Tuesday, May 19, 2020

Tadabbur Juzu' 25: Mahu Dunia atau Akhirat?

[05:12, 19/05/2020] Kak Su Mail: ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:43am*
SYURUK : 6:56am
🌙 26 Ramadhan 1441H

 Tadabbur Juzu' 25: Mahu Dunia atau Akhirat?

Firman Allah:

ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ (١٩)
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (19)

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأَخِرَةِ نَزِدۡ لَهُ ۥ فِى حَرۡثِهِۦ‌ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡہَا وَمَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ (٢٠)
Sesiapa yang mahukan keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (20) [Al-Shura: 19-20].

Ayat 19 menunjukkan Kelembutan Allah dalam memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja. Tiada seorang pun yang Allah lupakan dalam mengurniakan rezekinya tidak kira sama ada orang itu baik ataupun jahat.

Ayat 20 pula merujuk kepada orang yang hanya mementingkan urusan dunianya sahaja dan tidak memandang langsung ke arah urusan akhirat. Mereka hanya akan mendapat sedikit keuntungan di dunia, itupun jika Allah mahu memberikan kepadanya, dan tiada keuntungan langsung di akhirat. Ini semisal dengan firman Allah dalam surah al-Isra':

مَّن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡعَاجِلَةَ عَجَّلۡنَا لَهُ ۥ فِيهَا مَا نَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلۡنَا لَهُ ۥ جَهَنَّمَ يَصۡلَٮٰهَا مَذۡمُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا (١٨) وَمَنۡ أَرَادَ ٱلۡأَخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعۡيَهَا وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَانَ سَعۡيُهُم مَّشۡكُورً۬ا (١٩) كُلاًّ۬ نُّمِدُّ هَـٰٓؤُلَآءِ وَهَـٰٓؤُلَآءِ مِنۡ عَطَآءِ رَبِّكَ‌ۚ وَمَا كَانَ عَطَآءُ رَبِّكَ مَحۡظُورًا (٢٠)
Sesiapa mahukan kehidupan sekarang [duniawi], maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (18) Dan sesiapa yang mahukan kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh dalam keadaan dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. (19) Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. (20)

Daripada Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " .

Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai fokus utamanya, Allah akan kucar-kacirkan urusannya, dan Allah jadikan kemiskinan di hadapan matanya, dan Allah tidak memberikan kepadanya bahagian di dunia ini melainkan apa yang telah tertulis untuknya.

Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah akan susun-elok*kan urusannya, dan Allah menjadikan *kekayaan di dalam hatinya, dan dunia akan pasti datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4103, Shaikh Muqbil mensahihkannya dalam Al-Sahih Al-Musnad]

Ali radiallahu 'anhu berkata:

 ارْتَحَلَتْ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً وَارْتَحَلَتْ الْآخِرَةُ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخِرَةِ وَلَا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلَا حِسَابَ وَغَدًا حِسَابٌ وَلَا عَمَلٌ
Dunia semakin jauh perginya, manakala akhirat semakin hampir datangnya. Setiap daripada satu ini mempunyai pengikut-pengikutnya. Jadilah pengikut kepada akhirat dan janganlah jadi pengikut kepada dunia. Sesungguhnya hari ini adalah hari untuk beramal, dan bukannya hisab, manakala esok adalah waktu untuk hisab, dan bukannya beramal. [Riwayat al-Bukhari secara ta'liq dalam Sahihnya].

Kata Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin:

عِبَادَاتُ أَهْلِ الْغَفْلَةِ عَادَاتٌ، وَعَادَاتُ أَهْلِ الْيَقْظَةِ عِبَادَاتٌ
Ibadat orang yang lalai adalah adat, adat orang yang jaga adalah ibadah.

#MMMR
[05:26, 19/05/2020] Man:

No comments:

Post a Comment