Monday, April 13, 2020

Kedatangan Bulan Ramadhan Yang Mulia

1. Dari Abu Hurairah beliau meriwayatkan:

Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم) bersabda: 

"Bulan Ramadan telah mendatangi kalian. Satu bulan yang diberkahi. Allah Azza Wajalla telah mewajibkan puasa di bulan itu
kepada kalian. Pada bulan itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka Jahim ditutup, dan syaitan-syaitan yang sangat durhaka dibelenggu. Di bulan itu, Allah memiliki sebuah malam yang lebih
baik daripada seribu bulan. Siapa saja yang terhalang dari kebaikan malam itu, maka ia terhalang dari kebaikan."   [Sunan an-Nasa'i]


2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah :

Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم) bersabda: 

Allah berfirman, “Semua amal ibadah anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya”.

Pada bahagian akhir hadis disebutkan: 

“Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, dia merasa senang ketika bertemu dengan Tuhannya, dia juga merasa senang dengan pahala puasanya.”  [Al Bukhari]

Agenda Ramadhan

i) Solat Sunat

Daripada Ummu Habibah , beliau berkata bahawa Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم) bersabda:

Barangsiapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isya' dan dua rakaat
sebelum solat Subuh. [Tirmidhi]

Dari Ali bin Abu Thalib , beliau meriwayatkan, Nabi Muhammad  
(صلى الله عليه وسلم) sering melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum solat Asar.  [Abu Dawud]


ii) Solat (Taraweeh)

Barangsiapa melaksanakan solat malam di bulan Ramadan (solat taraweeh) atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.  [Al Bukhari]


iii) Bacaan Al Qur'an 

Pelan dan jadualkan pelbagai jenis ibadah pada setiap waktu solat -
Contoh: Membaca dua muka surat Al-Qur'an, sebelum dan selepas setiap solat fardu = 1 juz sehari.

iv) Amalan Harian

Untuk bacaan zikir pagi dan petang, anda boleh merujuk buku Hisnul Muslim, "Daily Adhkar by Ummah Welfare Trust" atau dari mana-mana rujukan lain yang bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.


PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN

# Membaca buku / artikel atau mendengar kuliah yang berkaitan 
    untuk persediaan bagi bulan Ramadan.

# Menyediakan senarai doa harian.

#Menyelesaikan segala urusan membeli-belah sempena Aidilfitri 
   sebelum Ramadan bermula.

# Mengetepikan wang yang akan diberikan untuk sumbangan 
   harian dalam bulan Ramadan dan sebaiknya, menyenaraikan 
   penerima sumbangan.

# Membersihkan rumah anda.

# Membeli barangan dapur.

# Menetapkan matlamat ibadah - bacaan dan tadabbur Al-Qur'an,
   doa, dan zikir-zikir.

# Mengamalkan "Technology diet". Tumpukan pada Al Qur'an dan 
   Sunnah. Kurangkan penggunaan dan akses yang tidak perlu
   kepada media sosial.

# Menyediakan menu harian untuk Ramadan. Sentiasa amalkan
   sikap bersederhana.

# Membuang segala tabiat buruk.

“ A M A L A N
Y A N G P A L I N G D I C I N T A I
O L E H A L L A H T A ’ A L A
A D A L A H A M A L A N Y A N G
B E R T E R U S A N W A L A U P U N
J U M L A H N Y A S E D I K I T . ”
[ A L B U K H A R I ]


Amalan Sunnah dan doa pada bulan Ramadan

a) Berbuka puasa dengan kurma atau air

"Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم) berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan
rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan
jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air."
[ Tirmidhi]

b) Menyegerakan berbuka puasa

“Umatku akan selalu beroleh kebaikan selama mereka segera
berbuka puasa, kerana orang Yahudi dan Nasrani melambatlambatkannya.”
[Abu Dawud]

c) Doa ketika berbuka puasa

ذَهَبَ الظَّمَأُ ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala
telah tetap, In shaa Allah."
[Abu Dawud]

d) Doa Laylat ul-Qadr

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
dan mencintai orang yang meminta
keampunan, maka ampunilah aku.” [Tirmidhi]

Adalah disarankan untuk membaca doa ini dengan kerap,
terutamanya (tetapi bukan terhad) pada sepuluh hari terakhir
Ramadan - siang dan malam.


Semoga amalan dan usaha kita diterima oleh
Allah SWT; dan semoga kesalahan-kesalahan
yang kita lakukan dimaafkan olehNya.


Aameen.

No comments:

Post a Comment