ㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼
Selamat menunaikn ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr
* SUBUH : 5:47am*
SYURUK : 6:58am
🌙 6 Ramadhan 1441H
Tadabbur Juzu' 5: Allah Tidak Ampuni Dosa Syirik
Dalam surah An-Nisa, Allah menyebutkan hal ini sebanyak 2 kali.
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (48)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari [syirik] itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (48
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا (116)
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan [sesuatu] dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan [sesuatu] dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (116)
إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا إِنَاثًا وَإِنْ يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَانًا مَرِيدًا (117)
Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan [dengan menyembah berhala itu] mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka, (117)
Huraian:
Ayat di atas secara zahirnya seolah-olah bercanggah dengan ayat yang lain dalam Al-Quran.
قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa [1] semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Az-Zumar : 53]
Hakikatnya tiada percanggahan. Imam Ibn Katsir berkata:
هذه الآية الكريمة دعوة لجميع العصاة من الكفرة وغيرهم إلى التوبة والإنابة، وإخبار بأن الله يغفر الذنوب جميعا لمن تاب منها ورجع عنها، وإن كانت مهما كانت وإن كثرت وكانت مثل زبد البحر. ولا يصح حمل هذه الآية على غير توبة ؛ لأن الشرك لا يغفر لمن لم يتب منه
Ayat ini (surah Az-Zumar) merupakan seruan kepada semua pelaku maksiat daripada orang kafir dan selain mereka untuk bertaubat kepada Allah. Ia merupakan pengkhabaran bahawa Allah mengampuni semua dosa bagi sesiapa yang bertaubat daripada dosa-dosa itu, walau apapun dosa yang dia lakukan, walaupun ia sebanyak buih di lautan. Tidaklah benar untuk memahami ayat ini kepada mereka yang tidak bertaubat. Ini kerana dosa syirik tidak diampuni bagi sesiapa yang tidak bertaubat daripadanya. [Tafsir al-Quran al-Azhim, 7:106].
Berkaitan surah An-Nisa' pula, Ibn Katsir menerangkan:
قد حكم هاهنا بأنه لا يغفر الشرك، وحكم بأنه يغفر ما عداه لمن يشاء، أي: وإن لم يتب صاحبه
Allah menjelaskan di sini bahawa tidak akan mengampuni dosa syirik, dan akan mengampuni dosa-dosa lain selain syirik bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Iaitu untuk mereka yang tidak bertaubat daripada dosa tersebut. [Tafsir al-Quran al-Azhim, 2:331].
Oleh itu jelas di sini bahawa bagi dosa-dosa selain syirik yang dilakukan orang beriman, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat daripada dosa-dosa itu, maka kedudukan mereka bergantung kepada kehendak Allah sama ada akan diampuni atau tidak.
Adapun mereka yang mati dalam keadaan sudah bertaubat daripada dosa syirik atau dosa-dosa yang lain, Allah menjanjikan keampunan untuk mereka dan Allah tidak memungkiri janji walau sebanyak manapun dosa itu mereka lakukan, dengan syarat mereka bertaubat.
Adapun mereka yang mati dalam keadaan masih ada dosa syirik yang mereka tidak bertaubat daripadanya, maka dosa itu kekal tanpa diampuni. Itulah janji Allah kepada mereka yang degil di atas kesyirikan, dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
Ini menunjukkan betapa kejinya dosa syirik itu. Boleh jadi pada pandangan sebahagian manusia syirik seperti pergi berjumpa bomoh, pakai tangkal, dan 1001 syirik lagi itu seperti benda kecil berbanding dosa zina, minum arak, berjudi. Akan tetapi di sisi Allah syirik itu lebih keji dan teruk lagi! Malang sekali sebahagian umat Islam sendiri terjebak dengan dosa syirik ini!
#MMMR
No comments:
Post a Comment