Thursday, April 23, 2020

Sumbangan Keperluan Asas Makanan PKP 3


Assalamualaikum wb,

Alhamdulillah dan bersyukur atas rahmatnya serta dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kepada para penderma dan penyumbang barangan keperluan asas makanan kepada yang memerlukan sepanjang tempoh PKP ini.

Syukur juga kerana dapat membantu kepada yang memerlukan walaupun sedikit. Kepada para penerima, alhamdulillah dapat juga meringankan keperluan tuan puan buat sementara waktu ini.

Ramadhan menjelang tiba dalam sehari dua ini, mudah-mudahan dapat kita semua melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik pada tahun ini.

Ikhtibar dari musibah COVID-19 ini adalah kita perlu merasa kasihan belas kepada jiran-jiran yang memerlukan dan kerjasama yang baik ini moga dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Ianya juga adalah ujian kesabaran kepada kita menerima ujian Allah yang kecil ini. Moga terus tabah.

  
Agihan Barang2 Keperluan Fasa 3





Terima kasih atas kerjasama dan keikhlasan semua. Hanya Allah yang akan dapat membalasnya.

AJK Biro Kebajikan
Pengerusi SDM

No comments:

Post a Comment