mereka berkata: Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar. (32) Nabi Nuh menjawab: Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Dia kehendaki dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah! (33) [Hud: 32-33].

Begitulah kesombongan manusia. Ada manusia berbangga masih dapat terus melakukan maksiat dalam keadaan aman damai tanpa ditimpa sebarang musibah. Ia hanya merupakan siri ulangan kedegilan dan kesombongan manusia yang berlaku sejak zaman terdahulu. Semoga kita diselamatkan daripada sikap begini.

#MMMR

Renungan Hari Ini/ 13 Ramadhan 1441

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi yang ceria Sahabat2ku😊🌹

Waalaikumusalam wbt bagi yang memberi salam
Dari atas sampai kebawah Satu ikatan Ukhuwah🤙🏻

Renungan Pagi / 13 Ramadhan 1441

"Orang yang berfikir dan merenungkan
diri dan menilai hidup,mudah memperbaiki
tujuan hidupnya sendiri"

Buya Hamka

Dalam Hidup, Selalu Ada Kesempatan
untuk Memperbaiki Diri
Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan)
Kami, Kami akan Tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang-orang
yang berbuat baik.” (QS.Al-Ankabut: 69)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah
 diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hasyr ayat 18)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah
memberitahukan jalan untuk memperbaiki diri kita,
yaitu di antaranya adalah tiga amalan dalam sabdanya :
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟ ” قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: “إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ
“Maukah kalian aku beritahukan amalan yang
dengannya akan menghapus dosa-dosa dan mengangkat
derajat? Para sahabat menjawab : mau wahai Rasulullah.
Beliau bersabda : menyempurnakan wudhu di saat
yang sulit, banyak melangkah menuju masjid, dan
menunggu sholat setelah sholat, itulah ribath
 (perjuangan)” (HR.Muslim).

Itulah tiga jalan untuk memperbaiki diri kita,
menghapus dosa-dosa kita, mengangkat
derajat kita di sisi Allah.

Pertama, berwudhu di saat yang berat, misalnya
setiap kali hendak tidur atau waktu lainnya, dan
bahkan setiap kali batal wudhu disunnahkan untuk
memperbaharui wudhu kita.

Kedua, banyak melangkah menuju masjid, yaitu
senantiasa menghadiri shalat berjamaah di masjid,
khususnya bagi kaum pria.

Ketiga, menunggu sholat setelah sholat, misalnya
setelah sholat Maghrib berjamaah tetap duduk berdzikir
atau berdoa atau kajian ilmu sambil menunggu
didirikannya sholat Isya.

Inilah 3 jalan yang memperbaiki keadaan diri kita.
Mari kita tempuh 3 jalan tersebut dengan penuh
kesungguhan, karena membutuhkan perjuangan berat
melawan malas dan lemahnya jiwa.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq-Nya kepada
 kita agar dapat mengamalkan ketiganya.. aamiin

Doa Hari Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Rabu
6 May 2020
13 Ramadan 1441 H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Arhamar Rahimin 3x

Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang Engkau merdekakan daripada api neraka

Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadan dan selamatkanlah Ramadan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami.

Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca al-Quran.

Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau reda dengan kami

Ya Allah kami memohon ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Monday, May 4, 2020

ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD SILAH”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
11 Ramadan 1441h

“MAD SILAH”              
مد صلة  


✅ Terjadi apabila terdapat huruf yg berbaris pada sebelum dan selepas ha dhomir ( ه )
✅ Ha’ Dhomir = Ha’ Kinayah.
✅ Terbahagi kpd 2 bahagian;

 مد صلة قصير.2.     مد صلة طويلة .1

1. MAD SILAH QOSIRAH
مد صلة قصيرة

- Jika ha’ dhomir (ه) bertemu dgn huruf selain hamzah
- Kadar bacaan pada ha dhomir ini 2 harakat jika wasal dan matikan ha’ jika waqaf
- Cth ; بهِ ثَمنا / إنّهُ يَقول
- Tandanya terjadi adalah jika terdpt ya,waw soghie di sblh ha’ dhomir (ada dlm quran)
 - Juga dinamakan sbg ‘Mad Silah Sughra’ .

2. MAD SILAH TOWILAH
مد صلة طويلة

- Jika ha’ dhomir bertemu dgn huruf hamzah sahaja
-Kadar bacaan pada ha’ dhomir ini 4/5 harakat ika wasal dan matikan ha’ jika waqaf .
- Cth; لقومهٓ ءامنّا / علمهٓ إلّا
- Tandanya terjadi jika terdapat
  (ٓ  ) pada ya,waw soghir di sebelah ha’ dhomir (ada dlm quran)
- Juga dinamakan sbg ‘Ma Silah Kubra’

ADD>>

SILAH (صلة) bermaksud ‘pertalian’ manakala QOSIRAH bermaksud ’pendek’ dan TOWILAH bermaksud ‘panjang’ . Hasilnya dapat dilihat pada kadar kepanjangan harkatnya .

Tajwid adlh semulia2 ilmu yg berkaitan ilmu Al-Quran

والله اعلم بالصّواب ✌️

Kaunter Zakat Fitrah & Khairat Kematian Di SDM 4/5/2020

Assalamualaikum wb,

Alhamdulillah, perlaksanaan kaunter bayaran untuk zakat fitrah dan khairat kematian di SDM berjalan dengan lancar.

Wakil amil untuk pungutan zakat fitrah dan Tn. Hj. Anuar untuk kaunter bayaran khairat kematian ada di SDM menerima bayaran tuan puan.

Hari ini kaunter dibuka dari jam 9.00 - 11.00 pagi. kaunter akan dibuka 2x seminggu iaitu pada hari Isnin dan Sabtu. Sila rujuk kepada jadual yang diserta.


Sesiapa yang berkesempatan dan ingin melaksanakan kewajipan boleh datang ke SDM pada tarikh dan masa yang diberikan.

Nota: sila bawa sekali kad pengenalan @ pasport untuk pihak amil zakat menyemak data untuk dikeluarkan resit pembayaran.







Tadabbur Juzu 9: Nabi s.a.w tidak mengetahui bila kiamat terjadi dan tidak tahu tentang perkara ghaib

ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:46am*
SYURUK : 6:57am
🌙 11 Ramadhan 1441H

Tadabbur Juzu 9: Nabi s.a.w tidak mengetahui bila kiamat terjadi dan tidak tahu tentang perkara ghaib


يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (187)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (187)


قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (188)

Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (188) [Al-A'raf : 187-188].

Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak tahu tentang masa depan atau perkara yang belum berlaku kecuali apa yang telah Allah wahyukan.

Sungguh dusta sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan, apatah lagi mengetahui bilakah tahun kiamat akan berlaku.

#MMMR

Sunday, May 3, 2020

Sumbangan Makanan Iftar Buat Yang Memerlukan

Berkat sumbangan warga kariah Desa Mewah yang dermawan.

Alhamdullilah Iftar 8 Ramadhan: Mee hoon goreng spore & kueh lapis.

Moga dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang memerlukan dikala musibah melanda negara ketika ini.

Bersyukur atas rahmatNya dan Mudah2an dimurahkan rezeki semuanya.

Terima kasih para penyumbang, moga Allah murahkan lagi rezeki tuan puan.




Jadual Kaunter Pembayaran Khairat Kematian & Zakat Fitrah Tahun 1441H/2020M




TADABBUR JUZU' 7 : Tidur itu kematian yang kecil

ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:46am*
SYURUK : 6:57am
🌙 10 Ramadhan 1441H

TADABBUR JUZU' 7 : Tidur itu kematian yang kecil

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (60)
Dan Dialah yang mematikan (iaitu menidurkan) kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur [mu] yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60)

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ (61)
Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipan mereka. (61)

ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ أَلَا لَهُ الْحُكْمُ وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ (62)
Kemudian mereka [hamba Allah] dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah, bahawa segala hukum [pada hari itu] kepunyaan-Nya. Dan Dialah Pembuat perhitungan yang paling cepat. (62) [Al-An'am : 60-62]

Al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:

يخبر تعالى إنه يتوفى عباده في منامهم بالليل، وهذا هو التوفي الأصغر
Allah menyatakan sesungguhnya Dia akan mematikan hamba-hambaNya ketika tidur di malam hari. Inilah dia kematian kecil.

عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ ، قَالَ : بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ ، قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Huzaifah radiallahu ‘anhu berkata: Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mahu tidur, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Dengan nama Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup. Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bangun daripada tidurnya, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas kematian kami. KepadaNya lah kami kembali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5879]

#MMMR

Tazkirah Ramadhan - Menerima Musibah Dengan Kesabaran

Tazkirah Ramadhan...

Setiap musibah itu ada hikmah yang lebih baik menanti. ALLAH bersama mereka2 yang sabar...

Ketika kita bertanya kepada ALLAH  swt perihal ujian yang menimpa kita hari ini..

Ya ALLAH, apakah gerangan yang sedang menimpa kami saat ini..?
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan” (QS. Al-Baqarah : 155).

Mengapakah kami harus diuji dengan wabak Corona seperti ini .?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi..?” (QS. Al-Ankabut : 2)

Untuk apa sesungguhnya ujian ini, ya ALLAH..?
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin ALLAH; barangsiapa yang beriman kepada ALLAH, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya”(QS. At-Taghabun :11)

Namun, mengapa harus terjadi pada kami..?
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” (QS. Al-Ankabut : 3)

Dari mana datangnya musibah ini ya ALLAH..?
“Dari mana datangnya ini..?” Katakanlah, “Itu dari dirimu sendiri..” (QS. Ali Imran: 165).

Tapi ya ALLAH, wabak ini sungguh buruk bagi kami….
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al-Baqarah : 216)

Telah sesak nafas kami, berat hidup kami, gara-gara wabak ini….
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

Kami tidak boleh bekerja ya ALLAH, kami dikurung di rumah saja, kami tidak boleh berbuat apa-apa….
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran : 139)

Terkadang, wabak ini memberikan tekanan yang demikian dahsyat kepada kami. Rasanya kami telah menyerah kalah. Sebahagian dari kami bahkan telah berputus asa.
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat ALLAH, melainkan kaum yang kafir” (QS. Yusuf : 87)
“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat” (QS. Al-Hijr: 56)

Kami menjadi gelisah, tidak tenang, kerana beban berat yang kami hadapi akibat wabak ini….
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram” (QS. Ar-Ra’du: 28).

Di saat sempit seperti ini, masih adakah jalan keluar bagi kami..? Masih adakah pintu rezeki untuk menyambung hidup kami ya ALLAH..?
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya” (QS. Ath-Thalaq: 4).

Tapi, perusahaan/syarikat sudah memotong gaji kami. Bahkan sebahgian dari kami, sudah tidak memiliki pekerjaan lagi. Siapa yang akan memberikan rezeki kepada kami..?
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan ALLAH-lah yang memberi rezekinya” (QS. Hud: 6)

Sudah lebih dari sebulan kami menjalani kehidupan Stay At Home. Rasanya sudah tidak kuat untuk terus menerus dikurung di dalam rumah. Lelah ya ALLAH. Sungguh kami tidak tahu, sampai bila suasana ini….
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran : 200)

Mengapa Engkau menyuruh kami untuk bersabar..?
“ALLAH mencintai orang-orang yang sabar..” (QS. Ali Imran : 146)

Adakah balasan atas kesabaran kami ya ALLAH..?
“Sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (QS. An-Nahl : 96)

Alhamdulillah...berapa banyakah pahala yang akan Engkau berikan kami..?
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar : 10)

Subahanallah… Lalu bagaimana nasib kami kelak di akhirat ya ALLAH..?
“Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (syurga), (sambil mengucapkan) ‘SeLamat untuk kalian atas kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu..” (QS. Ar-Ra’du : 23-24)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sekarang kami tenang ya ALLAH. Kami redha dengan ketentuan-Mu. Kami bersabar dengan ujian-Mu..

“ALLAH redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya” (QS. Al-Bayyinah :

“Dan keredhaan ALLAH adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar” (QS. At-Taubah : 72).

لا تحزن ان الله معنا -
Jangan sedih, ALLAH bersama kita..

ONE DAY ONE TAJWID 💫 - “MAD LAZIM”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
10 Ramadan 1441h

“MAD LAZIM”             
مد لازم

The complicated one 😬

✅ _Ada 4 jenis mad lazim ;

مد لازم كلمي مثقّل / مد لازم كلمي مخفف
مد لازم حرفي مثقّل / مد لازم حرفي مخفّف .

✅ 6 Harakat shj .
✅ _Top 1 ranking dalam bacaan pd hukum Mad Far’ie

3. MAD LAZIM HARFI MUTHAQQOL
مد لازم حرفي مثقّل 

- Terjadi pada huruf yang perlu diidghamkan .
- Terjadi pada huruf2 yg terdapat pada permulaan surah (fathun suwar)
-Cara bacaannya dgn memanjangkn certain huruf (6 harakat) then idghamkan secara 2 harakat sblm masuk huruf sebelahnya .
- Cth ; الٓمٓ / عٓسٓقٓ

4. MAD LAZIM HARFI MUKHAFFAF 
مد لازم حرفي مخفّف 

- Terjadi pada huruf yang tidak perlu diidghamkan .
- Terjadi pada huruf2 yang terdapat pada awal surah (fathun suwar)
- Cara bacaanya dgn memanjang huruf tersebut (6 harakat) tanpa idgham jika bertemu dgn huruf sebelah .
- Cth ; الٓر / نٓ / قٓ

ADD >>
- Kalimi = dalam bentuk satu perkataan
- Harfi = dalam bentuk huruf
- Muthaqqol = bacaan diberatkan
- Mukhaffaf = bacaan diringankan
- Fathun Suwar = pembuka surah2
- Byk istilah berbeza yg digunakan dlm hukum ini ttp maksudnya sama .

والله اعلم بالصّواب ✌️

Saturday, May 2, 2020

Fiqh Keutamaan


1. Solat subuh berjemaah lebih utama daripada solat Tahjud dan
dan solat Teraweh dan Witir,

2. Solat Witir lebih utama daripada solat Teraweh.

3. Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh, lebih baik
daripada dunia dan seisinya.

4. Solat Isyak berjemaah lebih baik daripada solat Teraweh,
solat Witir dan Tahjud.

Pastikan:

a. Jangan tinggal solat Subuh.
b.Jangan tinggal amalan berjemaah solat Subuh.
c.Jangan tinggal solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh
d.Jangan tinggal solat witir
e.Tidak bijaksana jika solat Teraweh tetapi tidak solat Subuh
berjemaah
f.Tidak bijaksana jika solat Teraweh tetapi tidak solat Witir.
g) Solat Teraweh hanya ada dibulan Ramadhan jangan lepaskan. Fadhilat melaksanakannya diampun dosa yang telah lalu
h) Pastikan kita beruntung dengan dapat melakukan semuanya.
i) Orang yang bijaksana buat sedikit untung banyak. Orang yang tidak cerdik, buat banyak untung sedikit.

عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها”. رواه مسلم
Dari Aisyah r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya: Dua rakaat solat (sunat) fajr itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Riwayat Muslim

PUASA ADALAH SEPARUH KESABARAN.

*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:46am*
SYURUK : 6:57am
🌙 9 Ramadhan 1441H

PUASA ADALAH SEPARUH KESABARAN.

عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ : عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ ، التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ ، وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ ، وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ

Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu, Takbir (Allahuakbar) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3465, hadis hasan]

Al-Imam Ibn Rajab berkata:

Sabar itu ada tiga jenis: 
(Pertama) Sabar dalam mentaati Allah.
(Kedua) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan.
(Ketiga) Sabar atas segala musibah yang mendatang.

Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya. [Lathoif al-Ma'arif]

#alkahficentre

Doa pagi Sabtu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa pagi Sabtu 
2 May 2020
9 Ramadan 1441 H 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Arhamar Rahimin 3x

Ya Allah,  jadikan kami sekeluarga dan ibubapa kami termasuk dalam golongan yang Engkau merdekakan daripada api neraka

Ya Allah, izinkan bulan Ramadan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang Engkau sukai dan redai. Wahai Tuhan Zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredaan

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja

Ya Allah, kami bermohon ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sumbangan Iftar 1/5/2020

*السلام عليكم..*
📮Selamat sejahtera *Ahli Kariah Desa Mewah* yg dihormat

Berkat sumbangan warga kariah Desa Mewah yang dermawan.

Alhamdullilah Iftar 8 Ramadhan: Mee hoon goreng spore & kueh lapis

Moga dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang memerlukan dikala musibah melanda negara ketika ini.

Bersyukur atas rahmatNya dan Mudah2an dimurahkan rezeki semuanya.



📩 KAUNTER KHAIRAT KEMATIAN SURAU DESA MEWAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال محمد


📩 KAUNTER KHAIRAT KEMATIAN SURAU DESA MEWAH

💎🗓️ 4,11,18 Mei 2020 (ISNIN )
       9,16,23 Mei 2020 ( SABTU )
             

⏰ 9.00 pagi -11.00 pagi ( ISNIN )
       2 .00 ptg - 4.00 ptg    ( SABTU )

💰RM 5/sebulan/keluarga
     RM 60/Setahun/keluarga

🏪 Lokasi: SURAU DESA MEWAH

Semua qariah di alu-alukan hadir bagi kemaskini maklumat keluarga & menjelaskan yuran tertunggak.

ONE DAY ONE TAJWID 💫-“MAD LAZIM”

ONE DAY ONE TAJWID 💫
9 Ramadan 1441h

“MAD LAZIM”              
مد لازم 

The complicated one 😬

✅ _Ada 4 jenis mad lazim ;
مد لازم كلمي مثقّل / مد لازم كلمي مخفف
مد لازم حرفي مثقّل / مد لازم حرفي مخفّف .
✅ 6 Harakat shj .
✅ _Top 1 ranking dalam bacaan pd hukum Mad Far’ie .

1. MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQOL 
مد لازم كلمي مثقّل 

- Terjadi apabila huruf mad bertemu dgn huruf yg bertasydid (ّ ) dalam satu perkataan .
- Cara bacanya dgn panjangkan huruf mad (6 harakat) then masukkan huruf bertasydid yang di sebelahnya .

- Cth ; ولا الضّآلّين / الحآقّة

2. MAD LAZIM KALIMI MUKHAFFAF 
مد لازم كلمي مخّفف 

- Terjadi apabila huruf mad bertemu dengan huruf yang sukun dlm satu perkataan .
- Cara bacaanya dgn panjangkan huruf mad (6 harakat) then matikan huruf di sebelah (krn huruf sukun) sblm masuk huruf ketiga .

- Ada satu contoh shj di dlm Quran dlm surah Yunus ; ءآلئٰن

ADD >>

- Kalimi = dalam bentuk satu perkataan

- Harfi = dalam bentuk huruf

- Muthaqqol = bacaan diberatkan

- Mukhaffaf = bacaan diringankan

- Fawatih Suwar = pembuka surah2

- Byk istilah berbeza yg digunakan dlm hukum ini ttp maksudnya sama .

والله اعلم بالصّواب ✌️

Friday, May 1, 2020

SELAMAT HARI PEKERJA 2020


ONE DAY ONE TAJWID 💫-“MAD ’ARIDH LIS SUKUN”


8 Ramadan 1441h

“MAD ’ARIDH LIS SUKUN”               
مدعارض للسّكون 

✅ Terjadi apabila bacaan diwaqafkan dan terdapat huruf mad sebelum huruf terakhir , maka huruf terakhir itu disukunkan(dimatikan) .

✅ 2,4,6 Harakat .

✅ _Cth ; *الضّآلّين• / الإيمان

✅ Terjadi bukan hanya pada hujung ayat .

والله اعلم بالصّواب ✌️

KAUNTER KUTIPAN ZAKAT FITRAH 2020 SURAU DESA MEWAH

السلام عليكم..

📮Selamat sejahtera Ahli Kariah Desa Mewah yg dihormati:

🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻🌻🌿🌻

KAUNTER KUTIPAN ZAKAT FITRAH 2020 SURAU DESA MEWAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Desa Mewah akan mengadakan kaunter kutipan zakat fitrah 2020 dgn kerjasama Masjid Raja Muda Semenyih  seperti berikut:

📆 Tarikh: 4,11,18 Mei 2020 (Isnin)
⏰ Masa: 9:00pagi - 11:00 pagi

📆 Tarikh : 9, 16, 23 Mei 2020 (Sabtu)
 ⏰ Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg

 🕌 Tempat:  Surau Desa Mewah

 👳🏻‍♀ Pen Amil Fitrah: Tn. Hj Alias Hj Mat Saman

Sekian, t/kasih

Nota: Mohon war-warkan pada ahli kariah taman berdekatan dengan Taman Desa Mewah.


HEBAHAN PROGRAM SDM CAKNA: KOMUNITI COVID 19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا


PROGRAM SDM CAKNA: KOMUNITI COVID 19


Lanjutan PKP,  pihak surau masih meneruskan program memberi sumbangan kepada qariah yang memerlukan.

Peluang masih di buka kepada ahli qariah untuk menyumbang. Sumbangan wang tunai amat di alu2kan, agar kami dapat membeli barangan yang setara bagi setiap keluarga.


Sumbangan boleh di salurkan kpd AJK Surau yang bertugas:

Hj Anuar: 019 2210075
Pn Salmah: 012 3722372
BIMB SDM 12092010016921
Ref: C19 SDM


إن شاء الله

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Jumaat
1 May 2020
8 Ramadan 1441 H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Arhamar Rahimin 3x

Ya Allah,
Ramadan ini kami memohon

Susurkan kami di jalan mereka yang Engkau limpahi cinta, dalam sempit atau lapangnya, dalam senyum atau lukanya.

Ya Allah, walau hati tak seteguh nabi Nuh AS kuatkanlah kami atas jalan dakwah. Jalan kebaikan, jalan kebenaran, jauhkan kami dari terjatuh dalam kesesatan.

Ya Allah, walau tak diuji segelap rasa nabi Yunus AS tatkala ditelan oleh ikan, namun kami juga turut diuji dengan kehilangan, kesakitan, kemiskinan, kekurangan dan kesilapan.

Bantu kami untuk sentiasa berzikir memohon doa seperti nabi Yunus AS memohon ampunan.

Bukakanlah cahaya dan petunjuk yang terang sepertimana Engkau berikan pada para sahabat nabi terdahulu.

Cantikkanlah kami dengan kesabaran, Indahkanlah akhlak kami dengan al-Quran

Ya Allah, kami memohon ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Renungan Pagi / 8 Ramadhan 1441

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi yang ceria sahabat2ku😊🌹🤙🏻

Renungan Pagi / 8 Ramadhan 1441

وَإِذَا مَسَّ ٱلْإِنسَٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُۥ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿١٢﴾

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."

(Q.S.10:12) Surah yunus