Monday, May 6, 2019

Niat Solat Sunat Terawih, Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa



Imam-imam Muda Solat Terawih Surau Desa Mewah 2019



Beberapa Persoalan Berkenaan Puasa
















Solat

Menggagahkan diri untuk dengar dan habiskan hampir 2 jam rakaman live ceramah terakhir Almarhum Tuan Guru Dato' Seri Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz malam tadi. Rasa rugi sangat kalau tak dengar untaian kata2 daripada beliau yg boleh diibaratkan sebagai wasiat terakhir sebelum beliau kembali dipanggil mengadapNya awal pagi tadi. Dalam hal ini, sangat bersyukur dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan ceramahnya masih boleh didengar dan diambil iktibar walaupun tika dan saat ini beliau telah berpindah ke alam lain iaitu alam barzakh. Beliau sedang berbahagia dalam rehat yang panjang di alam sana.
.
Dalam banyak2 nasihatnya, ada beberapa  point penting yang melekat dalam fikiran saya iaitu :-

Jangan terlalu tamakkan perkara sunat sehingga kadang2 meninggalkan perkara yang wajib..

Utamakan yang wajib berbanding sunat. Tidak salah melakukan perkara sunat, tetapi mesti diingat, yang wajib itu lebih utama. Almarhum memberi beberapa contoh situasi..

- Terlalu lama sujud yang akhir sedangkan imam sudah lama bangkit dari sujud. Mengikut imam itu wajib, sedangkan berdoa dalam sujud yang akhir itu sunat..
- Solat hari raya penuh masjid tetapi solat fardhu lengang..
- Memberhentikan ceramah semata-mata memberi laluan azan..
- Menuntut ilmu itu wajib, sedangkan melaungkan azan itu sunat..
- Memanjangkan solat dan bacaan zikir ketika ada jenazah yang menunggu untuk disembahyang kan..
- Zikir itu sunat, menyembahyangkan jenazah itu wajib fardhu kifayah, perlu disegerakan..

- Berhati-hati daripada terikut-ikut amalan salah yang menjadi kebiasaan, malah ada diantaranya merupakan amalan ajaran Syiah..

Antaranya :

- Menambah perkataan 'Taala' semasa memberi salam
السلام عليكم و رحمة الله تعالى  وبركاته..

- Menambah perkataan 'ali dalam bacaan
صدق الله العلي  العظيم (amalan Syiah)
Sepatutnya  صدق الله العظيم

- Menyebut Karramallahu wajhah selepas disebut nama Sayidina Ali. Sepatutnya sebut RadhiyAllahu 'anhu, sebutan yg sama diucapkan apabila disebut nama-nama sahabat Nabi SAW yang lain (amalan Syiah)..

- Selawat yang betul
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه
bukannya
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله
(amalan Syiah)..

- Bersederhana dalam berbuka puasa..

Almarhum tidak pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadan sepanjang hayatnya. Begitu juga dengan isterinya. Apa yang menjadi juadah berbukanya bersama keluarga ialah kurma, air, kuih muih dalam 2 jenis lebih kurang dan bubur lambuk. Makan nasi semasa berbuka pun jarang sangat katanya.

- Rebutlah ganjaran Ramadan..

Ada 2 perkara besar yang Allah tawarkan dalam bulan Ramadan iaitu peluang memperbanyakkan pahala dan peluang untuk menghapuskan segala dosa. Sangat rugi jika kita melalui sebulan Ramadan, tetapi dosa tidak mendapat keampunan daripada Allah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah mengaminkan doa malaikat Jibril yang menyebut "Celakalah bagi orang yang melalui sebulan Ramadan tetapi dosanya tidak diampunkan"..

- Keutamaan solat..

Almarhum pesan sungguh2 pasal solat. Katanya solat ibarat buka akaun bank. Tanpa akaun bank, kita tak dapat simpan duit walau satu sen pun. Buatlah kebaikan banyak mana pun, jika solat tidak didirikan, tiada nilainya di sisi Allah. Hatta kalau kita dah meninggal sekalipun, ramai mana nak sedekah pahala kepada kita dengan bacaan Yaasin, tahlil dan sebagainya, jika semasa hidup kita abaikan solat, sia-sia sahajalah semua itu..

Allahuakbar... Semoga segala ilmu bermanfaat yang dikau curahkan sepanjang hidupmu di dunia menjadi cahaya yang menerangi kuburmu. Terlalu banyak jasamu buat ummah. Selamat beristirehat daripada lelahnya dunia di alam sana..

Al-Fatihah.. 😢🌹🕊
Credit.. Ustaz Azam Darusa..

Dato Sri Abu Hasan Din Alhafiz Dalam Kenangan

Assalam...dengan sedihnya dimaklumkan Dato Sri Abu Hasan Din Alhafiz telah kembali kerahmatullah jam 6pagi 1/5/2019 di HKL.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.




Ceramah terakhir beliau pada 30hb April... di surau kami di Seremban Selatan. Ceramah bermula lps magrib habis pukul 10 mlm.

Allahu .. siapa sangka. Pesanan akhir... solat tuan2 dan puan2 .. solat tu umpama buka bank akaun .. tanpa bank akaun tiada satu sen pun dpt menyimpan...banyak mana pun .. ramai mana pun orang cuba sedekah dan nak menabung utk tuan2.. jika tuan2 tiada akaun... maka sesia saja lah.

MasyaaAllah .. patutlah dia seperti tak mahu berhenti berckp memberi nasihat...itu pun dia kata .. lepas ni tuan2 jgn bertanya lagi .. jgn ganggu lagi...

Siapa sangka .. kata2nya .. ADA APA2 LAGI SOALAN? tanya sekarang .. lepas ni takde lagi dah...

Itulah ceramah terakhir aruwah mlm tadi diSurau An-Nur Seremban Selatan..
Innalillawainnahirojiun..


UCAPAN SALAM RAMADHAN 2019 DARI SURAU DESA MEWAH


Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة

Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum RA bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang memimpinku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapat keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat Fardu bagi orang lelaki adalah di masjid

2.  Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah

3.  Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan apabila mendengar azan).

4.  Imam Syafi’i dalam Mukhtashar Al-Muzani : “Adapun solat jamaah, aku tidaklah memberikan keringanan untuk ditinggalkan kecuali ada keuzuran (seperti sakit, hujan lebat juga waktu perang).” (Ash-Solah wa Hukmu Tarikiha, hlm. 107).

Apakah alasan kita untuk meninggalkan solat berjamaah di masjid, padahal kita dalam keadaan tidak buta, sihat tubuh badan, aman dalam  perjalanan, berdekatan rumah dengan masjid dan memiliki kenderaan?

Agaknya kita yang tidak pergi masjid ni cacat apa ye???

25hb April 2019M
19hb Syaaban 1440H

RAMADHAN TIBA DAN APAKAH PERSIAPAN KITA?

MENYONGSONG DATANGNYA BULAN SUCI RAMADHAN🔵

                        D A N

🌏 PERSIAPAN DALAM MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN🌍

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Bismillah

Berapakah umur Kita ?
Berapa Ramadhan yang telah kita temui?

Apakah seseorang yang sudah 20 tahun bertemu dengan Ramadhan memiliki perasaan yang sama dengan seorang muallaf yang akan menjumpai Ramadhan pertamanya sebagai seorang muslim?

🎯 KAIDAH MENGATAKAN:

كثرة المساس تميت الاحساس

“Seringnya berinteraksi bisa mematikan sensitifitas”

Dari kaidah diatas tahulah kita betapa pentingnya bagi kita yang sudah sering kali bertemu dengan bulan suci umat Islam, bulan penuh rahmat dan keberkahan, bulan penuh magfiroh dan ampunan, untuk tetap menjaga semangat kita agar tidak cenderung bosan dalam menyambut bulan istimewa ini.

Namun tahukah kita bahwa bulan yang sangat mulia ini ternyata bisa membuat kita celaka?

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

رغم أنف رجل دخل عليه رمضان ثم انسلخ قبل أن يغفر له

“Celakalah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak diampuni dosanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala”.
[Hadits Imam Muslim]

Bulan suci Ramadhan bagaikan pisau bermata dua, yang apabila kita tidak memanfaatkannya maka akan membuat kita celaka. Berikut adalah PR (pekerjaan rumah) di akhir hari-hari Sya’ban untuk mensiasati penyambutan kita terhadap bulan Ramadhan :

💢 1.PEMANASAN

Bulan Ramadhan adalah BULAN PERLOMBAAN BAGI AHLI TAQWA.

Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

“Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan”.
[QS. Al-Baqarah: 148]

Allahlah yang menyatakan bahwa kebaikan adalah suatu perlombaan. Bagaikan seorang atlit yang akan bersiap untuk berlomba, seorang muslim harus bersiap untuk perlombaan di bulan penuh keberkahan.

Biasakanlah kembali membaca Al-Qur’an yang sudah lama tidak kita sentuh, bangunlah pada malam hari dan perpanjang durasi sholat malam kita, jadikan siang kita dalam keadaan berpuasa, amalkan amalan-amalan sunnah agar anda terbiasa ketika memasuki bulan Ramadhan.

📚 2.KUMPULKAN ILMU YANG KOMPLIT TENTANG BULAN RAMADHAN

Allah Ta’ala berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya”.
[QS. Al-Israa: 36]

Rasulullaah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

العلم قبل القول و العمل

"Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan”.
[Hadits Shahih Bukhori]

Kumpulkanlah ilmu mengenai keutamaan bulan suci Ramadhan, kewajiban-kewajibannya, sunnah-sunnahnya, hal-hal yang membatalkan puasa, dsb.

🔵 3.MEMPELAJARI HIKMAH AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Imam Al-Qurtubi mengatakan bahwa, "salah satu faktor kegagalan seseorang yang sudah beribadah adalah ketidaktahuannya."

Maka kita harus mencari hikmah dibalik amalan-amalan di bulan suci Ramadhan. Misalnya, sebagaimana kita menjaga diri kita dari perbuatan maksiat ketika berpuasa, Ramadhan mengajarkan kepada kita bahwa dalam kehidupan ini kita harus memiliki rem untuk perbuatan maksiat.

🔷 4.PERBANYAK ISTIGFAR DAN TAUBAT

Pernahkah kita merasa bahwa semakin hari ibadah Ramadhan kita semakin tidak maksimal? Bukankah semakin hari jamaah sholat subuh di masjid semakin maju, dikarenakan makmumnya hanya tinggal satu shaff ?

Simak baik-baik firman Allah Ta’ala berikut:

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka”. [QS. Al-Mutoffifiin: 14]

Masyaa Allah, ternyata yang membuat kita cepat merasa capek dalam melaksanakan ibadah adalah beban dosa yang menutupi hati kita. Maka perbanyaklah istigfar dan bertaubat sebelum dan ketika memasuki Ramadhan.

🔷 5.TAWAKKAL KEPADA ALLAH

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mewujudkan cita-citanya". [QS. At-Talaq: 3]

Bertawakallah kepada Allah dalam menjalani ibadah bulan suci Ramadhan, dan janganlah mengandalkan diri kita.

Sebagaimana bacaan doa dzikir pagi dan petang yang diajarkan Rasulullaah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومْ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, Wahai Rabb Yang Maha Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala keadaan dan urusanku dan jangan Engkau serahkan kepadaku meski sekejap mata sekalipun (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu)”

🎯 6.DOKTRIN DIRI KITA BAHWA BISA JADI INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIR KITA

Perbanyaklah mengingat bahwa bisa jadi ini adalah Ramadhan terakhir kita. Ingat akan hal ini saat canda tawa keluarga menghiasi waktu berbuka kita, saat bangun kita untuk bersahur, saat sujud kita dalam sholat tarawih, saat kebahagiaan menghiasi hati kita ketika bersedekah, syukuri setiap momen dalam bulan ini karena bisa jadi kita tidak akan pernah menjumpainya lagi.

📌 7.BUAT TARGET IBADAH RAMADHAN

Berapa kali kita ingin khatam Al-Qur’an di bulan ini? Berapa lembar yang harus kita baca dalam sehari untuk mencapai target khatam kita? Buatlah jadwal untuk membantu menuntaskan target tersebut, dan korbankanlah aktifitas dunia di bulan Ramadhan, seperti mengurangi jadwal berbuka puasa bersama yang mengurangi waktu kita dalam beribadah di bulan dimana Allah membuka segala pintu kebaikan, dan meminimalisir segala bentuk kemaksiatan.

Semoga di Ramadhan tahun ini kita semua di beri Allah Subhanahu wa ta'ala kemampuan , kemudahan serta semangat untuk menjalankan ibadah puasa dengan khusyuk. Serta meraih pahala yang sebanyak²nya serta ampunanNya. Sehingga kita menjadi insan yang lebih bertakwa lagi kepada ALLAH Subhanahu wa ta'ala.....
Aamiin.....

_______
Sumber : oleh Ustadz Muhammad Nuzul Dzikri

INFAK & TAJAAN IFTAR RAMADHAN 1440H SURAU DESA MEWAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Pihak Surau Desa Mewah mengalu-alukan infak & tajaan dari Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik bagi aktiviti program Ramadhan 1440H.

(1) Tajaan Iftar: 1-28
      Ramadhan
(2) Bubur Lambuk
     setiap sabtu,4x
(3) Penyediaan moreh,
       peralatan dll...

----------------------------------------
NILAI TAJAAN IFTAR
SEHARI:
1-28 RAMADHAN
----------------------------------------
 💠 RM 700 sehari -
      (Isnin/Selasa/Rabu*Khamis/Jumaat)

💠RM 1500/sehari
       (Sabtu/Ahad) 
----------------------------------------
💰 Tajaan Penuh @ berkongsi dgn qariah lain di alu2kan


✅Sila Berurusan Dgn AJK Surau yg telah dilantik
📞 Tuan Hj Anuar
www.wasap.my/60192210075/TajaanRamadhan
📞 Encik Osman
www.wasap.my/60192654789/TajaanRamadhan
📞 Puan Salmah   
www.wasap.my/60123722372/TajaanRamadhan
📞 Ustazah Rohayati
 www.wasap.my/60182115822/TajaanRamadhan

✅ Pilih Tarikh Tajaan
        seperti di bawah:-

1⃣R/6May:Isnin✔
2⃣R/7May:Selasa✔
3⃣R/8May:Rabu.✅
4⃣R/9May:Khamis.✔
5⃣R/10May:Jumaat✔
6⃣R/11May:Sabtu✔
7⃣R/12May:Ahad Fatimah✅
8⃣R/13May:Isnin☑R
9⃣R/14May:Selasa.☑R
🔟R/15May:Rabu.
1⃣1⃣R/16May:Khamis✔
1⃣2⃣R/17May:Jumaat✔
1⃣3⃣R/18May:Sabtu ✅ PAS DESA MEWAH
1⃣4⃣R/19May:Ahad✅Sunbest
1⃣5⃣R/20May:Isnin Sayang Maju.✅
1⃣6⃣R/21May:Selasa.
1⃣7⃣R/22May:Rabu✔
1⃣8⃣R/23May:Khamis
1⃣9⃣R/24May:Jumaat✔
2⃣0⃣R/25May:Sabtu✔MDM
2⃣1⃣R/26May:Ahad Fiqh Sholat✅
2⃣2⃣R/27May:Isnin.
2⃣3⃣R/28May:Selasa✔
2⃣4⃣R/29May:Rabu✔
2⃣5⃣R/30May:Khamis✔
2⃣6⃣R/31May.Jumaat
2⃣7⃣R/1Jun.Sabtu*Surau Desa Mewah
2⃣8⃣R/2Jun.Ahad Sayang Maju✅



Penaja Bubur Lambuk SDM Setiap Sabtu (RM700):

1⃣. Sabtu - 11.5.2019 - D. Hjh Maimun Awang
2⃣. Sabtu - 18.5.2019 - Pn Roslina Abd Khalil
3⃣. Sabtu - 25.5.2019 - Muslimah DM
4⃣. Sabtu - 1.6.2015 - Dato' Norman Rabani


*******

📌 Kelebihan menaja:
✅ Pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa
✅Menaja sambil menderma untuk Dana Surau Desa Mewah
✅Ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan
✅ Rebut peluang Keemasan ini. Hanya setahun sekali sahaja.

USTAZ ABD RAZAK
Kuliah maghrib
surau desa mewah

Org yg sebaik2nya adalah org yga
1. memberi salam
2. memberi makan

# Oleh itu perkara yg baik bg sesorg  tetamu adalah memberi makan dgn segera
#Memberi salam.itu adalah mewarisi  berkasih kasih

#Iblis kata pada nabi Nuh 2 perkara yg merosakkan hidup org Islam iaitu
1. Hasad dengki
2. Tamak

# Utk mengelakkan wujudnya hasad dengki dan tamak itu hndaklah kita memasyhurkan SALAM agar wujudnya rasa berkasih sayang

#Penyakit dengki n  benci ini adalah 
  pencukur kepada AGAMA

#Ubat utk mmberi ksh sayang
   * memberi salam
   * diluaskan ruang di dlm.majlis
      utk sahabat
   * memanggil dgn nama gelaran 
      yg paling baik

#Ada 5 hak org Islam trhdp org
   Islam yg lain
    * Mnjawab salam (fardu ain jk     
       kita bersendirian, sunat jika kita
       beramai2)
    * Ziarah sakitnya (wajib klau
       pesakit itu mahu berjumpa kita)
    * Menurut jenazah ke kubur
       (fardu kifayah)
    * Mmperkenankan panggilan ke
       majlis2 kahwin(melainkan
       majlis yg x baik)
    * Mnjawab org bersin

#3 perkara org Islam boleh
      menumpahkan drh org Islam
      lain
      1. murtad slps di kaunseling tp   
           ttp x mahu bertaubat
      2. zina...rejam.sampai.mati
      3. Qisas...bunuh lwn bunuh

#Amal yg baik ialah amal SOLEH
#Amal yg x baik ialah amal TOLEH

Sekitar Ceramah Perdana SDM 2019







Ustaz Abdullah Khairi Surau Desa Mewah
20 April 2019 Nisfu Syaaban 
Andai Ini RAMADHAN Terakhirku

📌Nisfu Syaaban. Sesiapa yang BANGUN tahajjud dan berpuasa pada esok hari - Allah pandang...dan diampunkan dosa & pahala berlipat kali ganda kecuali yang syirik serta berbalah-balah.
📌Berkat - sedikit tetap cukup. Mensyukuri rezeki
📌Sesiapa yang selawat ke atas Nabi sekali Allah selawat ke atasnya 10x. 10 = 100. 100 = 1000. Selawat atas Nabi 1000x sehari - diharamkan jasadnya disentuh neraka dan mustajab doanya.
📌Ayat Quran mustajab doa.
📌Al-Quran ialah peguam bela dalam Alam barzakh.
📌Al-Quran ialah pelembut hati.
📌Jaga solat sunat.
📌 Buka puasa dengan Kurma dan air. Solat. Kemudian. Baru makan - sunnah Nabi
📌 Solat taubat lepas Isyak 
📌 Witir
📌 Subhanallahil'azim Subhanallahwabihamdih - amalkan. ALLAH SUKA. 
📌Lailahaillahu wahdah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahualakullisyainkadir... 10x selepas Subuh. 
📌ZIARAH mereka yang susah
📌 Lewatkan sahur - sunnah Nabi
📌 Bahagia kerana REDHA dengan apa yang Allah swt bagi. 
📌 Wanita akan bangun dengan suami yang paling soleh. 
📌 Saling bermaafan.