Sekarang ini dunia sibuk dengan wabak CORONA VIRUS atau dikenali sebagai COVID-19. Ianya dikatakan bermula di negara CHINA dan telah merebak keseluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali namun ianya masih lagi di dalam kawalan.
Walaupun kes-kes baru dan kematian masih meningkat tetapi ianya tidak lah seteruk negara-negara Eropah dan Amerika. Dari itu kita perlulah sentiasa menurut arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa supaya wabak ini akan terus berkurangan dan terhapus.
Sedar atau tidak kini kita sedang menghampiri bualan yang amat mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kita perlu mengambil peluang untuk menambah amal ibadat kita demi pahala yang belipat kali ganda.
Persoalannya disini, adakah kita bersedia menghadapi Ramadhan yang bakal menjelang ini. Tepuk dada dan tanyalah pada hati. Apa juga keadaan nya Ramadhan pasti akan datang, selalunya kita sentiasa menanti-nanti ketibaannya dengan penuh keriangan dan bersyukur. Malah kita amat mendambakan suasananya untuk berpuasa, beribadat semampunya, berbuka puasa beramai-ramai dan berterawikh bersama-sama. Satu suasana yang amat kita rindui. Apatah lagi pergi ke bazaar Ramadhan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan.
24 April 2020
01 Ramadhan 1441
* Awal Ramadan/Berpuasa
Tapi kini keadaannya amat berbeza, dengan huru-hara masa kini dengan wabak penyakit COVID-19 ini, adakah kita bersedia dari segi fizikal dan mental.
Apapon juga, kita mesti bersedia untuk menghadapi Ramadhan yang mulia ini. Antara persediaan yang boleh kita lakukan adalah;
1. Bertaubat
2. Tingkatkan kualiti ibadat
3. Melakukan ibadah tambahan
4. Kawal perbuatan dan elakkan melakukan perkara negatif
5. Berpuasa lebih awal
6. Jangan membazir
7. Kawal waktu tidur dengan baik
8. Pastikan kesihatan yang baik
9. Tetapkan matlamat anda
10. Tahu jadual dan rancang awal
PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN
Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan
Pertama - Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa.
Kedua - Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan
* Ramadhan adalah penghapus dosa
* Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu
neraka dan dirantai syaitan-syaitan)
* Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan
Ramadhan.
* Malam al-Qadar
Ketiga - mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan
Kita memohon sangat-sangat kepada Allah agar wabak ini tamat sebelum Ramadhan. Agar kita dapat menjalani bulan mulia itu dengan kekhusyukkan dan ketenangan.Dan kemudian menyambut Aidilfitri bersama dan bertemu orang-orang yang kita Cintai dan Kasihi
No comments:
Post a Comment