Tuesday, May 19, 2020

Renungan 26 Ramadhan 1441



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi yang ceria buat sahabat2ku๐Ÿ˜Š๐ŸŒน

Waalaikumusalam wbt bagi yang memberi salam
Dari atas sampai kebawah satu sama terhubung๐Ÿค™๐Ÿป

Renungan Pagi / 26 Ramadhan 1441
“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan
dunia daripada seorang mukmin, maka Allah
melapangkan daripadanya satu kesusahannya
di hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

PADA saat kita benar-benar memerlukan pertolongan,
secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali
datang menghulur bantuan.

Padahal, sebelum itu, kita sudah hilang punca dan
bingung tidak tahu hendak berbuat apa.
Hanya mampu bertawakal kepada ALLAH SWT.

Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan?
Sebenarnya, percaya atau tidak, inilah pertolongan daripada
ALLAH SWT kerana kita pernah memudahkan urusan orang
di sekeliling kita suatu masa dulu.

Mungkin kita lupa tetapi ALLAH tidak pernah lupa.
Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah
pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan
orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)Walaupun sedikit kebaikan
 yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran
sehingga ke akhirat.

Sekarang tunggu apa lagi? Marilah kita lakukan perubahan.
Mungkin dulu kita payah memberi bantuan, hari ini kita
cuba lakukan.Mulakan dulu dengan perkara yang
mudah dulu seperti menghadiahkan sebuah senyuman
yang mampu menenangkan hati yang gundah.

Selepas ini, kita boleh cuba lakukan perkara kebaikan
yang lain pula.Apa pun, hulurkanlah bantuan
dengan ikhlas.Mudah-mudahan bantuan ALLAH SWT
akan berpihak kepada kita.

No comments:

Post a Comment