Monday, March 19, 2018

💕 58 hari menuju 👉 RAMADHAN 1439H

078 of 365 🗓 ISNIN 💕 01 REJAB  1439H 19 Mac 2018



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga.

Menghayati keistimewaan BULAN REJAB

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1439 ini.

Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan.

Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya dalam bulan ini Allah menganugerahkan rahmat dan keberkatan yang amat banyak kepada hamba-hambaNya.

Sesiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan.

Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya’aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr.

Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini.

Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya.

Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar.

Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain.

Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang besar.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@quotephotovideo 💛💛💛
25K554

No comments:

Post a Comment