Saturday, August 3, 2013

Majlis Khatam Quran & Pemberian Sedekah Surau Desa Mewah 2013

Assalamualaikum w.b,

Kita sedang berada di hari dan malam sepuluh terakhir dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pada malam-malam ganjil di sepuluh yang terakhir inilah akan berlakunya satu malam yang sangat istimewa yang dipanggil malam Lailatul Qadr dimana sesiapa yang menemuinya akan dikurniakan pahala sama dengan beribadat seribu bulan. Alangkah bertuahnya insan kamil tersebut.Sama-samalah kita bersungguh-sungguh beribadat dimalam sepuluh terakhir ini.

Pada hari ini, pihak surau Desa Mewah akan mengadakan satu majlis iaitu Majlis Khatam Quran & Pemberian Sedekah kepada warga Desa Mewah yang memerlukan. Majlis akan dilangsungkan pada Sabtu 3hb Ogos 2013. Majlis akan bermula pada selepas solat Asar. Aturcara sepenuhnya boleh dirujuk kepada pihak AJK surau.

Akan diadakan juga majlis berbuka puasa bersama-sama warga muslimin muslimat Desa Mewah. Bersama-sama kita memeriahkan lagi majlis ini.

No comments:

Post a Comment