Monday, November 11, 2019

Program Berkhatan Beramai-ramai Anjuran Surau Desa Mewah 2019


Kepada sesiapa dari Kariah Desa Mewah yang mempunyai anak lelaki dan berminat untuk menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Surau Desa Mewah 2019, sila hubungi kepada AJK yang terlibat dengan no talian dalam banner di atas.

Tarikh pendaftaran boleh dibuat dari sekarang sehingga 15/11/2019 dan tarikh program adalah pada 07/12/2019. Program ini terhad kepada 20 orang peserta sahaja dan siapa cepat dia dapat. 

Moga program ini mendapat sambutan yang baik dan meriah buat anak-anak yang bakal terlibat. Ini adalah antara program yang diatur semasa cuti sekolah hujung tahun  untuk anak-anak kita.

Terima kasih atas kerjasama semua.

No comments:

Post a Comment