Thursday, April 30, 2020

TADABBUR JUZU 6: MELAMPAU DALAM MEMULIAKAN ORANG SOLEH ANTARA PUNCA KESYIRIKAN

ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

* SUBUH : 5:47am*
SYURUK : 6:58am
🌙 7 Ramadhan 1441H

TADABBUR JUZU 6: MELAMPAU DALAM MEMULIAKAN ORANG SOLEH ANTARA PUNCA KESYIRIKAN

يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا (171(
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [An-Nisa’:171].

Antara sikap melampau ahli kitab ini ialah dalam memuliakan Nabi mereka sehingga mensyirikkan Allah.

Memang beginilah asal kepada kesyirikan. Inilah yang berlaku kepada umat Nabi Nuh. Inilah akar kesyirikan.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، صَارَتِ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ ، وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ ، وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ، ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ ، وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ ، وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ ، أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ ، فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ ، وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ " .
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa berhala yang disembah oleh kaum Nuh telah disembah kembali oleh bangsa Arab. Berhala bernama Wadd disembah oleh kabilah Kalb dari kawasan Daumat al-Jandal, berhala Suwa’ pula milik kabilah Huzail, berhala Yaghuts pula milik kabilah Murad kemudian menjadi milik Bani Ghutaif dari kawasan Saba’, Ya’uq adalah milik kabilah Hamdan, Nasr adalah milik kabilah Himr yang merupakan keluarga Dzil Kala’. Kesemua nama berhala ini adalah nama-nama orang soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk membuat patung di kawasan orang-orang soleh ini sering duduki, dan menamakan patung itu dengan nama-nama orang soleh tersebut.Kaum nabi Nuh pun melakukan hal itu, tetapi ketika itu patung-patung tersebut tidak disembah.Apabila meninggalnya generasi itu, lalu tujuan asal patung itu tidak diketahui, lalu patung itu pun disembah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Surah Nuh, hadis no: 4636]

Banyak hadis Nabi s.a.w mengingatkan kita agar jangan melampau dalam memuliakan orang soleh hatta Nabi s.a.w sendiri.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا مُحَمَّدُ يَا سَيِّدَنَا وَابْنَ سَيِّدِنَا، وَخَيْرَنَا وَابْنَ خَيْرِنَا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَاكُمْ، لَا يَسْتَهْوِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ، أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ، وَاللهِ مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُونِي فَوْقَ مَنْزِلَتِي الَّتِي أَنْزَلَنِي اللهُ
Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu bahawa seseorang berkata: Wahai Muhammad, wahai tuan kami, wahai anak kepada tuan kami, sebaik-baik manusia daripada kalangan kami dan anak lelaki sebaik-baik manusia kami. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Wahai manusia, hendaklah kalian bertakwa. Janganlah syaitan menipu kalian. Aku ada Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan rasulNya. Demi Allah, aku tidak suka kalian mengangkat aku melebihi kedudukan ku yang Allah berikan. [Musnad Ahmad, Hadis Anas, no: 12551, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih atas syarat Muslim].


#MMMR

No comments:

Post a Comment