Sunday, December 10, 2017

Kutuk Jerusalem Jadi Ibu Negara Israel

Indahnya Baitulmaqdis

Pengumuman Donald Trump untuk menjadikan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Isreal dikutuk sekeras-kerasnya oleh dunia. Hampir seluruh pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman itu yang dianggap sebagai mencabuli kedaulatan Negara Palestin tersebut.

Turki mengetuai seluruh pemimpin dunia untuk membantah keputusan Donald Trump kepada sekutunya itu. Malahan pemimpin-pemimpin Palestin bergabung untuk menghentikan segala rundingan pembebasan Palestin dan menumpukan segala kekuatan ketenteraan untuk menyerang balas Israel.

KAMI DI KARIAH DESA MEWAH JUGA MENGUTUK DAN MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA MENJADIKAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL.

Kami doakan saudara-saudara kita di Palestin agar terus tabah dengan dugaan Allah ini dan moga Allah akan memberikan kemenangan kepadamu Palestin.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 .
Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar, Thailand dan Filipina.
Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “(Misykat: 422)
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)
.
Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.
Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)
.
Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)
Berikut adalah Doa Qunut Nazilah yang dibaca pada setiap kali solat fardhu. (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :
.
Doa Qunut Nazilah SQ 1
.
AL-Loo-hum-magh-fir la-na wa-li-mu’-mi-niy-na wal mu’-mi-naat, Wal mus-li-miy-na wal mus-li-maat, Wa al-lif bai-na qu-luu-bi-him, Wa ash-lih dzaa-ta bay-nahum, Wan-shur-hum ‘Alaa ‘Aduwwika wa‘aduwwihimAL-Loo-hum-mal ‘a-nil ka-fa-ro-ta ah-lal ki-taa-bil la-dziy-na, Ya-sud-duu-na ‘an sa-biy-li-ka wa-yu-kadz-zi-buu-na ru-su-la-ka wa-yu-qoo-ti-luu-na au-li-yaa-a-ka. AL-Loo-hum-ma khoo-llif bai-na ka-li-ma-ti-him, Wa-zal-zil Aq-daa-ma-hum, Wa an-zil-bi-him ba’-sa-kal la-dziy la-ta-rud-du-hu ‘a-nil qau-mil muj-ri-miinBis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiym, AL-Loo-hum-ma in-naa-nas-ta’iinu-ka.
.
“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kaum muslimin dan muslimat (orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan), mukminin dan mukminat (orang-orang Islam lelaki dan perempuan). Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu.Ya Allah! Pecah-belahkan kesatuan mereka, hancur-leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon perlindungan dan keampunan-Mu.”

No comments:

Post a Comment