Monday, May 6, 2019

Solat

Menggagahkan diri untuk dengar dan habiskan hampir 2 jam rakaman live ceramah terakhir Almarhum Tuan Guru Dato' Seri Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz malam tadi. Rasa rugi sangat kalau tak dengar untaian kata2 daripada beliau yg boleh diibaratkan sebagai wasiat terakhir sebelum beliau kembali dipanggil mengadapNya awal pagi tadi. Dalam hal ini, sangat bersyukur dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan ceramahnya masih boleh didengar dan diambil iktibar walaupun tika dan saat ini beliau telah berpindah ke alam lain iaitu alam barzakh. Beliau sedang berbahagia dalam rehat yang panjang di alam sana.
.
Dalam banyak2 nasihatnya, ada beberapa  point penting yang melekat dalam fikiran saya iaitu :-

Jangan terlalu tamakkan perkara sunat sehingga kadang2 meninggalkan perkara yang wajib..

Utamakan yang wajib berbanding sunat. Tidak salah melakukan perkara sunat, tetapi mesti diingat, yang wajib itu lebih utama. Almarhum memberi beberapa contoh situasi..

- Terlalu lama sujud yang akhir sedangkan imam sudah lama bangkit dari sujud. Mengikut imam itu wajib, sedangkan berdoa dalam sujud yang akhir itu sunat..
- Solat hari raya penuh masjid tetapi solat fardhu lengang..
- Memberhentikan ceramah semata-mata memberi laluan azan..
- Menuntut ilmu itu wajib, sedangkan melaungkan azan itu sunat..
- Memanjangkan solat dan bacaan zikir ketika ada jenazah yang menunggu untuk disembahyang kan..
- Zikir itu sunat, menyembahyangkan jenazah itu wajib fardhu kifayah, perlu disegerakan..

- Berhati-hati daripada terikut-ikut amalan salah yang menjadi kebiasaan, malah ada diantaranya merupakan amalan ajaran Syiah..

Antaranya :

- Menambah perkataan 'Taala' semasa memberi salam
السلام عليكم و رحمة الله تعالى  وبركاته..

- Menambah perkataan 'ali dalam bacaan
صدق الله العلي  العظيم (amalan Syiah)
Sepatutnya  صدق الله العظيم

- Menyebut Karramallahu wajhah selepas disebut nama Sayidina Ali. Sepatutnya sebut RadhiyAllahu 'anhu, sebutan yg sama diucapkan apabila disebut nama-nama sahabat Nabi SAW yang lain (amalan Syiah)..

- Selawat yang betul
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه
bukannya
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله
(amalan Syiah)..

- Bersederhana dalam berbuka puasa..

Almarhum tidak pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadan sepanjang hayatnya. Begitu juga dengan isterinya. Apa yang menjadi juadah berbukanya bersama keluarga ialah kurma, air, kuih muih dalam 2 jenis lebih kurang dan bubur lambuk. Makan nasi semasa berbuka pun jarang sangat katanya.

- Rebutlah ganjaran Ramadan..

Ada 2 perkara besar yang Allah tawarkan dalam bulan Ramadan iaitu peluang memperbanyakkan pahala dan peluang untuk menghapuskan segala dosa. Sangat rugi jika kita melalui sebulan Ramadan, tetapi dosa tidak mendapat keampunan daripada Allah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah mengaminkan doa malaikat Jibril yang menyebut "Celakalah bagi orang yang melalui sebulan Ramadan tetapi dosanya tidak diampunkan"..

- Keutamaan solat..

Almarhum pesan sungguh2 pasal solat. Katanya solat ibarat buka akaun bank. Tanpa akaun bank, kita tak dapat simpan duit walau satu sen pun. Buatlah kebaikan banyak mana pun, jika solat tidak didirikan, tiada nilainya di sisi Allah. Hatta kalau kita dah meninggal sekalipun, ramai mana nak sedekah pahala kepada kita dengan bacaan Yaasin, tahlil dan sebagainya, jika semasa hidup kita abaikan solat, sia-sia sahajalah semua itu..

Allahuakbar... Semoga segala ilmu bermanfaat yang dikau curahkan sepanjang hidupmu di dunia menjadi cahaya yang menerangi kuburmu. Terlalu banyak jasamu buat ummah. Selamat beristirehat daripada lelahnya dunia di alam sana..

Al-Fatihah.. 😢🌹🕊
Credit.. Ustaz Azam Darusa..

No comments:

Post a Comment