Monday, January 1, 2018

Selamat Bersekolah Sessi 2018

Tahun baru Hijriah 2018 telah bermula....hari ini sebahagian negeri di Semenanjung telah mulakan musim persekolah baru seperti di Johor, Kedah, Kelantan etc.

Buat anak-anak Selamat Memulakan Sessi Persekolahan 2018, moga terus berusaha untuk memajukan diri, bersemangat untuk menimba ilmu dunia dan akhirat, belajar untuk mendisiplinkan diri, belajar untuk menerima pengajaran serta nasihat dari guru-guru, menghormati guru serta ibubapa juga. Kejarlah ilmu sebagai persediaan anak-anak untuk melalui dan menjalani kehidupan dimasa akan datang.

Kepada para ibubapa, terima lah hakikat yang kita tidak akan dapat menjaga, menasihat, memantau serta mendisiplinkan anak-anak2 24jam. Hampir 99% daripada ibubapa akan sibuk mencari nafkah buat keluarga di waktu siang dan hanya ada dengan anak-anak diwaktu malam tetapi berapa jamkah kita akan spend masa dengan anak-anak...membantu mereka dengan kerja rumah mereka mahupun mendengar cerita-cerita gembira mereka semasa disekolah. Dengar cerita mereka tentang keseronokkan mereka belajar benda baru, meluahkan kedukaan mereka disisih oleh kawan-kawan lain atau meluahkan derita mereka dibuli oleh kawan sekelas....dari itu jangan lah kita membebankan diri anak-anak serta guru-guru dengan permasalah yang kita hadapi sepanjang hari.

Kita perlu bertenang dan merenung kedalam diri kita tentang kepayahan diri sendiri serta keluarga kita, perlu menarik nafas dalam-dalam serta beristigfar banyak-banyak agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala permasalah seharian. Berteleku sebentar di tikar sembahyang mengira-gira akan diri kita. Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita semua seharian.

Kita perlu control diri agar tidak menjadikan keadaan kita sebagai bencana kepada anak-anak, keluarga serta orang lain.


Mudah-mudahan 2018 membawa beribu keberkatan buat kita semua....insyallah.

No comments:

Post a Comment