Saturday, April 18, 2020

Sumbangan Untuk Berbuka Puasa Kepada Yang Memerlukan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال محمد


Ramadhan bakal tiba. Seperti kebiasaan pihak surau mengadakan majlis berbuka untuk warga Desa Mewah di Surau kita, namun apakan daya tahun ini kita terpaksa untuk berbuka puasa hanya bersama keluarga masing-masing.

Kita juga sedia maklum kini negara sedang dilanda dengan wabak COVID-19 yang amat serius. Beribu telah dijangkiti dan ada juga telah meninggal dunia desebabkan wabak ini. Dari itu, arahan oleh pihak kerajaan untuk semua rakyat tidak mengadakan keramaian seba dikhuatiri wabak ini akan berjangkit kepada penduduk.

Selain itu, kerajaan juga telah mengarahkan PKP dimana semua pekerja dan pengusaha tidak dapat menjalankan perniagaan mereka. Ramai yang terkesan. Dari itu, pihak AJK Surau Desa Mewah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan bekalan makanan kepada penduduk Desa Mewah yang terkesan teruk akibat tidak dapat keluar bekerja dan berniaga. Oleh yang demikian, AJK SDM menganjurkan dan memohon sumbangan daripada ahli kariah yang masih berkemampuan untuk menyumbang kepada SDM dalam bentuk wang ringgit atau makanan asas untuk diberikan kepada warga kariah yang kurang berkemampuan dan terputus bekalan makanan.

Sumbangan Berbuka Puasa Kepada Golongan Yang Memerlukan & Petugas SDM Sepanjang Ramadhan 2020.

Bersama-sama kita membantu semasa kita..... Kalau tidak siapa lagi. Jom apa lagi, mulakan langkah untuk menyumbang. Insyallah ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan mulia Ramadhan ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi AJK dibawah;

1. Bendahari Cikgu Fauzi 019 228 3558
2. Biro Kebajikan Hj Anuar 019 221 0075
3. Biro Kebajikan Pn Salmah 012-372 2372

No comments:

Post a Comment