Monday, May 4, 2020

Kaunter Zakat Fitrah & Khairat Kematian Di SDM 4/5/2020

Assalamualaikum wb,

Alhamdulillah, perlaksanaan kaunter bayaran untuk zakat fitrah dan khairat kematian di SDM berjalan dengan lancar.

Wakil amil untuk pungutan zakat fitrah dan Tn. Hj. Anuar untuk kaunter bayaran khairat kematian ada di SDM menerima bayaran tuan puan.

Hari ini kaunter dibuka dari jam 9.00 - 11.00 pagi. kaunter akan dibuka 2x seminggu iaitu pada hari Isnin dan Sabtu. Sila rujuk kepada jadual yang diserta.


Sesiapa yang berkesempatan dan ingin melaksanakan kewajipan boleh datang ke SDM pada tarikh dan masa yang diberikan.

Nota: sila bawa sekali kad pengenalan @ pasport untuk pihak amil zakat menyemak data untuk dikeluarkan resit pembayaran.







No comments:

Post a Comment