Friday, December 7, 2018

Kuliah Magrib SDM 7/12/2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.



     💖 PERINGATAN MESRA utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati olh Allah swt 💖

     🕌 Kuliah Magrib🕌

🗓 7 Dec 2018 @ Isnin
⏰ Selepas Solat Magrib
🕌 Surau Desa Mewah
👳🏼:  Ustaz Azhar Ramli
📚: Kitab Idaman Penuntut Julid 2 Bab Muamalat(Akad Jual Beli dlm Kehidupan seharian)

✅BERIKN MASA & PELUANG UTK DIRI ANDA HADIR TERUTAMA AHLI WASAP

👳🏼‍♀Azam 1440...Shoat Berjemaah Disurau Desa Mewah...

 👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧 Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

❌Jangan Balik Selepas Sholat Magrib...Hadirkn Dri utk Mjlis Ilmu..

❌Jangan Berbual dn Main Wasap...Hormati Majlis Ilmu.

🕌 Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah🕌

Thursday, December 6, 2018

Sambutan Majlis Maulid Nabi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ahli Qariah Surau Desa Mewah serta Jemaah2 yg dirahmati olh Allah swt

📢📢📢📢📢.

Sambutan Majlis Maulid Nabi.

Tarikh : 8/12/18.
Hari     : Sabtu.
Masa  : 5.30 pm

Aturcara majlis.

5. 30ptg  : Majlis Khatam Alquran 1 Lembaran Subuh dipimpin olh Tn Imam En Azhar.

6.15 ptg : Majlis Perarakan dari Surau melalui Jln 10 lalu depan kedai mamak dan balik ke surau semula dn Terus Berselawat dipimpin Oleh Adik Ajwad.

7.15 mlm : Sholat Magrib Berjemaah.

7.40 mlm : Ceramah Khas oleh Ustaz Wan Nuh

Tajuk Ceramah : Kecintaan Nabi saw.

9.00 mlm : Solat Isyak Berjemaah.

9.20 mlm : Menjamu selera.🐏🐓

Semua Ahli Qariah serta Keluarga dan Jemaah Dijemput Hadir Bermula 5.30ptg

Friday, November 30, 2018

BERAPA RAMAIKAH DIANTARA KITA YG MENGAMALKAN: -

1. Tidur dlm Wudhu.
💛💛💛💛💛💛💛
2. Tidur ke arah kanan.
💙💙💙💙💙💙💙
3. Tidur dgn niat utk bangun  solat malam (1/3 pagi);
💜💜💜💜💜💜💜
4. Mengucap kalimah syahadah
💚💚💚💚💚💚💚
5. Menghayati pembacaan Ayatul-Kursi.
❤❤❤❤❤❤❤
6. Melafazkan Salawat 10 x.
💛💛💛💛💛💛💛
7. Membaca Surah Fatihah 4 x.
💙💙💙💙💙💙💙
8.  Membaca Surah Ikhlas 3 x.
💜💜💜💜💜💜💜
9. Membaca Surah 4 Qul
💚💚💚💚💚💚💚
10. Mengucap Istighfaar;
❤❤❤❤❤❤❤
11. Memaafkan semua org sebelum tidur;
💛💛💛💛💛💛💛
12. Akhir, "sesiapa yg membaca 'Bismillah' 21 x sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kpd malaikat utk menulis segala kebaikan  bagi setiap tarikan nafas si pembaca."
🔴⚪🔵⚫🔴⚪🔵⚫

🍁Kirimkan kpd kwn2 sebagai sedekah Jariah kita (amalan yg tidak pernah putus)..
❤❤❤❤❤❤❤
🍁Jika ada org yg menerima & mengamalknnya & mengajarkan pd org lain..anda akan menimba pahalanya sebagai ilmu yg bermanafaat...yg dpt membantu kita di akhirat kelak...MAKA sebarkanlah....

Ukhuwah islamiyah

ONE DAY ONE HADIST

Kamis, 29 November 2018 / 21 Robii'ul Awwal 1440

Ukhuwah islamiyah

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits :

1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.
2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.
3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Anjuran untuk menyatukan hati.

Tema hadits yang berkaitan dengan Al-Quran:
1. Menyakiti saudara sama dengan menyakiti diri sendiri :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
[Surat Al-Hujraat : 12]

2. Ukhuwwah Islamiah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
[Surat Al-Hujraat : 10]Lr

=============================
Untuk mendapatkan repost One Day One Hadits silakan daftar dengan klik link dibawah. Isi nama dan alamat selanjutnya klik kirim.
www.bit.ly/daftarhadits

MAKAN & MINUM BERDIRI

Tidak menjadi kesalahan untuk makan atau minum berdiri jika ada keperluan melakukannya, namun sebaiknya ialah duduk...
Walaupun terdapat tegahan Nabi SAW dari minum berdiri sebagaimana dalam Sahih Muslim, namun ada juga beberapa hadis sahih lain riwayat al-Bukhariy, Muslim, Ahmad, al-Tirmidziy dan lain-lain yang menunjukkan Nabi SAW pernah makan dan minum berdiri...Bahkan Ibn 'Umar RA menerusi riwayat al-Tirmidziy pernah cerita mereka pernah makan berjalan pada zaman Nabi SAW...
Ini menunjukkan hadis tegahan tersebut tidak bererti larangan yang membawa maksud haram, bahkan sekadar tunjuk ajar berkaitan adab seperti kita menegah anak-anak kita dari bermain di hadapan tetamu...
Justeru makan dan minum duduk lebih baik dan utama dari berdiri atau berjalan jika tiada keperluan...Ia lebih kelihatan sopan...Namun tidaklah berdosa untuk makan minum berdiri atau berjalan...Yang penting buang sisa-sisa atau bekas makan minum yang tidak diperlukan di tempat yang sepatutnya...

DR.KAMILIN JAMILIN

🕌 Kuliah Magrib🕌

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.



     💖 PERINGATAN MESRA  utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati olh Allah swt 💖

     🕌 Kuliah Magrib🕌

🗓 30  Nov 2018 @  Jumaat
⏰ Selepas Solat Magrib
🕌 Surau Desa Mewah
👳🏼:  Ustaz Azmi Azwan
📚: Kitab Ta'alim Muta'alim

BERIKN MASA & PELUANG UTK DIRI ANDA HADIR..


 👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧 Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

❌Jangan Balik Selepas Sholat..Tunggu Majlis Ilmu

❌Tolong Jangan Berbual & Bermain Wasap..Hormati Majlis Ilmu

🕌 Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah🕌

Santapan Rohani

Al-`Ankabūt:23
- Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Monday, November 19, 2018

Majlis Berkhatan Anjuran Surau Desa Mewah 2018

Majlis Berkhatan Anjuran Surau Desa Mewah

Tarikh. :2/12/18

Hari      : Ahad

Yuran.   :  RM 160.00 seorang

Tarikh Tutup Penyertaan:  25/11/18

Terbuka kepada Ahli Qariah ,Saudara & Kenalan Kepada Ahli Qariah.

Kepada yang ingin menyertai sila beri nama anak ,alamat dan nombor dihubungi  seperti di bawah (sambung utk seterus)

1. Nama : Muhammad Adib Hazim  Bin Mohamad
    Alamat : No 9 Jln 20 Tmn Desa Mewah 43500 Semenyih
    No Tel dihubungi : 012-2375412

Thursday, November 1, 2018

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN KE MASJID.

Kisah seorang lelaki yang tidak pernah ke masjid dalam sepanjang hidupnya. Dia memang orang terkenal. Semua orang kenal dengannya. Semua orang ingin dekat dengannya. Maklumlah orang terkenal lah katakan. Rumah dia besar, kereta mewah, hartanya melimpah ruah. Isterinya muda dan sangat cantik. Anak-anaknya semua berjaya dalam pelajaran. Alangkah bertuah hidupnya. Pasti semua orang mengidamkan kehidupan yang mewah sepertinya.

Pada satu hari ketika beliau sedang duduk santai di kerusi empuknya. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk pergi ke masjid. Entah kenapa.. Maka pada hari itu dia pun bersiap-siap lalu bergerak ke masjid.

Setelah bertahun-tahun hidup, akhirnya inilah kali pertama dia ke masjid. Alhamdulillah...mungkin ini hidayah pada nya.

Sesampai nya di masjid, beliau pun masuk. Ketika beliau masuk, beliau terpandang beberapa orang jemaah sedang berbisik-bisik sesama sendiri. Beliau pun hairan sambil berkata didalam hati.

“Oh.. mungkin diorang kenal dengan aku, aku kan orang terkenal.” Bisik hatinya.

Beliau yang segak berpakaian serba putih itu pun masuk seperti biasa. Tidak lama kemudian beberapa jemaah datang menghampiri nya sambil berkata sesama mereka.

“awak kenal ke dia ni?”

“eh..tak kenal.” balas sahabat disebelah nya.

“Eh takkan lah diorang tak kenal aku. Aku kan terkenal di kampung ni.” Bisiknya.

Dia semakin tertanya-tanya. Tapi dia terus bersangka baik. Mungkin jemaah tu dari kampung lain. Sebab tulah diorang tak kenal aku. Lalu dia memberi salam kepada mereka semua.

“Assalamualaikum..”

Para jemaah itu tidak menjawabnya.

“Ishh.. sombong betul jemaah masjid ni.”
Katanya dalam hati.

“Aku bagi salam tak jawab. Ni lah orang masjid. Hari² pergi masjid tapi hidup menyombong.”
Katanya lagi.

“Hish.. macam² perangai manusia sekarang ni. Takpelah. Baik aku tunggu imam datang, aku solat kemudian aku balik. Sekali je lah aku datang masjid ni kalau macam ni.” Marahnya dalam hati.

Tidak lama kemudian, imam pun sampai. Lalu imam itu menghampiri nya. Dia berasa pelik. Lalu imam itu berkata dihadapannya..

“Innalillahiwainnalillahirajiun.”

Dia tersentak. Kemudian terlihat dibelakangnya sekumpulan keluarga yang sedang menangisinya. Isterinya serta anak-anaknya..

“Hah? Apa ni?” Dia terkejut sendiri.

“Aku dah mati ke? 
Tiiiidddakkk !!!”

Rupa-rupanya memang benar..
sekali itu saja lah dia datang ke masjid kerana itulah kali terakhir dia akan datang ke situ. Dan sayangnya, dia datang bukan sebagai jemaah tetapi sebagai jenazah. Dia datang bukan sebagai tetamu kehormat tetapi sebagai tetamu akhirat.

Moral : Bagi lelaki muslim, rajin-rajinlah hadirkan diri ke masjid, supaya para jemaah kenal kita, supaya para malaikat kenal kita, supaya Allah kenal kita. Dan yang paling penting sekali supaya kita kenal diri kita. Siapa kita sebenarnya dan apa tujuan kita hidup diatas bumi Allah ini.

Wallahua'lam..

هدايت كادابن
(Sumber: Hidayah Keadaban 25Okt2018)

BENGKEL KESEMPURNAAN SHOLAT SIRI KE-2



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

BENGKEL KESEMPURNAAN SHOLAT SIRI KE-2

📢📢PERCUMA Kos Bengkel DiTaja Sepenuhnya oleh Jemaah luar

 RUKUN QAULI DALAM SHOLAT

        🕌📕📖📘🕌

Pembimbing : AF Ust  Azhar bin Ramli

Tarikh : 28/10/2018    @Ahad

🕌 SURAU DESA MEWAH       

Aturcara Majlis :
✅8.00-830pgi: Pendaftaran 
     
✅830 -1000pgi: Bengkel Sholat

✅10.00-10.30pagi: Rehat & Jamuan Ringan

✅10.30pgi-12tgh Bengkel Sholat.

✅12tgh-1pm.Bacaan Surah  Yassin & Tahlil Arwah utk Penderma Bengkel Sholat

✅1.17pm Sholat Zohor Berjemaah.

✅1.45ptg..Jamuan Makan Tengahari.


*Peserta dikhendaki menyediakn soalan utk ditanya dgn Ustaz semsa Bengkel Berlangsung..

Alhamdulillah telah selamat berlangsung dengan jayanya.....Tahniah buat ahli kariah yang dapat menghadirkan diri. Moga akan ada untuk siri yang ke-3 nanti...insyallah












SILAP KITA WAHAI IBUBAPA

Silapnya kita dalam mengajar anak-anak kita..

SILAPNYA kita ..
kejut anak bangun pagi kerana takut terlambat kesekolah.. tapi tidak takut terlambat solat subuh..

SILAPNYA kita ..
suruh anak makan sampai kenyang..sepatutnya suruh berhenti sebelum kenyang ..

SILAPNYA kita ..
ajar anak takut pada hantu..sebetulnya ajar anak takut pada Allah.

SILAPNYA kita ..
risau anak tak makan..tapi tak risau anak tak solat..

SILAPNYA kita ..
kita rasa bangga anak boleh membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..tapi kita tidak rasa apa2 anak tidak boleh membaca Al-Quran,bahkan tak kenal huruf satu persatu..

SILAPNYA kita ..
kita seronok anak pandai menari dan menghafal lagu..sedangkan doa dan solat pun masih tidak tahu..

SILAPNYA kita ..
suruh anak pandai agama tapi kita tak nak usaha tambah ilmu agama, hanya serah anak pada sekolah sahaja..

SILAPNYA kita ..
suruh anak belajar adab..tapi kita, makan/minum pun sambil berdiri/berjalan..minum pun guna tangan kiri...masuk tandas pun tak baca doa berkaki kanan..

SILAPNYA kita ..
Marahkan anak kerana tak baca buku, tapi tak marah apabila anak tak solat...tak marah apabila anak tak baca Al-Quran.

SILAPNYA kita ..
Kita suka tunjuk contoh yang tak elok dihadapan anak...bercakap kasar dihadapan anak...hisap rokok dihadapan anak...

 Banyaknya silap kita..
〰〰〰〰〰〰〰

👉Tujuan menulis bukan mencari salah sesiapa..cuma berkongsi apa yang saya dah rasa..😂
Masih mencari kekuatan untuk perbaiki semuanya..
Moga-moga menjadi saham diakhirat sana..
واّلله اعلم

KALAU DITANYA OLEH ANAK / CUCU tentang AL-QUR'AN.

MINIMAL DIJAWAB SEPERTI INI

T : Berapa jumlah Surah dlm Al-Qur'an?
J : 114 Surah

T : Berapa jumlah Juz dlm Al-Qur'an?
J : 30 Juz

T : Berapa jumlah Hizb dlm Al-Qur'an?
J: 60 Hizb

T: Berapa jumlah Ayat dlm Al-Qur'an?
J: 6236 Ayat

T : Berapa jumlah Kata dlm Al-Qur'an?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J: 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

T : Siapa Malaikat yang disebut dlm Al-Qur'an?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid,Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

T : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm Al-Qur'an?
J : 15 Sajdah

T : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an?
J : 25 Nabi

T : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm Al-Qur'an?, sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

T : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm Al-Qur'an? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di  atas.

T : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm Al-Qur'an?
J : 29 Surah.

T : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

T : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

T : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

T : Siapakah satu-satunya nama wanita solehah yg disebut namanya dlm Al-Qur'an?
J : Maryam binti Imran.

T : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm Al-Qur'an?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

T : Apakah ayat dlm Al-Qur'an yg pertama kalil turun?
J : surah al alaq ayat 1-5 ( إقرأ باسم ربك الذي خلق)

T : Apakah ayat terakhir yg turun dlm Al-Qur'an?
J : ayat 3 surah al maidah  أليوم أكملت لكم دينكم وأ تممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا)

T : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah (baro'ah).

T : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

T : Apakah yg disebut surah al-mu'awidzatain (2 surah penjagaan)?
J : Surah Al-Falaq & An-Naas.

T : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat Al-Qur'an?
J : Surah al-Kafirun.

T : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga Al-Qur'an?
J : Surah al-Ikhlas

T : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

T : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Kahfi

T : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

T : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, 7 ayat.

T : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, 
Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

T : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

T : Pada Kata apakah pertengahan Al-Qur'an itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J ::* وليتلطف* Surah -Kahfi ayat No. 19 

T : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.

T : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J: Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

T : Ayat apakah yg di ulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

T : Apakah Ayat terpanjang dlm Al-Qur'an? pada Surah apa? Ayat berapa? Dan apa yang dibahas?
J: Ayat No 282 Surah al-Baqarah, membahas muamalah dg sesama manusia dlm keuangan& hutang piutang

----------------------------------------------------- 
Bermesraan lah dengan Al Qur'an sebagaimana mesranya kita dgn dompet & gadget kita selama ini,  berdekatan lah dgn al quran sedekat kita dengan pasangan,anak-anak dan teman-teman kita hari ini...
Bersahabat lah dengan Nya... karena Al Qur'an tidak akan meninggalkan kita sbg sahabat ketika yg lain berpaling, dia akan datang sebagai syafaat bagi sahabat2 nya di akhirat kelak..

Yuk di share ke saudara kita yg lain agar jd investasi ilmu yg bermanfaat

Awas Pengguna Online Banking !

Taktik baru sedang berleluasa.

Modus operandi scammer:

1. Awak tiba-tiba dapat SMS nombor TAC dari bank padahal awak tak buat apa-apa transaksi pun.

2. Tak lama pastu, si scammer akan contact awak (sms/whatsapp/whatsapp call) bagitau kononnya dia tersilap register nombor fon awak untuk akuan bank dia.

3. Dia mintak awak bagi nombor TAC kat sms awak untuk dia betulkan balik akaun dia.

4. Scammer akan mendesak dengan menggunakan macam-macam alasan untuk nampak urgent. Scammer jugak akan call awak menggunakan 2-3 nombor telefon lain. Alasan urgent
- silap register nombor telefon
- nak betulkan semula pendaftaran
- nak batalkan pinjaman tok nenek dia
- nak kena keluarkan duit akaun dia untuk bayar bil hospital tok nenek dia

=======
Tindakan
=======

1. Jangan bagi nombor TAC yang diterima kepada sesiapa sekali pun.

2. Mark nombor scammer as SPAM (whatsapp/truecaller) supaya dapat cegah dari terkena pada orang lain.

3. Login ke online banking, TUKAR password online banking awak segera.

4. Jika akaun kena block/baki kurang dari sepatutnya, segera call bank masing-masing.

====
Bantu share post ini supaya tiada keluarga dan kawan kita tertipu.

KUTUBUN

Antara halaman berguna kepada mereka yang ingin mengetahui dan membaca tentang hadits-hadits nabi saw.

Terdapat sembilan kitab hadits yang masyhur:
1. Sahih Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sunan Ibnu Daud
4. Sunan At-Tirmidzi
5. Sunan An-Nasa'i
6. Sunan Ibnu Majah
7. Musnad Ahmad
8. Muwatha' Malik
9. Sunan Ad-Darimi
serta
10. Al-Quran Al-Karim

Semoga bermanfaat.
http://kutubun.com

Monday, September 10, 2018

SEKITAR AKTIVITI QURBAN PERINGKAT SURAU DESA MEWAH 2018

ALHAMDULILLAH SYUKUR ATAS RAHMATNYA, AKTIVITI QURBAN ANJURAN SURAU DESA MEWAH TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN UNTUK AHLI KARIAH TAMAN INI.

SEBANYAK 4 EKOR LEMBU TELAH BERJAYA DIKURBANKAN DENGAN PENYEMBELIHAN DILAKUKAN OLEH PAKAR-PAKAR DARI AHLI KARIAH SENDIRI.

TURUT HADIR MEMERIAHKAN AKTIVITI INI ADALAH PENGERUSI SURAU IAITU DATO' NORMAN MD RABBANI WALAUPUN SIBUK DENGAN TUGAS HAKIKI SEBAGAI JURUTERA DAERAH.

SEMANGAT SERTA KERJASAMA AHLI KARIAH JUGA AMAT MEMBERANGSANGKAN DAN BAIK DEMI MEMUDAHKAN AKTIVITI INI. PENYEMBELIHAN INI DILAKUKAN SELEPAS SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN ALHAMDULILLAH TAMAT DALAN JAM 1 TENGAHARI.

ANTARA GAMBAR2 SEKITAR AKTIVITI DIJALANKAN:























SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA SURAU DESA MEWAH 2018




ALHAMDULILLAH AMAT MERIAH DAN RAMAI KARIAH YANG TIDAK BALIK KAMPUNG UNTUK SAMA-SAMA BERSOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI SURAU DESA MEWAH TAHUN NI.

Monday, July 16, 2018


🕋 Senarai Bakal2 Haji Kariah Desa Mewah 2018

🕋 Senarai Bakal2 Haji Kariah Desa Mewah 2018

1) Mohd Nizar bin Jabar
     No 93 Jln D.Mewah 7
2) Pn Kalsom bte Yaacob
     No 93 Jln D.Mewah 7
3) Mohd Latiff bin Hashim
    No 25 Jln D.Mewah 16
4) Pn  Zaiton bte Hassan
     No 25 Jln D.Mewah 16
5) Siti Norleha bte Rasid
     No 3 Jln D.Mewah 7B.
6) Puan Habsah bt Suboh
     No 36 Jln D.Mewah 6
7) Zulkefli b.Mat Arop
     No 87 Jln D.Mewah 6
8) Noraini bte  Abu Bakar
     No 87 Jln D.Mewah 6
9) Musripah bte Sindin
     No.16, Jln D.Mewah 18
10) Fazlul Haque Hj Kamarudin
      No.16 Jln D.Mewah 18
11) Abdul Razak b. Maizan
      No 9 Jln D.Mewah 10
12) Mohammad Zafir b. Shafie
       No 75 Jln D.Mewah 6
13) Fathiyah bte Abdul Rahim
       No 75 Jln D.Mewah 6

Alhamdulillah.. Tahniah semua yg menjadi Tetamu Allah. Semoga Allah Permudahkan Urusan Ibadah Haji sahabat2 semua serta dikurniakan kesihatan yg baik agar dapat laksanakan Haji sebaiknya seterusnya mendapat Haji Yg Mabrur olehNYA. Aamiin

Penyakit HFMD

Copy & paste

Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas!

Kat Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.

Tu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

+ Kurang selera makan
+ Demam
+ Ruam pada bahagian kaki dan tangan
+ Ulser yang banyak di dalam mulut

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!

❌ Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak

❌ Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!

❌ 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti

❌ Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

 p/s : Saya rasa masih ramai mak ayah yang belum tahu info ni. Tolong bagitahu kat mak ayah yang belum tahu ye

p/s : Boleh klik link ni kalau nak belajar lebih mendalam tentang anak anak kita 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

Dua poin penting pasal HFMD juga adalah

1⃣ HFMD juga boleh menjangkiti remaja dan orang dewasa jika tak jaga kebersihan. Bukan penyakit kanak-kanak je ni. Ibu bapa pun boleh kena HFMD.

2⃣ Boleh gunakan Anti HFMD/ Flu Spray (contohnya jenama Thymos), boleh beli daripada farmasi. Spray ke tangan dan kaki anak-anak. Boleh digunakan sebagai langkah pencegahan dan juga sebagai langkah merawat apabila sudah terkena. Produk ni ada excellent reviews daripada ramai pengguna (dan semestinya produk ini lulus ujian klinikal). Bukan produk timbang kilo ni. Heheh.

fb: Dr Syahr Musafir
Sekadar kongsi ilmu dan pengalaman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1999752030044735&id=100000298721020

SEKITAR SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SURAU DESA MEWAH

PENGERUSI DAN AJK SURAU DESA MEWAH 

MENGUCAPKAN 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 


MAAF ZAHIR BATIN











INSYALLAH JUMPA LAGI TAHUN DEPAN



JADUAL CERAMAH SURAU DESA MEWAH BULAN 7 2018