Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan





Kami pihak Surau Desa Mewah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.

Kami AJK Surau Desa Mewah ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan selama kami melaksanakan tanggungjawab untuk mengimarahkan surau kita ini.

Kami juga mengharapkan segala program yang telah kami aturkan sepanjang tahun ini dapat memenuhi keperluan rohani penduduk taman ini dan kami berharap agar lebih ramai penduduk dapat meluangkan masa mengikuti pengajian-pengajian yang telah di programkan sepanjang tahun ini.

Antara program yang telah di aturkan ialah
Pengajian Al-Quran.


Ceramah mingguan oleh Ustaz-ustaz bertauliah yang dijemput khas



Sebelum kedatangan Ramadhan kali ini, warga Muslim Desa Mewah telah bergotong royong untuk mengemas, membersihkan persekitaran surau dan dalam surau.

Suasana Perkarangan Surau Desa Mewah menjelang waktu Maghrib



Wajah baru Surau Desa Mewah setelah kerja mengecat siap



Kawasan ruang dalam surau yang lebih kemas dan bersih.

Semoga warga muslim Desa Mewah akan lebih selesa dan tenang serta damai  dalam mengerjakan ibadah solat serta terawih dan juga ibadat lain.

SALAM RAMADHAN SELURUH WARGA MUSLIM DESA MEWAH DAN SELURUH NEGARA.

No comments:

Post a Comment