Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari
adalah hari Jumaat. Padanya dicipta Adam, padanya dimasukkan ke dalam syurga,
padanya dikeluarkan daripadanya, dan tidak berlaku Hari Kiamat melainkan
pada hari Jumaat”.
Keterangan
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang sangat penting bagi
umat Islam. Di antara kelebihan hari Jumaat ke atas hari-hari lain ialah apa yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Ahmad, dan Al-Darimi
daripada Abu Hurairah r.a: “Bahawa Rasulullah SAW telah menyebut hari Jumaat,
maka baginda bersabda: Padanya saat yang apabila seorang hamba yang muslim berdoa
pada saat itu dengan berdiri solat memohon kepada Allah sesuatu, nescaya Allah akan
memberikannya”.
Mengenai apa yang dimaksud dengan saat yang mustajab tersebut, terdapat
perselisihan pendapat yang banyak. Ramai di kalangan sahabat mengatakan
bahawa waktunya adalah selepas asar. Tetapi menurut Imam Nawawi r.a. yang
paling sahih ialah di antara duduknya Imam (yakni di atas minbar ketika khutbah
Jumaat) sehingga selesai solat. Kerananya kita mesti menggunakan hari tersebut
dengan sebaik-baiknya dan mengisinya dengan bermacam-macam ibadat,
dengan harapan agar pada waktu datangnya saat tersebut kita dalam keadaan
beribadat kepada Allah.
Di dalam kitab Al-Adzkar (m.s. 263), Imam Nawawi telah menjelaskan
bahawa pada hari dan malam Jumaat disunatkan bagi kita untuk
memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan berselawat atas Nabi
SAW.
Imam Nawawi telah menukil pandangan Imam Syafiie r.a. di dalam Al-Umm
mengenai sunatnya membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat,
berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW yang banyak. Antaranya, Al-Hakim di dalam
Mustadraknya telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang
maksudnya: “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya
memancar baginya daripada cahaya antara dua Jumaat”. Muslim, Abu Daud dan
Ahmad meriwayatkan daripada Abu al- Darda` r.a. bahawa Nabi SAW bersabda
yang maksudnya: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah AlKahfi,
maka ia terpelihara daripada Dajjal”. Imam Ahmad juga meriwayatkan
daripada Abu al-Darda` bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada akhir surah Al-Kahfi, terpelihara
daripada fitnah Dajjal”.
Dalam solat Subuh Hari Jumaat, disunatkan membaca surah Al-Sajdah dan
surah Al-Insan, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada
Abu Hurairah r.a. bahawa beliau berkata: “Nabi SAW pada hari Jumaat, dalam solat
Fajar (Subuh), membaca Alif Laam Miim Tanzil (surah Al-Sajdah) dan Hal Ata „Ala lInsaani
Hiinun Min al-Dahri (surah Al-Insaan)”.
Dalam solat Jumaat disunatkan selepas membaca surah Al-Fatihah,
membaca surah Al-Jumu’ah pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua surah AlMunafiqun.
Selepas solat Jumaat, disunatkan membaca surah Al-Ikhlas dan AlMu’awwidzatain
(Surah An-Nas dan Al-Falaq) tujuh kali, berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa membaca, selepas solat Jumaat, Qul Huwa
Llahu Ahad, Qul A‟udzu Bi Rabb al-Falaq, dan Qul A‟udzu Bi Rabb al-Nas, tujuh
kali, maka Allah „Azza Wa Jalla melindungi dengannya daripada keburukan
(kejahatan) sehingga Jumaat berikutnya”.
Pada pagi Jumaat, kita diperintah mempersiapkan diri untuk menghadiri solat
Jumaat dengan mandi, menggosok gigi dan memakai minyak wangi, berdasarkan
hadith-hadith Nabi SAW di antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari,
Muslim dan lain-lain daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawa Nabi SAW
bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi Jumaat,
maka hendaklah ia mandi”. Mengenai mandi, dalam mazhab Syafiie, hukumnya
sunat muakkadah, kerana berpegang pada hadith-hadith antaranya Muslim,
Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berwuduk, dan menyempurnakan
wuduknya, kemudian mendatangi Jumaat serta mendengar dan memperhatikan
(khutbah), maka diampuni baginya (dosa yang dilakukan) di antaranya dan di antara
Jumaat (berikutnya) dengan tambahan tiga hari, dan barangsiapa yang menyentuh (yakni
bermain-main dengan) batu kerikil, maka ia telah mensia-siakan (Jumaatnya)”.
Imam Syafiie berkata: Antara perkara yang menunjukkan bahawa perintah
Nabi SAW untuk mandi pada hari Jumaat hanya sekadar afdhal (lebih baik) dan
bukan mewajibkan ialah hadith yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari, Tirmidzi,
Abu Daud, Ahmad, Malik dan Al-Darimi daripada Ibnu Umar r.a: “Bahawasanya
ketika Umar Ibn Al-Khattab sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba masuk
seorang daripada kaum Muhajirin yang pertama daripada sahabat Nabi SAW. Maka
Umar telah menegurnya: Waktu apakah ini (kerana orang itu datang lewat)? Orang itu
menjawab: saya telah disibukkan, maka saya tidak kembali kepada keluarga sehingga
saya mendengar azan. Maka saya tidak melakukan lebih daripada berwuduk. Maka
Umar berkata: Hanya berwuduk? Sedangkan kau mengetahui bahawasanya Rasulullah
SAW memerintahkan untuk bermandi!”. Di dalam hadith lain ada dikatakan bahawa
orang itu ialah Othman. Kalaulah keduanya mengetahui bahawa perintah untuk
mandi adalah menunjukkan ianya wajib, dan bukannya afdhal, tentunya Umar
tidak akan membiarkan Othman sehingga ia menyuruhnya kembali, dan berkata:
kembalilah dan mandi (sebagaimana dalam hadith yang lain) dan juga tentunya
yang demikian tidak akan tersembunyi bagi Othman yang diketahui berilmu. Tetapi
hadith ini menunjukkan bahawa mandi pada hari Jumaat adalah lebih baik dan
bukan kewajiban yang wajib dilakukan oleh setiap orang.
Kita disunatkan bersegera pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,
sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu
Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila tiba hari
Jumaat, para malaikat berdiri di pintu masjid menulis orang yang pertama datang dan
yang berikutnya. Perumpamaan orang yang bergegas-gegas seumpama orang yang
berkorban dengan menyembelih unta, kemudian menyembelih lembu, kemudian kambing
domba, kemudian ayam, kemudian telur. Apabila imam telah keluar, mereka melipat
buku catatan mereka dan mendengarkan zikir”.
Disunatkan memperbanyakkan istighfar, doa, zikir dan selawat atas Nabi
SAW, berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, di antaranya: Ibn al-Sunni
meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa,
pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, membaca:
أ
ست غ
ف
ر اهلل الذ
ليه
ب إ
حي القيوم وأتو
ي الإله إال هو ال
Maksudnya:Aku memohon keampunan kepada Allah, Yang tidak ada Tuhan Yang Layak
disembah selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dan aku bertaubat
kepadaNya”, sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengampuni baginya segala
dosanya, meskipun banyaknya seperti buih lautan.
Selepas solat Jumaat disunatkan memperbanyakkan zikir kepada Allah,
kerana Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Jumu’ah, ayat 10, yang
maksudnya: “Apabila telah ditunaikan solat, maka berkeliaranlah kamu di atas
permukaan bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah (berzikirlah kepada) Allah banyakbanyak
supaya kamu memperoleh kejayaan”.
Ketika khutbah Jumaat, adalah dibolehkan bagi khatib untuk berdoa meminta
hujan sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada
Anas r.a. bahawa beliau berkata: “Manusia telah tertimpa kemarau pada zaman Nabi
SAW. Ketika Nabi SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, seorang A‟robi berdiri
dan berkata: Ya Rasulullah, harta binasa dan anak-anak kebuluran, berdoalah kepada
Allah untuk kami. Maka baginda mengangkat kedua tangan baginda, dan kami tidak
melihat awan di langit. Demi yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah baginda
meletakkannya (yakni: kedua tangan baginda) sehingga bergelora awan seperti
gunung ganang. Kemudian, belum lagi baginda turun daripada minbar, sehingga aku
melihat hujan turun ke atas janggut baginda SAW. Maka telah diturunkan hujan ke atas
kami pada hari itu dan hari keesokannya dan hari-hari selepasnya sehingga Jumaat
berikutnya. A‟robi tersebut atau orang lain berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah,
bangunan runtuh dan harta tenggelam, maka berdoalah kepada Allah untuk kami.
Maka baginda pun mengangkat kedua tangan baginda, kemudian berdoa:
ّشجر
ت ال
ناب
األودية وم
ط ون
ب وب
على اآل كام والظ را
ّ
م
ه
َّ
لل
ال علينا ا
الينا و
و
م ح
َّ
ه
َّ
أ لل
Maksudnya: Ya Allah, turunkanlah ke atas sekeliling kami dan jangan ke atas kami.
Ya Allah, turunkanlah ke atas bukit bukau, anak-anak bukit, perut- perut lembah dan
tempat-tempat tumbuhnya pokok-pokok”. Maka tidaklah baginda mengisyaratkan
dengan tangan baginda ke arah awan, melainkan (awan itu) menghilang dan kota
Madinah menjadi seperti lubang dan arus air mengalir ke lembah-lembah selama sebulan,
dan tidak seorang pun yang datang daripada sebarang penjuru melainkan
menceritakan kebaikan”.
Kesimpulannya, malam jumaat dan hari Jumaat adalah waktu yang Allah
berikan banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi apabila ianya berada pada
sepuluh malam yang terakhir di dalam bulan Ramadhan, di mana Rasulullah SAW
telah mewajibkan ke atas dirinya untuk beriktikaf pada waktu ini. Maka, rebutlah
peluang ini dengan sebaik- baiknya. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang
mendapatkan malam Lailatul Qadar.
Wallahu ‘Alam Bissowab
-Disediakan oleh syafiie@kkr.gov.my
UNIT INTEGRITI, KKR