Tuesday, March 17, 2020

Laungan Azan Semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN

Cadangan sahaja & ilmu yang baru... Insyallah

_*Saya cuma nak cadangkan Bilal kita terus laungkan azan di surau dengan azan khas seperti diajar Nabi saw, tanda masuk waktu solat.*_

_*Hebahan perlu dibuat supaya ahli kariah faham. والله اعلم*_

Laungan azan boleh dilaksanakan di masjid @ surau dengan gantian seruan ungkapan hay’alatain (حى على الصلاة، حى على الفلاح) kepada (صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ) (Solatlah di rumah kamu), berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan Muslim (699) daripada Ibn 'Abbas RA. Inilah salah satu pandangan yang dibolehkan seperti yang dinyatakan oleh al-Imam alNawawi RH di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim 5/207.

Lafaz azan yang dilaungkan adalah seperti berikut:
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله،
أشهد أن محمدًا رسولُ الله، أشهد أن محمدًا رسولُ الله،
صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ، صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ،
الله أكبر، الله أكبر،
لا إله إلا الله

Mudah-mudahan kita semua terlindung dari bala petaka dan bersabar dengan ujian Allah yang sedikit ini.


No comments:

Post a Comment