Friday, March 27, 2020

PROGRAM SDM CAKNA COVID - 19

Assalamualaikum wbt.

Lanjutan dari PROGRAM SDM CAKNA pihak surau ingin membuka peluang kepada ahli qariah utk bersama membantu jiran tertangga kita yang amat memerlukan barangan dapur harian. 

Dengan persetujuan Dato Pengerusi, segala sumbangan (wang tunai, barangan asas dan sebagainya) boleh terus hantar ke rumah Hj Anuar ( no. 22A, Jln 18 ) selaku Ketua Biro Kebajikan SDM utk pengumpulan dan agihan seterusnya. 

Kepada yg ikhlas dan telah  menyumbang pihak surau mengucapkan tk byk2 semuga ALLAH swt permudahkan segala rezeki juga kesihatan shbt kita.
Aamiin

Alhamdullilah

Selesai penagihan sumbangan kepada 7 keluarga Asnaf yang telah menerima barang2 Asas Keperluan Dapur.

Terima kasih kepada penyumbang2

Sumbangan ini mungkin hanya boleh bertahan buat beberapa hari sahaja buat keluarga2 asnaf ini, oleh yang demikian disarankan agar terus menyumbang kepada yang berkemampuan dan kemungkinan masih ramai lagi yang memerlukan keperluan asas barang dapur ini.

Kepada jiran2, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan jiran2 kita tidak kelaparan dimasa wabak COVID 19 ini melanda negara kita. Jenguk2 lah jira2 ini terutama yang duduk di flat Desa Mewah yang mungkin malu untuk meminta2. Laporkan lah kepada AJK SDM untuk tindakan lanjut.

Pihak Surau Desa Mewah mengucapkan tahniah dan terima kasih tak terhingga buat semua yang bekerjasama menjayakan program ini. Moga tuan/puan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta dijauhkan dari wabak penyakit yang sedang melanda ini.... Insyallah. 

Sekian.

Pengerusi Surau Desa Mewah
Ketua Biro Kebajikan Surau Desa Mewah
AJK-AJK









No comments:

Post a Comment