Saturday, April 25, 2020

Tadabbur Juz 1: Mohon Pertolongan Dengan Sabar & Solat

*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:48am*
SYURUK : 6:58am
🌙 2 Ramadhan 1441H

Tadabbur Juz 1: Mohon Pertolongan Dengan Sabar & Solat

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya ia sangat berat melainkan ke atas orang-orang yang khusyu’. [Al-Baqarah : 45]

Imam Ibn Kathir berkata:

يقول تعالى آمرًا عبيده، فيما يؤمّلون من خير الدنيا والآخرة، بالاستعانة بالصبر والصلاة
Allah menyuruh hamba-hamba Nya untuk memohon pertolongan dengan kesabaran dan solat dalam segala perkara yang mereka harapkan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Muqatil bin Hayyan berkata:

استعينوا على طلب الآخرة بالصبر على الفرائض، والصلاة
Pohonlah pertolongan dalam menuntut (kebaikan) di akhirat dengan bersabar dalam menunaikan kewajipan dan dirikanlah solat.

Dikatakan:

المراد بالصبر الكف عن المعاصي؛ ولهذا قرنه بأداء العبادات وأعلاها: فعل الصلاة.
Yang dimaksudkan dengan sabar ialah menahan diri daripada melakukan maksiat. Oleh kerana itu ia digandingkan dengan pelaksanaan ibadah yang paling mulia iaitu: mendirikan solat

Sa'id bin Jubair berkata:

الصبر اعتراف العبد لله بما أصاب فيه، واحتسابه عند الله ورجاء ثوابه
Sabar merupakan bentuk pengiktirafan seorang hamba kepada Allah dengan apa yang menimpanya, dan mengharapnya dia kepada pahala daripada Allah

عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى
Huzaifah radiallahu 'anhu berkata: Apabila sesuatu merunsingkan nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda akan mendirikan solat
[Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 1319, Al-Arna'ut berkata: Isnadnya dhaif]

[Petikan daripada Tafsir al-Quran al-Azhim]

#MMMR

No comments:

Post a Comment