Wednesday, November 1, 2017

Tazkirah Rabu

Rabu
12 Safar 1439H
1 Nov 17

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

PENDAPATAN HARAM

Hadis dan huraian

Riwayat : Ahmad

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka.

1. Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
2. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.
3. Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang tertentu seperti: Islam, pemilikan sempurna, pendapatan/hasil,cukup nisab dan haul. Kadar zakatnya adalah 2.5% iaitu berpandukan kepada kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
4. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Tazkirah

BALASAN YANG SEBAIK-BAIK BAIKNYA ADALAH UNTUK MEREKA YANG SENTIASA MEMENUHI SERUAN ALLAH

       Firman Allah SWT

لِلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّہِمُ ٱلۡحُسۡنَىٰ  ۚ  وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَهُ  ۥ لَوۡ أَنَّ لَهُم مَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعًا وَمِثۡلَهُ  ۥ مَعَهُ  ۥ لَٱفۡتَدَوۡاْ بِهِۦۤ  ۚ  أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ سُوٓءُ ٱلۡحِسَابِ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ‌   ۖ   وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

Surah Ar-Ra’d ayat 18

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

No comments:

Post a Comment