1) Mencari malam al-Qadar (kemuliaan)
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)
Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)
Aisyah bertanya Nabi SAW : “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)
2) I’tikaf
I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan i’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sehingga wafat.
Berdasarkan praktik Rasulullah SAW itu, menunjukkan kelebihan dan keutamaannya mengatasi malam-malam yang lain.
Bahkan baginda turut membangunkan ahli keluarganya agar turut beri’tikaf bersama-sama.
Syarat sah i’tikaf :
- Islam, berakal, tidak junub, bersih daripada haid dan nifas;
- Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
- Dilakukan di dalam masjid.
- Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
- Dilakukan di dalam masjid.
Perkara yang membatalkan iktikaf
- Keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja;
- Murtad;
- Hilang akal kerana gila atau mabuk;
- Datang haid atau nifas;
- Jimak;
- Murtad;
- Hilang akal kerana gila atau mabuk;
- Datang haid atau nifas;
- Jimak;
Perkara yang sunnat dilakukan ketika i’tikaf
- Memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.
- Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.
- Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.
3) Solat-Solat Sunnat
a) Solat TahajjudMaksud Firman Allah : “Dan pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (al-Isra : 79)
Solat tahajjud ialah solat malam sekurang-kurang 2 rakaat yang didirikan selepas bangun tidur, walaupun tidurnya sebentar.
Masanya selepas solat Isyak sehinggalah masuk waktu subuh. Tetapi waktu paling utama ialah pada akhir malam atau waktu sahur.
b) Solat TasbihIa berdasarkan hadith panjang yang diriwayatkan Ibnu Abbas, berkenaan tawaran Nabi kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu solat yang memberi keampunan 10 jenis dosa :
- Dosa terdahulu dan terkemudian;
- Dosa lama dan baru;
- Dosa sengaja atau tidak;
- Dosa besar atau kecil;
- Dosa tersembunyi atau kelihatan.
- Dosa terdahulu dan terkemudian;
- Dosa lama dan baru;
- Dosa sengaja atau tidak;
- Dosa besar atau kecil;
- Dosa tersembunyi atau kelihatan.
Caranya sama seperti solat biasa. Solat tasbih didirikan pada waktu siang dengan 4 rakaat 1 salam, manakala waktu malam didirikan dengan 4 rakaat 2 salam.
Hanya diselangi dengan tasbih seperti pembahagian berikut :
- Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
- Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
- Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
- Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
- Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih
- Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
- Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
- Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
- Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
- Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih
Jumlahnya 75 kali tasbih satu rakaat bersamaan 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bacaan tasbihnya ialah :سبحان الله والحمد لله ولآإله إلا الله والله أكبر
c) Solat TaubatApabila seseorang hendak bertaubat, disunnatkan supaya mendirikan solat 2 rakaat ini.
Sabda Nabi SAW : “Seorang lelaki yang melakukan satu dosa kemudian ia bangun berwudhu, bersolat 2 rakaat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya”. Lalu baginda membaca ayat dari Surah Ali Imran ayat 135-136.
Kaifiatnya sama seperti solat biasa.
f) Solat HajatSolat hajat boleh didirikan pada waktu siang atau malam.
Apabila kita berhajat terhadap sesuatu urusan, bermohonlah kepada Allah SWT, dan yang paling baik melalui solat hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.
Tiada had jumlah rakaat untuk melakukannya. Begitu juga tiada kaifiat khusus ditetapkan.
g) Solat WitirWitir ertinya ganjil. Ia dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.
Waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan waktu subuh. Witir dalam bulan Ramadhan disunnatkan dengan berjamaah.
Sekiranya solat witir sudah dilakukan pada awal malam, dan kemudian bangun lagi pada akhir malam untuk mendirikan solat sunnat lain, maka tidak perlu lagi mendirikan witir dihujungnya kerana Nabi memerintahkan witir hanya dilakukan sekali sahaja pada setiap malam.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dengan satu solat yang lebih baik bagi kamu berbanding harta yang banyak, iaitu solat witir. Dirikanla di antara solat isyak sehingga terbit fajar” (HR Abu Daud, Ibnu Majah & at-Tirmizi)
4) Membaca al-Quran
- Membaca al-Quran di dalam solat adalah waktu yang utama;
- Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
- Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
- Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
- Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.
- Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
- Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
- Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
- Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.
Adab Membaca al-Quran- Ikhlas kerana Allah, bukan kerana yang lain;
- Membersihkan mulut sebelum membaca;
- Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
- Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
- Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
- Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
- Memperindahkan suara bacaan;
- Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
- Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;
- Membersihkan mulut sebelum membaca;
- Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
- Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
- Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
- Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
- Memperindahkan suara bacaan;
- Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
- Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;
Kelebihan Membaca al-Quran
Hadith berkenaannya sangat banyak. Antaranya sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang membaca al-Quran 50 ayat sehari semalam, ia tidak termasuk orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat, ia termasuk orang yang patuh kepada Allah. Sesiapa membaca 200 ayat, ia tidak diminta keterangan oleh al-Quran pada hari qiamat. Sesiapa membaca 500 ayat, dicatat baginya pahala yang banyak”. (HR Ibnu Sunni)
5) Solawat keatas Nabi SAW
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah solawat dan salam yang sempurna kepadanya.” (al-Ahzab : 56)
Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)
“Seseorang amat hina, jika namaku disebut di sisinya, ia tidak bersolawat kepadaku”(HR at-Tirmizi)
Sekurang-kurang solawat ialah :أللهم صل على محمد
6) Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi SAW : “Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)
“Sesungguhnya pada malam itu ada satu saat, tidaklah ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan permohonannya diterima. Hal ini berlaku setiap malam” (HR Muslim)
Nabi ditanya : Doa manakah yang paling diperhatikan Allah? Baginda menjawab : “Doa pada tengah malam dan selepas solat fardhu”.
“Dua kalimah, ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai Tuhan iaitu : Subhanallah wabihamdihi, subhallahil ‘azim”
“…bacaan alhamdulillah memenuhi timbangan amal, subhanallah dan alhamdulilah kebaikannya sepenuh langit dan bumi..” (HR Muslim)
Dikeluarkan oleh : Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah
Untuk Program Qiyamullail Ramadhan 1429/2008
Untuk Program Qiyamullail Ramadhan 1429/2008
No comments:
Post a Comment