Friday, March 27, 2020

Auto Loan Moratorium Sempena COVID-19 Oleh Bank

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

1. Bila bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?
- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
- Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
- Hubungi bank dan bagitau mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
- Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
- Tidak termasuk dalam Moratorium.
- Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

Harap ni dapat membantu semua...

X payah dah pening2 kepala.. Kerajaan dah bagi kelonggaran tu.. Ambil shj.. Pasal kita x tahu di kemudian hari... De sebab kerajaan buat kelonggaran begini..

Pasal kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan.. Simpan duit cash.. Berjimat cermat mulai skrang...






No comments:

Post a Comment