Saturday, September 29, 2012

IBADAH QURBAN & AQIQAH 2012

 Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

PIHAK SURAU AKAN MENGANJURKAN IBADAH QURBAN DAN AQIQAH

untuk makluman satu bahagian lembu berharga RM 450.00 sahaja

KEPADA SESIAPA TERUTAMANYA KARIAH DESA MEWAH YANG BERHAJAT UNTUK MELAKSANAKAN QURBAN @ AQIQAH,

SILA BERHUBUNG @ DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DARIPADA AJK SURAU ATAU UNTUK PERTANYAAN BOLEH DI AJUKAN KEPADA:

TUAN HJ. ANUAR ABDUL GHANI  (019-221 0075)
TUAN HJ JASNI AHMAD (WAK JAS) (013-315 0181)

Tarikh akhir pendaftaran Qurban adalah pada 19 Oktober 2012.

Tarikh perlaksanaan ibadat Qurban adalah pada 26 Oktober 2012 (Jumaat) jam 9.00 pagi selepas selesai Solat Sunat Idul Adha.
 
SEMOGA QURBAN TUAN PUAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

 Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment