Wednesday, December 6, 2017

INDAHNYA SEDEKAH, REZEKI TAK AKAN PUTUS

Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan. Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga. Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul-betul berbekas dalam jiwa.

"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin," kata beliau.

"Wah, teruknya. Macam mana boleh rosak tu?"

Beliau terdiam sebentar.

"Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."

Aku meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.

"Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya menunjuk-nunjuk," beliau memulakan cerita.

"Saya sudah sekian lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun."

"Tapi itulah, kita rasa kita ini pandai."

"Tempoh hari saya beritahu pada pengerusi surau terbabit yang saya nak berhenti menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan. Yalah, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain."

"Selang beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak betulkan kena RM7000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi."

"Suatu hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan."

"Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM10,000!"

Tercengang aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.

"Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya."

"Kononnya saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari itu."

"Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."

Beliau berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,

"Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk."

"Tuhan cuma ingin menyedarkan."

"Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan."

"Setakat mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan dihentikan.

"Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan ambil."

Fuh, tersandar aku mendengar kisah beliau.

Aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.

Bila dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan dalam memberikan 'hadiah' kepada Tuhan.

Ya, kita ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.

Kau lupa, yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.

Dia macam ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.

Tapi kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.

Sungguh aku insaf.

Aku harap kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat. Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.

Selamat beramal.

🕌 KULIAH MAGRIB

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.



     💖 PERINGATAN MESRA Khas utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati olh Allah swt 💖

     🕌 KULIAH MAGRIB🕌

🗓 6 Dec 2017 @ Rabu
⏰ Selepas Solat Magrib
🕌 Surau Desa Mewah
👳🏼:  Ustaz Roszairani Ahmad
📚: Munyatul Mussolli

BERIKAN MASA & PELUANG UNTUK DIRI ANDA HADIR..


 👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧 Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

🕌 Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah🕌

Friday, December 1, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam Maulidur Rasul 1439H/2017

{ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا }

{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.
[Al-Ahzab: 56]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Tuesday, November 28, 2017

Sekitar Majlis Khatam Quran dan Khatan Anak2 Desa Mewah

Alhamdulillah pihak Surau Desa Mewah telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Berkhatan buat anak2 kariah Desa Mewah.

Majlis ini telah berlangung dengan jayanya dan amat meriah. Terima kasih diucapkan kepada anak2 yang berani serta kerjasama yang baik oleh pihak ibubapa anak2 tersebut.

Majlis Khatam Quran telah diadakan pada 25/11/2017 (Sabtu) di Surau Desa Mewah dimana anak2 yang terlibat membaca Quran (khatam).

Majlis Khatam Quran









Majlis Berkhatan




Seronoknya kena sembur air oleh abam2 Bomba

Semasa Berkhatan







Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk adik2/anak2 yang berani menyahut cabaran berkhatan....

SELAMAT MELANGKAH KE ALAM REMAJA/DEWASA.





Wednesday, November 22, 2017

Kuliah Maghrib


SEMUA DIJEMPUT HADIR.

🌄TAZKIRAH SUBUH



( Solat lima waktu tapi dapat pahala lima puluh kali  )

🖌🖌..Dari Anas r.a :

'Solat itu difardhukan atas Nabi saw pada malam ia di diisra'kan sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangi hingga lima, lalu ia dipanggil.

'Hai Muhammad! Keputusanku tak dapat diubah lagi dan dengan solat lima waktu ini, kamu tetap mendapat ganjaran lima puluh kali.'


HR Ahmad, Nasa'i dan Tirmidzi.
Fikkih Sunnah - Syed Sabiq

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Surau Desa Mewah

Desa Mewah, 22/11/2017.

Surau Desa Mewah telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Jenazah pada 19/11/2017 yang lalu dan amat bersyukur kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah.

Matlamat diadakan kursus ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada ahli kariah tentang pengurusan jenazah yang betul. Walaupun Kariah Desa Mewah mempunyai AJK untuk pengurusan jenazah tetapi dengan adanya kursus seperti ini amat penting untuk ahli kariah sama-sama menguruskan jenazah sekiranya ada kematian.

Kursus seperti ini juga penting sebagai pendedahan kepada generasi muda untuk sama-sama menimba ilmu ini sebagai kelangsungan pengurusan jenazah dimasa akan datang.

Gambar-gambar sekitar kursus tersebut;











Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan pihak Surau Desa Mewah agar setiap kursus-kursus yang dianjurkan dimasa akan datang akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

ILMU PELITA HIDUP......