السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid
عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum RA bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang memimpinku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapat keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Keutamaan solat Fardu bagi orang lelaki adalah di masjid
2. Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah
3. Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan apabila mendengar azan).
4. Imam Syafi’i dalam Mukhtashar Al-Muzani : “Adapun solat jamaah, aku tidaklah memberikan keringanan untuk ditinggalkan kecuali ada keuzuran (seperti sakit, hujan lebat juga waktu perang).” (Ash-Solah wa Hukmu Tarikiha, hlm. 107).
Apakah alasan kita untuk meninggalkan solat berjamaah di masjid, padahal kita dalam keadaan tidak buta, sihat tubuh badan, aman dalam perjalanan, berdekatan rumah dengan masjid dan memiliki kenderaan?
Agaknya kita yang tidak pergi masjid ni cacat apa ye???
25hb April 2019M
19hb Syaaban 1440H
No comments:
Post a Comment