Aktiviti Surau

1. Kaunter Sumbangan Dan Khairat Kematian
Tarikh: Akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Masa:

2. Program Muslimat/Kaum Ibu
Tarikh: Setiap Ahad
Masa: 9.00-11.00 pagi

3. Program Bacaan Yasin
Tarikh: Setiap Khamis (selepas Maghrib)




Sunday, December 10, 2017

RENUNGAN PAGI


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Maksud hadith:- Drpd Abu Najih 'Irbadh bin Sariyah رضي الله عنه berkata: "Telah memberi nasihat akan kami oleh Rasulullah ﷺ akan suatu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: “Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihatmu yang terakhir sekali bagi kami, maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu Baginda ﷺ bersabda, ”Aku berpesan kepadamu supaya sentiasa bertaqwa kepada اَللّهُ dan mendengar serta taat (kepada pemimpin kami), sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya barang siapa yang panjang umurnya dari kalangan kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rashyidin al-Mahdiyyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan dapat hidayah ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gerham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.” [HR Abu Daud dan Tirmidzi]

#KitabKiamatHampirTiba
#HadithPertama

No comments:

Post a Comment