Friday, March 27, 2020

Movement Control Order


Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)

  1. Nama Perintah
    • Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
  2. Tempoh Masa
    • Perintah ini berkuatkuasa dari 18-14 April 2020
  3. Liputan Kawasan Perintah
    • Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia
  4. Kuatkuasa Undang-undang
    • Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967
  5. Arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan
    • Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
      • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
      • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
      • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
      • Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
      • Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
      • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)


https://youtu.be/WNlgfziXElM?list=PLCZxa7dHZZMIwDI3NnlLpDpcCnvkQdo3b

Lagi 1 Korban COVID 19

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak  24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM

Pakej Rangsangan Ekonomi Oleh PM


Hari Jumaat 27 Mac 2020 , Jam 3.00 petang
Jom bersama-sama dengarkan ucapan PM itu nanti


Teguran Allah Kepada Umat Manusia. It's Not A Joke


Salam semua,

Jangan jadikan bala Allah ini sebagai lawak jenaka tapi jadikan ianya sebagai pengajaran untuk diri dan keluarga supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Jadikan teguran ini untuk kita melihat sekeliling kita akan Rahmat Allah kepada kita untuk lebih bersyukur kepadaNYA.  


https://video.fkul16-1.fna.fbcdn.net/v/t42.9040-2/91459483_260230291639748_2359014060093079552_n.mp4?_nc_cat=103&_nc_sid=985c63&efg=eyJ2ZW5jb2RlX3RhZyI6ImxlZ2FjeV9zZCJ9&_nc_ohc=ObouFAC7_M0AX-gTxzP&_nc_ht=video.fkul16-1.fna&oh=48c9eca90e7790520770972b14d32fe4&oe=5E7D95FC

Kes terkini COVID-19






Auto Loan Moratorium Sempena COVID-19 Oleh Bank

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

1. Bila bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?
- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
- Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
- Hubungi bank dan bagitau mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
- Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
- Tidak termasuk dalam Moratorium.
- Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

Harap ni dapat membantu semua...

X payah dah pening2 kepala.. Kerajaan dah bagi kelonggaran tu.. Ambil shj.. Pasal kita x tahu di kemudian hari... De sebab kerajaan buat kelonggaran begini..

Pasal kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan.. Simpan duit cash.. Berjimat cermat mulai skrang...






Talian Sokongan Psikososial MERCY-KKM

Sekiranya ada rakyat Malaysia yang memerlukan khidmat sokongan psikilogi, boleh berhubung dengan talian yang diberikan.

SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA

KENYATAAN MEDIA

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA



1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

2. Berdasarkan taakulan saya - dengan ilham daripada-Nya - , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.

3. Renungkanlah firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)

4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
26 MAC 2020


Doa pagi Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Jumaat       
27 Mac 2020   
2 Syaaban 1441                           

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat Mu. Terangilah hati kami dengan cahaya Mu. Bimbinglah kami dengan petunjuk Mu.
                             
Ya Allah terimalah amal ibadah kami sekecil apapun yang kami telah lakukan disepanjang hidup kami.

Ya Allah mudah-mudahan segala amal soleh yang kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami  dan menjadi bekal kami keakhirat nanti.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf,  Engkau mencintai kemaafan,  maafkanlah kami.

Ya Allah,  Ya Rabbi,  berilah kami sihat sejahtera,  jauhkan kami daripada malapetaka,  bencana dan penyakit.

Ya Allah  jauhkan kami daripada seksa kubur,  seksa neraka,  fitnah hidup dan mati.

Ya Allah, kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih Mu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami

َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ



PROGRAM SDM CAKNA COVID - 19

Assalamualaikum wbt.

Lanjutan dari PROGRAM SDM CAKNA pihak surau ingin membuka peluang kepada ahli qariah utk bersama membantu jiran tertangga kita yang amat memerlukan barangan dapur harian. 

Dengan persetujuan Dato Pengerusi, segala sumbangan (wang tunai, barangan asas dan sebagainya) boleh terus hantar ke rumah Hj Anuar ( no. 22A, Jln 18 ) selaku Ketua Biro Kebajikan SDM utk pengumpulan dan agihan seterusnya. 

Kepada yg ikhlas dan telah  menyumbang pihak surau mengucapkan tk byk2 semuga ALLAH swt permudahkan segala rezeki juga kesihatan shbt kita.
Aamiin

Alhamdullilah

Selesai penagihan sumbangan kepada 7 keluarga Asnaf yang telah menerima barang2 Asas Keperluan Dapur.

Terima kasih kepada penyumbang2

Sumbangan ini mungkin hanya boleh bertahan buat beberapa hari sahaja buat keluarga2 asnaf ini, oleh yang demikian disarankan agar terus menyumbang kepada yang berkemampuan dan kemungkinan masih ramai lagi yang memerlukan keperluan asas barang dapur ini.

Kepada jiran2, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan jiran2 kita tidak kelaparan dimasa wabak COVID 19 ini melanda negara kita. Jenguk2 lah jira2 ini terutama yang duduk di flat Desa Mewah yang mungkin malu untuk meminta2. Laporkan lah kepada AJK SDM untuk tindakan lanjut.

Pihak Surau Desa Mewah mengucapkan tahniah dan terima kasih tak terhingga buat semua yang bekerjasama menjayakan program ini. Moga tuan/puan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta dijauhkan dari wabak penyakit yang sedang melanda ini.... Insyallah. 

Sekian.

Pengerusi Surau Desa Mewah
Ketua Biro Kebajikan Surau Desa Mewah
AJK-AJK









Monday, March 23, 2020

Sumbangan Perubatan KKM


Maklumat COVID 19 terkini - 23/3/2020

TERKINI: Dukacita dimaklumkan jumlah kematian akibat #COVIDー19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang.

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga mereka.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.





SURAU DESA MEWAH - BERSAMA KHATAM AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

SURAU DESA MEWAH - BERSAMA KHATAM AL-QURAN 

Sebagai satu usaha bersama mendekati Al-Quran ketika Arahan Kawalan Pergerakan  Wabak COVID-19 ini, Jom kita ngaji dan Khatam Al-Quran bersama.

Usaha ini juga sebagai sebahagian daripda persediaan kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Ahli kariah yang berminat untuk turut serta bersama-sama dalam program ini boleh la isi nama dalam group Whatsapp QARIAH DESA MEWAH.

Ayuh kita mengimarahkan waktu terluang ini dengan menbaca Kitab suci  Al-Quran dan Khatam Al-Quran bersama-sama walaupun dari rumah masing-masing.

TARIKH MULA :23 MAC 2020
TARIKH TAMAT: 31 MAC 2020

Selepas tarikh tersebut, kita boleh sambung lagi sehingga menjadi amalan harian kita semua...insyallah.

Insyallah dengan amalan ini, moga ALLAH akan menarik balik wabak yang diturunkan buat umat manusia ini. 

Lencongan dan penutupan beberapa plaza tol dan lebuh raya seluruh negara

Lencongan dan penutupan beberapa plaza tol dan lebuh raya seluruh negara

PETALING JAYA: Polis mengarahkan beberapa plaza tol lebuh raya ditutup dengan hanya kenderaan terpilih dibenarkan melepasi sekatan, ketika pihak berkuasa menggiatkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.
Kenderaan yang tiada kelulusan pihak berkuasa akan diarah membuat pusingan U di beberapa laluan keluar sebelum plaza tol.
Plaza tol terlibat:
1. Plaza Tol Jalan Duta (Km31.3) – kenderaan dilencongkan ke Lorong 1.
Laluan terkesan: Jalan Duta (Km31.2) – Bukit Raja (Km-1.25)
2. Plaza Tol Sungei Besi (Km310.1) – Kenderaan dilencongkan ke Lorong 1 dan Lorong 4.
Laluan terkesan: Sungei Besi (Km310.8) – Seremban (Km263.9)
3. Plaza Tol Skudai (Km14.8) – Semua lorong ditutup.
Laluan terkesan: Skudai (Km14.3) – Machap (Km72.0)
4. Plaza Tol Kuala Kangsar (Km241.43) – Hanya kenderaan menuju ke utara dibenarkan masuk.
Laluan terkesan: Changkat Jering (Km219.6) – Ipoh Utara (Km275.0)
5. Plaza Tol Ayer Keroh (Km195.4) – Semua lorong ditutup.
Laluan terkesan: Simpang Ampat (Km216.9) – Pagoh (Km142.7)
6. Plaza Tol Pedas Linggi (Km239.7) – Semua laluan ditutup.
Laluan terkesan: Seremban (Km263.9) – Simpang Ampat (Km216.9)
7. Km327.2 – Ditutup untuk kenderaan menuju ke utara sehingga Persimpangan Bertingkat Tapah (Km326.8).
Laluan terkesan: Ipoh Utara (Km275.0) – Bidor (Km339.3)

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/23/lebuh-raya-kawasan-larangan-tol-plaza-ditutup-ketika-perintah-masuk-minggu-kedua/

COVID-19: Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April

COVID-19: Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April
Muhyiddin berkata inisiatif ini bertujuan meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dalam keadaan negara berdepan krisis. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing mulai 1 April nanti, umum perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin memaklumkan kadar pengeluaran tersebut tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
"Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion," katanya pada sidang media khas, hari ini.

Menurut Muhyiddin, inisiatif ini diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini.

Ia sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan pada 30 Mac nanti.

Inisiatif itu, menurut beliau, bertujuan meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dalam keadaan negara berdepan krisis.

Ia juga merupakan inisiatif yang diumumkan kerajaan ketika dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pencarum-kwsp-dibenar-keluar-rm500-sebulan-bermula-1-april-234865

Pembasmian Virus Termasuk COVID 19 SDM

Tahniah Pengerusi dan AJK yang terlibat membantu melicinkan pengurusan pembasmian virus COVID 19 di surau taman kita ini.








Saturday, March 21, 2020

Terkini Dari KKM


Semakin parah, jangan lah menjadikan kesombongan & mementingkan diri sendiri jadi mudarat kepada orang lain.

Patuhi arahan kerajaan supaya menghadkan pergerakan untuk bersuka ria di luar rumah. Sekiranya ada kepentingan sahaja dibenarkan.

Duduk diam-diam di rumah anda sekiranya tidak mahu keluarga anda terkena jangkitan COVID 19 ni.

Frontliners kita dah semakin keletihan, dengan manpower, peralatan serta ancaman terkena jangkitan buat mereka semakin tertekan. Hargai mereka.




Majlis Sambutan Isra' & Mi'raj Online, YAYASAN TAWFIQ*

Majlis Sambutan Isra' & Mi'raj Online, YAYASAN TAWFIQ*
Bersama :
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
21 MAC 2020, Sabtu
26 REJAB 1441H
Selepas Maghrib
Semoga Kita Semua Mendapat Keberkahan Dan Manfaat Daripada Pengisian Majlis Dan Ilmu Yang Disampaikan


https://www.facebook.com/mytawfiq/videos/193692992075231/

MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441h

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌸
Malam Isra’ Mikraj...
Dalam suasana dunia yang penuh dugaan , jangan lupa untuk mendekati diri dan hati terhadap akhirat kerana akhirat juga tempat yang kita tujui akhirnya...

Hidupkanlah  di rumah masing-masing bersama pasangan , anak anak, anak dan ibu bapa ...sambut dgn bacaan bacaan al Quran ...

IHYA MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441h

DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

21 MAC 2020 (Sabtu)
Mulai 6:30 ptg
- Iktikaf di tempat solat
- Wirdul Latif
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sunat Ba'diyah Maghrib
- Surah Al-Mulk (1X)
- Surah Ash-Sharh (3x)
- Surah Al-Ikhlas (10x)
- Surah Al-Falaq (3x)
- Surah An-Nas (3x)
- Istighfar (70x)
- Selawat sehingga Isyak
- Solat Isyak Berjemaah dgn suami/ isteri jika ada atau dgn anak anak ...


Assalamualaikum
dari Team Riz-Que #VirusTerminator 😄.

In Shaa Allah, team Tiz-Que akan ke surau kita bagi tujuan pembersihan menghapus bakteria dan virus pada hari Isnin 23/3/2020 😷 

Masa akan dimaklumkn kemudian


Sekian.


Sama-sama bagi kerjasama pada KKM

[18/03, 17:01] +60 13-653 1363: COVID-19: HAKIKAT SEBENAR IALAH JEMAAH TABLIGH SGT KOMITED NAK BUAT SARINGAN SEBAB IA ADALAH SIFAT KETAATAN & TUNTUTAN AGAMA. TAPI...

Kat TV, media, sosial media kecoh statemen: Tabligh dijejaki, tabligh dirayu buat saringan, jangan lari, dgn rendah diri dirayu buat saringan, jangan pentingkan diri bla-bla-bla.

Ada percanggahan antara arahan atasan KKM dgn pelaksanaan di bawah.

Sebenarnya jemaah paling komited nak buat saringan. Pagi2 lagi kami dah terpacak depan hospital kerajaan, waktu tu, hospital pun belom bersedia buka kaunter utk COVID-19. Hospital, doktor, belum bersedia tapi kami dah bersedia. Saya dtg hospital pagi2, kat klinik pesakit luar, staff hospital situ kata Encik sila pergi bhgn Kecemasan ye.... bila kami pergi tempat kecemasan, staff situ pula kata, sila daftar di depan dulu ye, bila pergi di depan kaunter, staff kaunter kata, sila pergi ke klinik pesakit luar. Kami kata: Maaflah...tadi kami dah pergi sana tapi diorang suruh pergi sini, sekarang suruh kami pergi sana balik ke?

Bila pergi semula ke kaunter klinik pesakit luar, staff kata sila pergi ke satu kaunter kat hujung. Macam bola ditolak ke sana sini. tapi kami tak komplen sebab komited nak tunai tanggungjawab dan tunjukkan akhlak baik. bahkan kita pujilah tugas doktor waktu buat pemeriksaan.

Ramai juga kawan2 yang pergi hospital lain juga nampak layanan tak komited. Tapi ahli jemaah tetap komited nak buat saringan!

Sedih pula bila ada agamawan kata jemaah guna alasan tak mahu check up seperti di bawah:

"Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu redha. Ada pula yang berkata 'masjid tempat baik, tiada jangkitan akan berlaku '. Ada pula berkata 'jangan takut virus tapi takut ALLAH'. Ada pula berkata 'kalau mati syahid' dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan." (Dr.Maza)

Ini adalah ulasan yang tak tepat, tak betul dlm konteks. Sebabnya alasan itu adalah alasan guna falsafah ilmu hakikat/makrifat tanpa ambil kira syariat. Sedangkan ahli jemaah memang faham benar bahawa hakikat/makrifat tu perlu seimbang dgn syariat. Ini sangat ditekankan dalam jemaah sejak zaman berzaman kerana manhaj dakwah tabligh adalah ahli sunnah wal jamaah di seluruh dunia.

Yang kedua, jemaah tabligh komited nak buat saringan sebab sikap ahli jemaah ialah sgt taat kpd ahli syura jemaah, taat kpd undang2 negara, amir (pemimpin2) negara.

Sejak day 01 lagi, syura sudah suruh taat kpd arahan KKM. Maka  memang sejak awal lagi ahli jemaah nak buat saringan. Setakat yang saya tahu takde jemaah yang tak mahu buat saringan disebabkan alasan yg Maza cakap tu. Walaupun ada yg alami pengalaman tak begitu efisyen oleh pihak lain, tetap mahu buat saringan.

Jadi jangan lah pandang serong dan negatif kpd jemaah, apatah lagi sebarkan benda tak tepat. Kita tak boleh salahkan KKM kerana perkara ini (COVID) sesuatu yg di luar kebiasaan. Tapi apa yg perlu ditekankan di sini ialah : Jemaah sentiasa TAAT dgn arahan KKM utk lakukan saringan. Dan jangan lah MENYALAHKAN jemaah.

Cuba baca di bawah:

Posting dari Mohd Fadzli Znz

Korg baca.......

KISAH PEMERIKSAAN #COVID19 YANG JEMAAH LALUI.
HARAP #KKM MB , Mufti & Menteri Agama , Netizen baca smpai habis...

Apabila mndapat berita pd petang 11 Mac 2020, seorg warga Brunei sangkut COVID-19 slepas pulang dari Masjid Sri Petaling (MSP)

Mlm tu jgk ramai brgegas ke Hospital Putrajaya & Hospital berhampiran.

Hospital Putrajaya arah ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya sb situ blh buat saringan. Di situ ay jumpa, ada yg dtg dari Seremban nak cek.

Sampai di klinik P9 Putrajaya. Ada sorg pegawai kesihatan kat luar klinik.

Kami x dibenarkan masuk dlm. Cuma buat saringan di luar. Wbgaimanapun dia bgtau di situ tiada alat utk cek.

Cuma buat saringan. Saringan ialah tanya "ada batuk, selsema atau sesak nafas x"? Klw x de x pe. Tu je.

Dia punya sombong perghhh, x blh ajak bincang.

Sedaya upaya kami nak tanya ttg perkara ni. X kan mcm tu je saringan?

X de ke blh cek suhu ke apa.

Tp setiap kali nak cakap, dia akan potong cakap dgn sombongnya.

Last² dia suruh ke masjid Sri Petaling esok pagi (12 Mac) krn di sana ada kelengkapan utk buat pmeriksaan Covid19.

Dia bgtau dari pukul 9 - 11 pg. Seawal pukul 8 kami dah ke sana.

Tunggu punya tunggu, dlm pukul 11, van² kesihatan mulai memasuki perkarangan madrasah belakang masjid Sri Petaling (MSP).

(Kami dah start beratur masa van masuk).

Lps mereka buat spring cleaning & salam Wuhan sesama mrk.  Lama jgk la tunggu dorg cuci, pakai baju bla³.

Setelah bbrapa lama beratur. Sorg pegawai kesihatan wanita bgtau, mrk hanya jlnkan pemeriksaan kpd pelajar madrasah shj.

Lain² blh balik. Jika ada simtom, sila ke klinik kesihatan berhampiran

Org dtg dari merata² tau, sb "5000 jemaah tabligh di jejaki" di suruh dtg ke MSP.

Tiba², tgh² berator, panas plk tu, soh balik mcm tu je. Tp bahasa dia baik. Cuma panas la jgk. Ttiba soh balik.

Klw bkn jemaah tabligh, mau kena maki pegawai tu

Kami bgtau, "klinik kesihatan berhampiran" yg suruh dtg sini.

Dia bgtau kit utk cek x cukup, klw kami tunggu pun tetap x blh cek, dia suruh balik self quarantine atau ke mana² klinik brhampiran.

Dia cuma suruh self quarantine. Itu je. X yah cek apa.

Tp sbhg x puas hati pegi jgk cari klinik yg sudi cek.

Alhamdulillah sy dpt buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Ada yg bgtau kwn² mrk, " kita x yah cek, doktor soh self quarantine je".

Jd ramailah X jd pi cek.

Menteri Agama dgn MB Kelantan soh cek, klw doktor soh balik mcmana?

Yg ada simtom shj, spt batuk brpanjangan, selsema, sesak nafas je diminta ke PKD

Skrg Menteri agama bgtau jemaah bg kerjasama. Nak kerjasama mcmana tu?

 #KKM kena bgtau. Kerjasama mcmana nak

Pastu org kata, tak nak serah diri. Nak serah kat mana?

Skrg ni, #KKM kena :-

1. Ckp betul², semua ke atau yg ada simtom sj kena cek.

2. Klw kena cek, kat mana nak cek? Bila? Pukul brp

3. Kena bgtau doktor di situ arahan cek. Bg dia peralatan. Jd dia x pening bila org dtg nak cek. Ini soh cek, doktor kata x payah cek klw x de simtom. Klw ada, dia plk x de alat nak cek.

Maklumat kena jelas tepat dan padat. Kita pun nak cek. Cuma bgla maklumat jelas. Naya org mai jauh² ke MSP, ttiba soh balik mcm tu ja.
[18/03, 17:36] +60 12-314 3827: COVID-19 DAN TABLIGH : MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN

Tanpa diduga, nama Masjid Sri Petaling dan Ijtima Tabligh menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Ada segelintir yang menyalahkan pihak Sri Petaling (SP) dan Jemaah Tabligh apabila muncul 40 kes Covid-19, didapati dari mereka yang mempunyai sejarah menghadiri Ijtima tersebut.

DAH TAHU ADA WABAK, KENAPA ADAKAN HIMPUNAN MELEBIHI 10k ORANG

Sebelum ini, memang setiap tahun di Malaysia jemaah tabligh memang ada membuat himpunan yang melibatkan kehadiran beribu malah berpuluh ribu orang. Tidak ada isu pun sebelum ini. Malah setiap kali Ijtima', pihak penganjur  akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk tempatan, polis, bomba dan sebagainya. Malah ramai pemimpin negara termasuk sultan sendiri pernah menghadiri Ijtima Jemaah Tabligh. Pernah dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar, Perak, diadakan Ijtima tabligh dan dihadiri sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harusani. Jelasnya, Ijtima Tabligh dengan kehadiran berpuluh ribu dan jemaah tabligh ini perkara yang biasa.

Kenapa tak dibatalkan dah tahu ada isu Covid-9?
Ijtima diadakan pada 28/2 hingga 2/3 2020. Masa itu, isu Convid-19 belum masuk ke gelombang kedua. Keadaan masih terkawal. WHO juga belum istiharkan pandemik. Kerana itu, dalam masa yang sama di Johor ada perlawanan Bolasepak Piala Sumbangsih Johor vs Kedah, difahamkan kehadiran lebih 20k penonton. Kenapa perlawanan ini tidak dibatalkan? Kerana kes covid-19 masih berlum merebak sepenuhnya.
Dalam tarikh yang sama juga, di Sheraton Hotel ada pemimpin² negara sedang berkumpul dinamakan 'Langkah Sherathon'. Walau kehadiran tidak mencecah ribuan, tetapi difahamkan hingga ratusan dan melibatkan pemimpin² negara. Mengapa mereka berani berkumpul? Kejadian ini berlaku semuanya sama dengan tarikh berlangsungnya Ijtima. Kenapa mereka berani berkumpul, kerana kes covid-19 belum betul² meletup tanpa kawalan.

Semasa Ijtima ini juga, bilik perubatan dan para doktor disediakan dan ditempatkan di bilik khas, sekiranya ada yang sakit boleh mendapat rawatan. Sememamgnya langkah keselamatan dan kesihatan diambil berat dalam mana² Ijtima' tabligh.

Bila dah ada kes, apa tindakan SP dan Jemaah Tabligh?
Kes mula meletup pada petang rabu 11/03/2020 apabila satu kes +ve Covid-19 dapat dikesan di Brunei. Ini merupakan kes pertama di Brunei. Apabila dilihat sejarah perjalanan, pesakit pernah menghadiri Ijtima' di Sri Petaling. Malam itu juga, telah mula meletup dalam semua group² Whatsapp dan masuk berita. Keesokan harinya, tersebar beberapa kes di Sabah dan Pahang pula. Mereka juga didapati hadir Ijtima Sri Petaling. Singapura pula buat pengumuman, beberapa kes di Singapura melibatkan kehadiran di SP.

Adakah pihak SP dan Syura Jemaah Tabligh berdiam diri dan hanya berserah pada qada' dan qadar sahaja?
Ada yang mengatakan jemaah tabligh tak bertindak pantas. Anda pasti?
Untuk menjawab persoalan ini, tuan-tuan kena tahu bagaimana sistem informasi dan arahan yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh ini.

Di Malaysia, Masjid Sri Petaling merupakan markas utama. Di sini, ada beberapa orang Syura Malaysia yang akan membuat keputusan. Bawah markas utama SP ini, ada markas² negeri. Ada 24 markas negeri semunya (beberapa negeri yg besar mempunyai 2 atau 3 markas). Markas² negeri ini dipanggil tempat Sabguzari, juga mempunyai Orang Tanggungjawab atau Syura Negeri. Contoh seperti di Perak, markas Ipoh untuk kawasan Perak Selatan dan markas Taiping untuk kawasan Perak Utara.
Di bawah markas negeri (tempat sabguzari) pula, ada beberapa halqah (kampung, taman dan sebagainya). Contoh bagi markas Ipoh ada 44 buah halqah. Di dalam halqah itu pula ada antara 15-25 buah masjid. Dan semua 'orang tabligh' usaha hidupkan amal masjid² tersebut untuk dibangunkan menjadi seperti Masjid Nabawi di zaman nabi.

Baik, kita sambung isu Covid-19 tadi. Apabila Masjid Sri Petaling dan Ijtima tersebut dikatakan sebagai kluster penyebaran Covid-19, pihak Syura Malaysia di Sri Petaling telah mengarahkan semua markas² negeri (24 markas ini) untuk dapatkan maklumat kehadiran ke Ijtima dan berapa orang yang telah membuat Ujian Saringan Convid-19. Arahan ini, turun ke markas, dari markas turun ke halqah, dari halqah turun ke masjid-masjid. Memang pantas. Dalam masa beberapa jam sahaja, maklumat tersebar.
 Kerana itu, pada Khamis dan Jumaat (12 dan 13 mac) kita lihat diseluruh Malaysia gang² berjanggut ini hadir untuk disaring. Saya sendiri pada pagi Khamis (12/3/2020) hadir utk disaring. Kebanyakan mereka telah diberi cuti dan kuarantin sendiri hingga 14 hari dari hari balik Ijtima tersebut.  Hingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki yang belum membuat saringan.

Ada isu orang tabligh lari semasa saringan dibuat hingga terpaksa lapor polis?
Tuan² perlu faham, jemaah ini terlalu ramai, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, penganggur.  Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, artis dan sebagainya. Jadi dalam kelompok yang pelbagai itu, jika ada satu atau dua kes yang lari dari saringan, sedang beribu yang lain elok serah diri untuk disaring. Kenapa kerana seorang dua, hendak disalahkan satu jemaah.

Betul ke semua dah pergi buat saringan? Kenapa Dr Zulkifli, menteri agama terpaksa merayu, pihak KKM dan berbagai pihak juga membuat rayuan seolah orang tabligh ni engkar dan degil. Tidak mendengar kata dan ikut kepala sendiri?
Tuan² kena faham, masjid Sri Petaling adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang, masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Kita tidak buat program 'for members only'. Jemaah Tabligh tidak pernah membuat program secara tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Semasa Ijtima' tersebut, mereka yang hadir melalui halqah dan markas negeri akan lapor diri pada pihak istiqbal. Nama, dari markas mana dan halqah mana akan dicatat. Ini yang hadir ikut saluran betul dan terdaftar. Mereka ini senang untuk dijejaki.
Tetapi kerana masjid awam, semua boleh hadir, beribu² yang hadir tu sebenarnya tanpa kita ketahui dari mana datangnya. Bukan semua yang hadir itu pernah ikut keluar dakwah walau 3 hari pun. Ada yang datang hanya untuk lihat suasana kerana mereka memang suka dengan suasana agama dan percakapan iman dan amal. Bukannya pernah ikut keluar pun.

Kenapa tak halang? Hanya yang betul² daftar sahaja boleh masuk?
Sekali lagi diberitahu, ini masjid awam. Orang datang untuk solat dan duduk mendengar perkara baik, takkan kita nak halang. Andai buat begitu, timbul isu baru pula, orang tabligh buat program secara tertutup, untuk ahli mereka sahaja. Halang orang awam untuk mendengar. Ini boleh mendatangkan syak.

Kerana itu, apabila pihak KKM memaklumkan kehadiran 5k, kemudian 10k dan terkini dikatakan kehadiran Ijtima 16k, memang sesuatu yang agak sukar untuk SP menjejakinya 100%. Hanya yang betul² berdaftar dengan istiqbal sahaja dapat dikesan.

Berapa ramai sebenar ahli tabligh di seluruh Malaysia?
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah.

Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil 'jemaah tabligh'. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Seperti jemaah masjid yang bersolat zohor, kita tak ada pun borang dan nama ini jemaah solat zohor. Sesiapa sahaja mempunya kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.

Akhir kata, bukan masa untuk kita menyalahkan sesiapa. Orang Brunei kes pertama dikesan tu pun tak nak perkara ini berlaku. Pihak SP dan Syura pun tidak mahu ini berlaku. Semua kita tidak inginkan perkara ini berlaku.

Namun, perkara telah pun berlaku, inilah masanya semua kita bermunajat pada Allah swt agar wabak ini dapat dibasmi dengan segera.

Hairere Shuaib
14/03/2020

Jangan Pentingkan Diri Sendiri...Kasihani dan hargai Frontliners Kita

Apa yang paling kita takuti ialah team frontliners kita mula burn out. Mula kepenatan, mula hilang semangat dan keletihan melampau.

Staff KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang rumah mandi, letak kepala 2 saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja.

Ada suami/isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka yang bekerja di hospital menangis melihat pasangan mereka. Mereka menangis sungguh-sungguh lihat pasangan mereka kepenatan yang amat.

Anak-anak di dalam kereta memandang dari jauh ibu yang melambai tangan tengan esakan tidak henti-henti.

Bahkan cleaner hospital menangis melihat doktor dan staff KKM lain yang kelesuan.

Kita sangat risau jika barisan paling hadapan dan paling penting ini tumbang. Sangat risau.

Tetapi malangnya, kita yang sihat dan diberi cuti ini ada yang tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.

Ada yang membuat video mempersendakan arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Ada yang update ke pasaraya beramai-ramai. Ada yang keluar berkelah di tepi pantai. Ada yang bawa anak ke taman mainan.

Dan lebih teruk. Ada yang degil dan menipu.

Yang ada kontek terus dengan pembawa COVID-19 enggan mengakui. Datang ke hospital tidak jujur bercerita.

Dan setelah mereka disahkan positif COVID-19, menangis nurse dan doktor merawat mereka. Kini mereka pula kena kuarantin.

Ada nurse yang mengandung menangis teruk selepas ada kontek terus dengan seorang pesakit luar yang kononnya demam biasa. Kononnya tiada hubungan dengan pembawa COVID-19.

Namun selepas semuanya berakhir baru bercerita. Allahu, kasihannya kat nurse dan doktor yang cuba membantu, tapi mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur begini.

KKM mengumumkan 15 orang dari sektor kesihatan dijangkiti virus COVID-19. Ini semua banyaknya datang dari sikap yang tidak jujur sebahagian pesakit. Yang tidak berterus terang ada hubungan terus dengan pembawa COVID-19.

Staff KKM adalah hero dan heroin yang tidak didendang. Mereka berkorban segalanya untuk kita. Dan kita sanggup mengkhianati dan mempersiakan pengorbanan mereka?

Kawan-kawan...

Hargai pengorbanan mereka. Entah berapa banyak tangisan, berapa banyak air mata tumpah kerana pengorbanan mereka.

Ada staff yang menangis tidak dapat lagi solat awal waktu. Ada yang menangis tidak dapat baca Quran seperti selalu. Ada yang menangis tidak melihat kawan-kawan yang lesu.

Kita yang masih sihat, kita yang diberi rehat, tolonglah faham dan peduli. Tolonglah kawan.

Kita patuhi semua arahan dari kerajaan. Kita duduk di rumah diam-diam. Dan jika perlu dapatkan rawatan, tolong jujur dengan mereka.

Ucaplah terima kasih pada hero dan heroin tidak bernama ini.

#StayAtHome
#MFS

Sama-sama kita amiinkan doa ini...insyallah

Doa semasa siaran langsung TV Al Hijrah @ 20. 03.2020 selepas bacaan Surah Ar Rahman yang di pimpin oleh Ustaz Tarmizi

A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim
Bismillaahirrohmaanirrohiim
Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad
Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad

Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat. Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.

Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak. Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang memuncak.

Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!
Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!
Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!
Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!

Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.

Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.
Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah, kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Allah
Perkenankan doa kami Ya Rahman
Perkenankan doa kami Ya Rahim
Perkenankan doa kami di penghulu segala hari ini Ya Allah 😭😭😭

Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal'Alamiin