Thursday, March 12, 2020

Kem Smart Solat


Kepada ahli-ahli kariah Desa Mewah yang mahu menghantar anak-anak demi memenuhi masa lapang semasa cuti sekolah yang bakal menjelang disamping dapat memperbaiki ilmu solat mereka. Insyallah.

Yeahhhhhh, sorak sorai gegak gempita anak-anak apabila cuti sekolah kembali lagi. Sesuai dengan keriuhannya, Masjid Kariah Rinching Hilir berbesar hati akan menganjurkan Kem Smart Solat Siri 2 secara PERCUMA bagi  mengisi ruang masa santai anak-anak kita dengan menggilap, mengemas dan  memperlengkap ilmu  SHOLAT mereka. 

Kem sehari suntuk di bawah bimbingan Ustaz Mohd Rijal Sajiman yang penuh wibawa diharapkan dapat mencerna pembentukan rohani dan sahsiah anak-anak kita sebagai "Generasi Penerus Ummah".

Perpatah dan bidalan Melayu berzaman yang menitipkan
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" dan "Ilmu pelita hidup" menggesa kita semua agar berterusan menimba ilmu walaupun hanya sepotong ayat.

Mari mendaftar dan bantu sebarkan. Sila whatapp (nama anak/no. kad pengenalan / nama penjaga/ no. tel penjaga ke nombor hp :

+60142375942 Hafiz ( Nazir)
+60192214974 Mazri ( Biro Da'awah)
+60196031350 Khafiz (Bendahari)

@@ Segera mendaftar untuk 100 peserta terawal.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment