Wednesday, May 6, 2020

*Tadabbur Juzu 12: Kalau kami salah, turunkanlah azab

ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:45am*
SYURUK : 6:56am
🌙 13 Ramadhan 1441H

*Tadabbur Juzu 12: Kalau kami salah, turunkanlah azab

وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَى أُمَّةٍ مَعْدُودَةٍ لَيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ أَلَا يَوْمَ يَأْتِيهِمْ لَيْسَ مَصْرُوفًا عَنْهُمْ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (8)
Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): Apakah yang menghalangnya? Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. (Hud: 8)

 قَالُوا يَانُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (32) قَالَ إِنَّمَا يَأْتِيكُمْ بِهِ اللَّهُ إِنْ شَاءَ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ (33)
 Mereka berkata: Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar. (32) Nabi Nuh menjawab: Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Dia kehendaki dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah! (33) [Hud: 32-33].

Begitulah kesombongan manusia. Ada manusia berbangga masih dapat terus melakukan maksiat dalam keadaan aman damai tanpa ditimpa sebarang musibah. Ia hanya merupakan siri ulangan kedegilan dan kesombongan manusia yang berlaku sejak zaman terdahulu. Semoga kita diselamatkan daripada sikap begini.

#MMMR

No comments:

Post a Comment