Tuesday, April 21, 2020

SIAPAKAH GOLONGAN YG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata2 TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan TETAPI bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yg membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."
             (HR Ibnu Majah)

Selamat bermuhasabah diri dan memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yg dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
27 Sya'ban 1441 H
21 April 2020

No comments:

Post a Comment