Tuesday, April 7, 2020

Kes Pecah Masuk Bilik PA Sistem SDM

Assalamualaikum wbt kepada ajk surau dan ahli kariah Desa Mewah.

Seperti yang tuan puan sedia maklum beberapa minggu lepas bilik PA sistem surau SDM dipecah masuk dan kita kehilangan Mixer Utama PA system . Anggaran kos penggantian semula unit baru termasuk kerja2 baik pulih pintu grill yang telah dipecahkan - unit mixer dan baik pulih kunci dan grill pintu berjumlah RM 4,300.00.
Tarikh PKP akan berakhir pada 14/4 dan Bulan puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tanpa mixer sistem speaker dalam surau tidak akan berfungsi langsung. 

Oleh yang demikian saya selaku AJK surau ingin membuka peluang kpd ahli kareah SDM yang bermurah hati untuk mengimfak atau memberi sumbangan kewangan bagi membeli unit mixer yang baru dan membaiki pintu grill seperti yang saya nyatakan di atas tadi. 

Segala sumbangan tuan puan boleh lah dimajukan kepada saya Imam Azhar Abd Ghafar di acc.no. Maybank 162106127960 (sila majukan slip transaksi kpd saya sebagai rujukkan). Sumbangan dan sokongan dari pihak tuan puan amat kami hargai. 

Sekian terimakasih. 

Imam Azhar dengan persetujuan Tuan Pengerusi



No comments:

Post a Comment