ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼
Selamat menunaikn ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr
* SUBUH : 5:46am*
SYURUK : 6:57am
🌙 10 Ramadhan 1441H
TADABBUR JUZU' 7 : Tidur itu kematian yang kecil
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (60)
Dan Dialah yang mematikan (iaitu menidurkan) kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur [mu] yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60)
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ (61)
Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipan mereka. (61)
ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ أَلَا لَهُ الْحُكْمُ وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ (62)
Kemudian mereka [hamba Allah] dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah, bahawa segala hukum [pada hari itu] kepunyaan-Nya. Dan Dialah Pembuat perhitungan yang paling cepat. (62) [Al-An'am : 60-62]
Al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:
يخبر تعالى إنه يتوفى عباده في منامهم بالليل، وهذا هو التوفي الأصغر
Allah menyatakan sesungguhnya Dia akan mematikan hamba-hambaNya ketika tidur di malam hari. Inilah dia kematian kecil.
عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ ، قَالَ : بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ ، قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Huzaifah radiallahu ‘anhu berkata: Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mahu tidur, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Dengan nama Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup. Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bangun daripada tidurnya, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas kematian kami. KepadaNya lah kami kembali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5879]
#MMMR
No comments:
Post a Comment