Kisah seorang lelaki yang tidak pernah ke masjid dalam sepanjang hidupnya. Dia memang orang terkenal. Semua orang kenal dengannya. Semua orang ingin dekat dengannya. Maklumlah orang terkenal lah katakan. Rumah dia besar, kereta mewah, hartanya melimpah ruah. Isterinya muda dan sangat cantik. Anak-anaknya semua berjaya dalam pelajaran. Alangkah bertuah hidupnya. Pasti semua orang mengidamkan kehidupan yang mewah sepertinya.
Pada satu hari ketika beliau sedang duduk santai di kerusi empuknya. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk pergi ke masjid. Entah kenapa.. Maka pada hari itu dia pun bersiap-siap lalu bergerak ke masjid.
Setelah bertahun-tahun hidup, akhirnya inilah kali pertama dia ke masjid. Alhamdulillah...mungkin ini hidayah pada nya.
Sesampai nya di masjid, beliau pun masuk. Ketika beliau masuk, beliau terpandang beberapa orang jemaah sedang berbisik-bisik sesama sendiri. Beliau pun hairan sambil berkata didalam hati.
“Oh.. mungkin diorang kenal dengan aku, aku kan orang terkenal.” Bisik hatinya.
Beliau yang segak berpakaian serba putih itu pun masuk seperti biasa. Tidak lama kemudian beberapa jemaah datang menghampiri nya sambil berkata sesama mereka.
“awak kenal ke dia ni?”
“eh..tak kenal.” balas sahabat disebelah nya.
“Eh takkan lah diorang tak kenal aku. Aku kan terkenal di kampung ni.” Bisiknya.
Dia semakin tertanya-tanya. Tapi dia terus bersangka baik. Mungkin jemaah tu dari kampung lain. Sebab tulah diorang tak kenal aku. Lalu dia memberi salam kepada mereka semua.
“Assalamualaikum..”
Para jemaah itu tidak menjawabnya.
“Ishh.. sombong betul jemaah masjid ni.”
Katanya dalam hati.
“Aku bagi salam tak jawab. Ni lah orang masjid. Hari² pergi masjid tapi hidup menyombong.”
Katanya lagi.
“Hish.. macam² perangai manusia sekarang ni. Takpelah. Baik aku tunggu imam datang, aku solat kemudian aku balik. Sekali je lah aku datang masjid ni kalau macam ni.” Marahnya dalam hati.
Tidak lama kemudian, imam pun sampai. Lalu imam itu menghampiri nya. Dia berasa pelik. Lalu imam itu berkata dihadapannya..
“Innalillahiwainnalillahirajiun.”
Dia tersentak. Kemudian terlihat dibelakangnya sekumpulan keluarga yang sedang menangisinya. Isterinya serta anak-anaknya..
“Hah? Apa ni?” Dia terkejut sendiri.
“Aku dah mati ke?
Tiiiidddakkk !!!”
Rupa-rupanya memang benar..
sekali itu saja lah dia datang ke masjid kerana itulah kali terakhir dia akan datang ke situ. Dan sayangnya, dia datang bukan sebagai jemaah tetapi sebagai jenazah. Dia datang bukan sebagai tetamu kehormat tetapi sebagai tetamu akhirat.
Moral : Bagi lelaki muslim, rajin-rajinlah hadirkan diri ke masjid, supaya para jemaah kenal kita, supaya para malaikat kenal kita, supaya Allah kenal kita. Dan yang paling penting sekali supaya kita kenal diri kita. Siapa kita sebenarnya dan apa tujuan kita hidup diatas bumi Allah ini.
Wallahua'lam..
هدايت كادابن
(Sumber: Hidayah Keadaban 25Okt2018)
No comments:
Post a Comment