Sunday, July 22, 2012

Majlis Berbuka Puasa & Moreh

Surau Desa Mewah,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Surau Desa Mewah juga menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh.

Majlis berbuka puasa ini aan diadakan setiap hari di surau dan pihak Surau Desa Mewah menjemput muslimin muslimat yang berkesempatan dan berkelapangan agar dapat berbuka bersama-sama dan seterusnya dapat berjemaah maghrib.

Pihak surau juga mengalu-alukan mana-mana muslimin muslimat yang berhajat untuk bersedekah atau menaja majlis berbuka puasa agar dapat menghubungi mana-mana AJK surau untuk mengelakkan pembaziran jika terlalu banyak juadah kelak.

Segala sumbangan amat-amat dihargai dan pihak surau mendoakan agar tuan puan mendapat keberkatan dari sedekah dan sumbangan yang dihulurkan.

Pihak surau juga telah menyediakan jadual untuk sumbangan moreh. Sila rujuk pada jadual yang dilampirkan.

Jadual Membawa Moreh 2012

Giliran membawa moreh telah disusun seperti jadual diatas untuk mengelakkan pembaziran. Dicadangankan untuk moreh hanya mambawa makanan ringan sahaja seperti kuih muih @ buah buahan tanpa melibatkan makanan berat seperti nasi @ lainnya.

Untuk makanan berat sekiranya berhajat, digalakkan membawanya ketika majlis berbuka puasa sepertimana hadis Rasulullah S.A.W;

"Barangsiapa yang memberi buka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun" (HR. At Tirmizi, dalam "Hadits Hasan Shahih")

No comments:

Post a Comment