Friday, July 12, 2013

Doa Ramadhan Hari Ke – 3



"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan
Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan demi kemurahan-Mu,
wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan"


Mutiara Kata Ingatan Diri...

............bila kita rasa diri sudah terlalu pandai mulalah timbul perasaan tinggi diri. biarpun sepintar manapun kita , jangan terlalu angkuh kerana ada orang yang lebih bijak daripada kita.

Ilmu kita adalah untuk dikongsi bersama bukannya disimpan dalam diri sendiri sahaja. Takut nanti ia akan terus berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.

............ bila berkongsi ilmu tentu saja kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Ia bukan saja membuatkan kita lebih berpengetahuan tetapi juga mendapatkeberkatan daripada-NYA... Insya Allah...


Keutamaan atau hikmah pada hari ketiga puasa Ramadhan adalah Allah SWT memberi kepada orang yang berpuasa taman permata yang indah di surga Firdaus, di atasnya dua belas ribu rumah dari cahaya, di bawahnya dua belas ribu tempat tidur dan di setiap tempat tidur ada bidadari, setiap hari seribu malaikat berkunjung dan setiap malaikat membawa hadiah untuk orang yang berpuasa.



No comments:

Post a Comment