Friday, November 22, 2013

Program Sumbangan Surau Secara Tetap (P30)

Untuk makluman program ini telah dilancarkan sejak setahun yang lepas dan ianya masih berjalan seperti biasa. Pihak surau telah menyasarkan seramai mungkin penyumbang dalam kalangan ahli kariah kepada Surau Desa Mewah secara berterusan sebanyak RM 30.00 sebulan. 

Sejak perlaksanaan program ini, jumlah penyumbang adalah amat menggalakkan dan pihak surau masih berharap penyertaan lebih ramai lagi agar pihak surau dapat membaikpulih prasarana surau seperti tandas dan banyak lagi. Dengan begitu banyak impak positif hasil daripada wujudnya P30 ini, sumbangan yang berterusan akan dapat menambahbaikkan pelbagai kemudahan surau dan ini termasuk bayaran bil-bil yang berkenaan.

Pihak surau juga amat berterima kasih kepada ahli kariah yang telah menyumbang kepada pihak surau selama ini, tidak kira dengan kewangan, tenaga dan juga buah fikiran untuk merangka pelbagai program serta menambahbaik kemudahan surau.

Pihak surau berharap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ahli kariah akan lebih selesa beribadat di dalam surau dan juga menambah ilmu dengan program ceramah sepanjang minggu.

Sebarang pertanyaan serta saranan yang ingin dikemukakan kepada pihak surau, bolehlah emailkan ke alamat suraudesamewah@gmail.com atau berhubung dengan AJK surau.

Mudah-mudahan segala program yang disediakan dapat memberikan manafaat kepada kariah sekalian. Sama-samalah kita mengimarahkan surau taman kita. Insyallah.  

No comments:

Post a Comment