Wednesday, February 21, 2024

Kaunter Bayaran Yuran Khairat Kematian 2024

 Assalamualaikum Ahli Qariah Desa Mewah..

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Khairat Kematian  Surau Desa Mewah  akan membuka Kaunter Bayaran Yuran Khairat Kematian 2024 pada tarikh dan masa yang dinyatakan dibawah:

Date: 24 & 25/2/24

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 10.00 pagi--1.00 petang

Tempat: Depan Kedai Makan Mamak Desa Mewah

Pendaftaran baru juga boleh dibuat di kaunter tersebut dan sekiranya pihak tuan puan mahu mengemaskini maklumat keluarga juga boleh berbuat demikian.

Borang pendaftaran serta segala pertanyaan lanjut diperolehi atau dibuat di kaunter tersebut.


Ketua Biro Khairat Kematian 
Surau Desa Mewah




Program ICT - Belajar Menggunakan Canva



Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati

Pihak SDM di bawah Biro ICT ingin mengadakan Program Belajar Menggunakan Canva Secara "Online" kepada ahli kariah yang berminat.

Aplikasi yang ringkas dan mudah untuk mereka cipta poster/banner animasi bagi tujuan e-book, promosi perniagaan secara lebih bergaya.

Kami mohon bagi yang berminat untuk Join Chat Room menggunakan link yang di bawah ini 

https://chat.whatsapp.com/JTe270CwpggDZ57PUUBuhY


Terima Kasih.