Monday, March 23, 2020

COVID-19: Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April

COVID-19: Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April
Muhyiddin berkata inisiatif ini bertujuan meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dalam keadaan negara berdepan krisis. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing mulai 1 April nanti, umum perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin memaklumkan kadar pengeluaran tersebut tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
"Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion," katanya pada sidang media khas, hari ini.

Menurut Muhyiddin, inisiatif ini diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini.

Ia sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan pada 30 Mac nanti.

Inisiatif itu, menurut beliau, bertujuan meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dalam keadaan negara berdepan krisis.

Ia juga merupakan inisiatif yang diumumkan kerajaan ketika dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pencarum-kwsp-dibenar-keluar-rm500-sebulan-bermula-1-april-234865

No comments:

Post a Comment